Monday 25 July 2011

JOURNEY TO ...... LOUDNESS LIVE IN KL!!!!!!


       24 Julai, akan aku ingat sampai bila bila sebab hari itu lah band favourite aku dan otai rock semua, LOUDNESS turun mengadakan konsert di KL LIVE, Jalan Sultan Ismail, KL. Aku bertolak dari rumah pukul 12.30 tengah hari dengan menaiki motor EX5 dan singgah di Kajang sebab nak jumpa kawan FB aku, Muhd Muniff yang membeli tiket untuk aku...thanks friend!.

         Kami tiba hampir 3 petang kami melihat orang dah mula ramai, kami parking motor kat bangunan KFC yang terletak berdepan dengan KL LIVE dan pergi minum di kedai mamak. Ramai jugak otai yang turun hari itu....

suasana sebelum bermulanya konsert...
    Selepas lama kami tunggu, akhirnya kami pun masuk untuk melihat suasana di dalam pulak.....

cantik artwork belakang tu..

bro muniff..steadyyy
aku le tuuu....
      Band pembukaan pada malam tu kumpulan SHEWOLVES. Lagu yang diorang bawak....aku tak tahu..sebab tak jelas dan mungkin diorang cover lagu band lain...Band kedua SATIRA, band lama yang aku tahu lagu top dia, Kau Masih Ku Cinta....lagu dan perform boleh tahan....almaklumlah band otai...Band ketiga, SOFEA atau nama asalnya SYJ, band lama zaman BOTB, lagu yang dibawa semua rancak. Respek la kat diorang lebih lagi Man Rani perform lagu Bunga Padang Pasir...steady suara dia....tabik!!!
the legendary SOFEA aka SYJ
orang timur bangunlah!!
Man Rani masa perform Bunga Padang Pasir..pakai camera hp...hampeh!
    Kemudian band yang ditunggu tunggu akhirnya muncul, LOUDNESS yang dibarisi oleh Minoru Niihara, Akira Takasaki, Masayoshi Yamashita dan drummer baru, Masayuki Suzuki membawakan lagu lagu dari album Thunder In The East,Lighting Strikes,Hurricane Eyes iaitu 'Crazy Nights', 'In The Mirror', 'Heavy Chains', 'So Lonely', 'Get Away', 'Crazy Doctor', 'Like Hell', 'Black Star Oblivion' dan 'SDI' , Mereka juga menjemput otai rock tanahair, Amy SEARCH berduet dalam lagu 'Shadow Of War'. Hasrat aku untuk melihat band favourite aku tercapai cuma ralatnya drummer Munetaka Higuchi tiada kerana telah meninggal dunia akibat barah.
berduet dalam lagu Shadow Of War
    Konsert ini berakhir pada pukul 10 malam, awal dari jangkaan aku (ingatkan 12 tengah malam...tak puas ooo!). Aku sempat membeli baju t Loudness dan pergi lepak kat Restoran Kampung Pandan bersama Muniff dan terus pulang ke PD. Aku sampai ke rumah pada hampir pukul 2 pagi....nasib baik aku cuti esok..kalau tak..mengantuk la bila kerja..hehehehe..

sila jeles ye kengkawan.....heheheh

THE JOURNEY CONTINUE.................

Sunday 10 July 2011

JOURNEY TO......SPRX PAINTBALL - GOPENG!!!!!!

     Pada 9hb yang lalu (ketika BERSIH sedang berlansung di KL), aku dan kawan sekolah lama aku, Zahurim dan Sony pergi ke SPRX Paintball yang terletak di Kampung Gunung Panjang, Gopeng, Perak. Kedatangan kami ada lah untuk bersama sama bermain paintball dengan geng di Perak. (aku tak main, amik gambar aje..almaklumlah, I'm Lover Not A Fighter...huahhahahaha).
Ingat tengah menganyam atap nipah ...hehhe... 

     Zahurim dan Sony semua dah bersiap dengan "senjata" masing masing. Aku pulak dengan senjata D80 aku...(tak tahu apa itu D80..tak dapek den nolong yooo)..

sekali macam markas daa...

brader yang aku ingat tengah anyam atap nipah....senjata...huyoooo!!!

Eh...ada orang panggil aku la...

Zahurim...nak kaber konon.....

Sebiji durian di atas gelung batu....
    Selepas itu, owner dia, Janggut Stealth (nama sebenar tak tahu) membawa kami meninjau kawasan yang akan menjadi medan peperangan mereka...
Bang...ikut janggut bang...saya tunggu sini....
   Selesai buat tinjauan kawasan, Janggut pun menerangkan tentang peraturan permainan paintball nih...

kat sini tak ada rimau, singa ada la...

acara memotong riben dari saudara Medic...

ingat ye...kalau dah kena tembak tu kira mati...jangan lak korang tembak balik..ingat doreamon?
     Selesai saja Janggut menerangkan tentang peraturannya, mereka pun terus ke tempat masing masing..aku lak macam wartawan perang..ambil gambar diorang..tengok dibawah....






    Selesai babak pertama, mereka semua dihidangkan dengan makan tengah hari...(gambar aku tak ambil...kelaparan tahap gaban ketika itu..2 kali tambah...heheh). selain itu mereka pergi mengisi gas. oh ye...permainan paintball ini menggunakan kuasa angin...bukan macam kita main perang masa kecik dulu...pakai senapang kayu, getah dan peluru terung....
alamak..semua nak isi ke..tayar kereta pancit....isk!
  Selepas gas dah diisi (perut pun sama)...diorang sambung balik 'perang'........






      Sebenarnya ada 3 game hari tu tapi aku larat 2 game aje...letih geng....macam amik gambar pengantin lak...heheh apapun memang happening la hari tu...ingat lain kali nak join sekali jika ada peluang....


     Terima kasih kepada Janggut Stealth, warga SPRX.. korang memang sempoi,baru kenal sehari macam kenal lama... tak lupa jugak pada Zahurim AKA Medic (hehehe) dan Sony. Kalau ada sesiapa yang berminat nak ke sini boleh layari blog diorang di sini

THE JOURNEY CONTINUE.................