Sunday, 30 June 2013

KISAH 30 JUN - FAREWELL NITE!!!!!!


   Semalam ( 29 Jun ) berlangsungnya majlis malam perpisahan untuk warga kerja Cabot ( Malaysia ) Sdn Bhd bertempat di Bayu Beach Resort, Port Dickson. Aku sampai pada pukul 7 petang dan sempat juga snap 2-3 gambar sebelum bermula acara :






       Acara bermula dengan tarian Gangnam Style ( apakah?? ) :




          Selepas itu ucapan dari FGM dan Regional Manager :

ucapan dari FGM

ucapan dari regional manager

dah macam pelakon tamil

       ..... dan acara paling penting, mencekik!!!

kalau bab makan memang steady....

cameraman in action...
       Sambil makan tu ada diselitkan karaoke dan permainan :

alamak... lupa lirik...

..lepas tu wa kasi lempang itu olang.. bla bla bla....

panca sitara??

Isabelllaaaaa....

acara pindah belon...
beribu ribu tania....

Broery masa muda...

acara follow me

kaber malu... tutup mata...hehehehe

dum mere dum.....

aarrghhhh.....

Saloma

Teresa Teng

Sharifah Aini....

Diana Ross

Elvis... memang nama dia Elvis pun...

Mamat baju oren : alamak.. kena cari patner ni

3 Hero Remaja



   Acara ini berakhir pada pukul 12 malam dengan lagu terakhir dari ABBA ( dah nama company otai.. semua lagu lama keluar... ) Aku kadang sedih gak bila berakhirnya majlis ni... lepas ni dah tak jumpa kawan kawan sekerja dan tak ada lagi company yang best macam ni... manager dan orang bawahan boleh duduk makan semeja di kantin, berbual, bergurau anggap sebagai kawan... SAD BUT TRUE.. ( masuk skit pasal Metallica... heheheh )

   Oh ye.... aku mengucapkan beribu ribu tania kepada TRW kerana menang FA CUP.... Gomo Kelate Gomo...... kepada Berteromber dan Pc kOKak jangan bersedih... tengok aku.. rileks aje tengok N9 duduk tangga teratasbawah Liga.... isk!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Saturday, 29 June 2013

KISAH 29 JUN - KLASIK NASIONAL!!!!!!


     Hari ni aku kerja, sementara menunggu kontena sampai sempat la jugak layan Klasik Nasional secara online. Aku layan KN sebab banyak lagu lama dari zaman Jalan Ampas hingga tahun 80an berkumandang di sini. Satu lagi sebab... nak bunyi lagu lama dari LP sebab lagu lama mana ada versi mp3,kaset dan cd... ( heheheh ).. kalau ada pun terpaksa nak convert. Patutlah ada orang RTM jadi peminat LP.... dah tahu sebabnya... hahahahhaa..

THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 28 June 2013

KISAH 28 JUN - METALLICA IN SINGAPORE!!!!!!


       Ramai blogger yang aku baca dalam post diorang menyatakan untuk tak pergi ke konsert diatas. Aku pun salah seorang dan baru hari ni nak post pasal band nih ( hehehehe ) Aku mula dah tak layan selepas album Black, entahlah... dah tak leh masuk terus.... ini semua salah Bob Rock le nih..hehehehe.....
      Satu lagi sebab masa tu kan mood Hari Raya, tak kan nak catu pasal nak pergi Singapore, kena pulak aku masa tu mungkin masih menganggur atas sebab kilang tempat aku kerja dah tutup dan belum tahu kerja dah dapat ke atau tak masa tu. Kalau dapat kerja, tak mungkin majikan nak kasi cuti kalau masih dalam tempoh percubaan... tak ke rekod buruk?
     So, kepada Metallica, minta maaflah sebab tak dapat pergi, hal keluarga lagi penting untuk aku sekarang


THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 21 June 2013

Monday, 17 June 2013

KISAH 17 JUNE - BARANG DAH SAMPAI!!!!!!


  Hari ni aku terima barang dari Meta Lzone Distro yang aku order bulan lepas. Sepatutnya awal bulan ni aku dah terima tetapi disebabkan masa tu ada masalah, aku pun beritahu beliau yang aku ambil barang ni tengah bulan ni..

jeng jeng jeng!!!! ( drum roll please! )


    Yeah! Album dari kumpulan Graveyard, Tiamat ( Wildhoney ) dan Devil ( Time to Repent ) aku terima dalam keadaan baik... steady.. Balik nanti layan mood Blues Rock,Gothic dan Doom!... layannzzz

THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 2 June 2013

KISAH 2 JUNE - IT'S NICE TO BE OUT IN THE MORNING!!!!!!


  Lagu ni terdapat dalam album soundtrack Herman's Hermits berjudul Mrs. Brown You've Got A Lovely Daughter ( kena carik filem ni dalam torrent ). Adi dan Berteromber mesti suka lagu ni... nak tahu.. sila baca lirik dia... ( aduiiiiii..)

It's nice to be out in the morning
When you've got somewhere to go
But seeing the same old faces
That can make you feel so low

Ardwick Green where the grass is grey
Beswick, Hulme, and Harpurhey
Whalley Range where the tomcats roam
They're not the sights of Rome
But it's home

It's nice to be out in the morning
When you've got somewhere to go
But seeing the same old places
That can make you feel so low

Besses o' the Barn where the brass bands blow
Home of the heights where the chimneys grow
Boggart Hall Clough with its concrete flowers
It's not the Taj Mahal
But it's ours

But the town is people more than things
It's the mums and dads and kids and love that give it life

Oh, it's nice to be out in the morning
When you've got somewhere to go
But seeing the same old places
That can make you feel so low

United's ground where the champions score
A hundred goals to the reds stand's roar
And Bobby Charlton, Best and Law
It's a most fantastic day
When they play

It's nice to be out in the morning
When you've got somewhere to go
It makes you feel good when you're riding
To the places that you know

Ardwick Green where the grass is grey
Beswick, Hulme, and Harpurhey
Whalley Range where the tomcats roam
They're not the sights of Rome
But it's home


sedutan filem tersebut

p/s : lagu ni sesuai keluar selepas EPL game team tersebut.... layan gak!


THE JOURNEY CONTINUE......

Saturday, 1 June 2013

KISAH 1 JUN - SENANDUNG BURUH KASAR!!!!!!


   Lagu dari album self title Kembara ni aku layan masa sambil berfacebook. Intro dia kalau korang perasan  hampir serupa dengan lagu Hingga Akhir Nanti ( Alleycats ) dimana M Nasir yang bikin lagu tu. Apa yang menarik tentang lagu ni ialah tanpa buruh kasar, tak mungkin ada bandar besar yang ada sekarang.... apapun layannzz

Lihatlah bangunan yang tinggi mengawan
Menghiasi kotaraya
Menjadi kemegahan dari zaman ke zaman
Kejayaan negara

Pandanglah aku yang bermandi keringat
Di bawah terik mentari
Bekerja dengan menghempas tulang
Mencari nafkah sehari

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

Aku hanyalah seorang buruh kasar
Di tengah kota besar turut merasa bangga
Kerana telah berjasa

Kerana tanpa kami tak mungkin terlaksana
Sebuah kota yang menjadi
Impian sezaman

Cukup hidup sederhana
Sedang bekerja, haaa..
Bisa bernyanyi, ketawa dan bersenda



THE JOURNEY CONTINUE......