Monday, 15 July 2013

KISAH 15 JULAI - AKHIRNYA...!!!!!!



         Setelah hampir 8 tahun berkhidmat, akhirnya aku menamatkan tugas dengan SELAMAT ( sebab kilang ni ketat sikit dari segi keselamatan pekerja ). Selepas ni tak tahu syarikat mana pulak aku akan kerja. Buat masa sekarang nak lepak dulu, Lepas raya baru cari kerja.... Harap adalah kerja untuk aku ini...Amin...

THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 14 July 2013

KISAH 14 JULAI - HASIL 2 HARI...HEHEHEHE!!!!!!

Fantasi
Realiti.....
   Orang lain sibuk cari baju raya, aku sibuk cari CD..hehehhehe. Nasib baik ada Voucher Speedy, dapat 20% dari harga sebenar... safe skit.... apapun layan.....

THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday, 10 July 2013

Monday, 8 July 2013

KISAH 8 JULAI - KENAPA AKU TAK BELI PRESALE TICKET!!!!!!

gambar cedok kat sini

    Ada kawan dalam FB tanya aku dalam message " kenapa tak beli awal tiket?". Aku mula tak beli tiket awal selepas Sepultura dan Dark Funeral punya kes. Ye lah... tak berani nak tanggung risiko... duit kita cari penat penat dan last kena kapur. Kes Sepultura aku hampir nak beli sebab member dah racun aku macam macam.. tak true la.... itu la ... ini laa.... dan akhirnya yang TRUE jugak kena kencing hidup hidup..... Dark Funeral.... aku tak beli sebab tak mengikuti sangat band ni... Nasibnya lagi teruk... dah sampai sini lagi tu.. dan terbaru Loudness.... sebab jerebu melanda di negara kita, hampir aku nak beli.... last aku dengan kata putus beli kat pintu masuk lagi baik... selamat dan tak kecewa... Konsert Metallica nanti.. kalau ada rezeki aku 21 Ogos ni... ada la aku kat dalam Stadium Merdeka tu.. kalau tak ada.. lepak kedai mamak layan teh tarik.... hahahahah. Kalau rajin... baca blog mamat ni... Apapun layannnzzz

http://richrusso.net/what-happens-when-the-presale-lays-an-egg-and-when-did-the-presale-stop-mattering-and-lose-its-exclusivity/

THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 7 July 2013

KISAH 7 JULAI - KISAH SEORANG JURUGAMBAR!!!!!!


   Hari ni aku tak tahu nak buat apa... aku capai kamera aku dan pergi jalan jalan area PD... dan hasilnya :










   Sambil tu aku pun ciplak lirik Kisah Seorang Biduan... hehehhehe : 

Dari rumah aku
Berbekal Nikon tua 
Datang ke Pekan PD 
Dengan penuh harapan 
Mendapat ilham untuk bergambar( 2X )

Oh jurugambar amatur
Pujaan kawan kawan 
Dan komen bernas 
Dan juga kutukan 
Di dalam Facebook atau Blog


Meskipun aku berpuas hati
Namun orang pun tahu 
Apa isi hati ku 
Tatkala aku gambarkan
Gambarku biasa aje
Hanya mengisi masa lapang 
Dikala kebosananku ( 2x ) 







THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 4 July 2013

KISAH 4 JULAI - METALLICA LIVE DI KL?!!!!!!



        kena lompat parti nih......

THE JOURNEY CONTINUE......

KISAH 4 JULAI - MAKAN MAKAN DI BAGAN LALANG!!!!!!


   Semalam ( 3 Julai ) Kelab Sukan Cabot mengadakan makan malam sempena perpisahan kami di Bagan Lalang. Kami bertolak pada pukul 5.30 petang dan sampai ke destinasi sejam kemudian. Sampainya aku dia sana, sempat jugak la aku mengambil gambar permandangan disana :








ajk kelab sukan....



    Masa aku mengambil gambar, kawan kawan aku dah order dah semua, senang... tahu dah sampai mencekik....hehehhe :

menunggu dengan sabar....



sessi mencekik ( cameraman maintain... hehehe )


tengah kekenyangan.....
     Sessi makan berakhir pada pukul 9 malam dan aku sampai kat rumah pada pukul 10 malam. Maaflah gambar makanan banyak aku tak ambik... bila bab makan kamera letak tepi.... nanti terliur macam tengok blog Deaf Angel  pulak nanti... apapun layannnn

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 1 July 2013

KISAH 1 JULAI - DILEMA!!!!!!

hiasan....

     Dilema nih.... nak kerja kilang dah tak ada hati dah... serik kalau kena macam sekarang. Sepupu dan kawan dalam FB cadangkan kerja kat Taiping sebab kos sara hidup masih murah dibandingkan dengan Shah Alam dan Port Dickson. Ada jugak nak bantu kerja di KLIA. Apapun terima kasih kepada kawan kawan kerana membantu. Selepas 15 Julai ni bermulalah kembali cari kerja... Doakan aku dapat kerja selepas Hari Raya ni.... Insya Allah..

THE JOURNEY CONTINUE......