Wednesday, 11 January 2023

Kisah 11 Januari - Rabu Yang Bisu


 

Test....berabuk dah blog aku....tak ada idea sebenarnya....apapun selamat semuanya.....


Saturday, 14 January 2017

KISAH 14 JANUARI - POSITIF YANG MISTERI!!!!!


     Terjumpa 2 LP rock melayu di kedai member... rege pun ok... sambar aje leeee. Bulan Februari ni kena puasa dah ni... teruk jangkitan LP nih...hahahadoi


THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 30 December 2016

KISAH 30 DISEMBER - THE STROLLERS!!!!


  Sebenarnya dah ambik semalam secara COD di Taman Sri Rampai, Salah satu LP yang dicari sudah dapat, next Western Union Band ... apapun layan.....


THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 29 December 2016

KISAH 29 DISEMBER - #BAPAKKOPAK!!!!!




   Bulan ni selepas Hukum Karma , terlayan lagu rock lama dalam youtube, ingat semua ni tak ada CD... tanya kawan.. ada pulak.. apa lagi terbeli kesemua kat bawah ni dan tunggu poslaju punya nombor :

Sumber dari Rafi

sumber google

sumber google

sumber google

Kalau nak layan rock sebenar melayu yang power... sila beli album atas ni


*nasib tak ada LP... kalau tak jahanam poket aku...hahhaha



THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 23 December 2016

KISAH 23 DISEMBER - HUKUM KARMA!!!!!



     Baru sampai tadi.... heheheh. Beli kat Zan Din . Apapun layannnnnzzzz

THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday, 30 November 2016

Tuesday, 1 November 2016

KISAH 1 NOVEMBER - SWEET CHARITY BOXSET!!!!!


  Setelah baca blog Berteromber dan Rafi Hussien Xyrus Zone , aku pun nak up lah koleksi riak Sweet Charitywi nih, Boleh dikatakan semua lagu dalam album ni banyak yang tak pernah dengar terutama Seniman Di Rantau dan ada jugak lagu yang dicedok dari artis barat ( nak tahu.,., beli... hehe )

 Kira ini la album complete yang ada dalam simpanan aku... band lain semua banyak tak cukup lagi kena cari lagi LP CD diorang kat pasaran atau tunggu reissue aje.. apapun layan....
tertunjuk LP DJ Dave lak... heheh

THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 6 October 2016

KISAH 6 OKTOBER - AKU DAH TERJEBAK!!!!!



    Lama tak update blog aku... dekat setahun jugak lah.... oh ya... aku dah terjebak main LP/Vinyl sekarang ni... haduiii... hahahah

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 19 October 2015

KISAH 19 OKTOBER - CASSETTE STORE DAY 2015!!!!!


          Pada 17 Oktober yang lepas, Cassette Store Day berlangsung di Campbell Complex, Kuala Lumpur. Aku tiba hampir pukul 12 tengah hari dan aku pun ada jual kaset aku ( dari dibuang baik jual, kan ? ) Aku tumpang barang aku kat meja abang Man Assault  , lepas letak aku pun survey barang kat situ, kot berkenan ( dapat satu pun ...itu pun band lama ). lepas pusing pusing, jumpa kawan group Liverpool Metalheads Supporter Federation ( bang berteromber dan Adi jangan marah ). Oh ye... aku sempat bejumpa bro PC kOKak, itupun dia tegur aku... aku blur jap... hahaha... terima kasih sebab tegur.. kalau tak.. sampai sudah tak perasan. Aku balik pada pukul 7 petang dan lepak kat Lotus layan BPL.... apapun layan :


Suasana dalam Campbell


Liverpool Metalheads Supporter Federation!


THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 30 August 2015

KISAH 30 OGOS - CREEDENCE CLEARWATER REVIVAL!!!!!


Album ini dah lama aku cari, ye lah... ada kenangan dengan band ini. Untuk pengetahuan semua....band ini band kegemaran arwah abah aku, kalau pergi jalan naik kereta sanggup dia pasang kaset ni dari layan radio, aku dan adik kadang rasa bengang jugak... ye lah zaman nak kenal rock dan pop...dia up lagu band lama....hahhaha..... dan akhirnya aku pun dah layan band ini dan band lama yang lain... Layannnnzzzzz



THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday, 13 May 2015

Wednesday, 22 April 2015

Sunday, 15 March 2015

KISAH 15 MAC - TT SILATURRAHIM ACCORD NEGERI SEMBILAN!!!!!!



    Pada tarikh tersebut, kami mengadakan TT di Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai dan disertai dengan HAVOC ( Kelab Pemilik Accord Malaysia ), Accord Selangor Crew ( ASC ) dan HSV4J. aku tiba pukul 6 petang ( ingat nak pekena cendol bawah pokok tapi lewat ). Sebab TT dibuat untuk memilih pengerusi baru dan membuat TT di setiap daerah, lepas ni PD... masak aku!..hehehhe. Sebahagian gambar yang diambil oleh kawan kawan. aku tak bawak kamera....malas...hehehhe :





THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday, 28 January 2015

KISAH 28 JANUARI - BERPURA PURA!!!!!!


   Lagu ni aku tengah stim melayan sekarang.. adakah sebab faktor umur yang nak masuk ke 4 series??... apapun J.Mizan RULES!!!!! ( dah lama tak update blog... bersawang teruk nampaknya..heheheh )



THE JOURNEY CONTINUE......

Saturday, 6 December 2014

KISAH 6 DISEMBER - TAK ADA IDEA!!!!!!


   Hari ni aku kerja, macam biasa sejak dah bertukar kerja ni jarang nak berblog ( bila ada idea... kerja banyak... time tak ada macam sekarang..emm ) dan selalu blogwalking tengok blog kawan kawan.... apapun LAYANNNN!!!!!


THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 6 November 2014

KISAH 6 NOVEMBER - DAH BESAR ANAKKU!!!!!!


Rasa baru semalam aku menyambut kelahiran anakku, Farah Anis... makin membesar makin nakal dia....kadang aku nak balik cepat hanya nak melihat tekatah anakku ni ..... release tension kerja kejap....

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 18 August 2014

KISAH 18 OGOS - MANUSIA BIASA!!!!!!

Gambar cedok dari FB kawan....


MANUSIA BIASA - STRANGER EYES
Aku insan biasa
Tak punya apa apa
Hanya ada pemberiannya

Biarpun aku dihina
Dengan sedemikian rupa
Namun aku tetap bahagia

Kini aku masih mencari
Namun aku tidak temui
Insan sepertiku harus mengetahui
Bahawa dunia ini tak memerlui

Kini aku masih tetap begini
Tak punya apa yang ku banggai
Bersyukurlah aku pada yang maha Esa
Kurniakan aku manusia biasa


THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 1 August 2014

KISAH 1 OGOS - NOSTALGIA!!!!!!


   Hari Raya di Kuala Kangsar.... Aku dan sepupu pergi mengunjungi rumah Cik Amat, rakan karib arwah abah aku... Sempat berbual tentang sejarah Kota Lama Kanan, Meriam Padam Pelita, Latip Gurap ( pahlawan melayu ) dan perang Kota Lama Kanan.... Selepas lama berbual... Beliau tanya siapa aku... Sepupu aku cakap anak Fathi ( arwah abah aku ) tetiba muka beliau berubah dan mengalir air mata dan berkata "fathi,fathi"... Dan cerita perihal arwah abah aku semasa muda dan kes dia bawak lari vespa ke Taiping untuk pergi temuduga askar....Beliau ada cerita pasal gambar ni tetapi hilang dalam simpanan beliau... Alhamdullillah... Gambar ni tersimpan dengan baik dalam album keluarga kami..... Nostalgia kembali..... 
Al fatihah Abah....

THE JOURNEY CONTINUE......


Wednesday, 23 July 2014

RABU YANG BISU - TAHNIAH JOKOWI!!!!!!



Lepas ni Hammersonic makin besar la sebab presiden mat metal! ( aku masih belum sampai lagi.. ) :P

THE JOURNEY CONTINUE......

Saturday, 14 June 2014

KISAH 14 JUN - TT SUP KAMBING DI BANDAR SERI JEMPOL!!!!!!


  Semalam ( 13 Jun ) berlangsungnya TT di Bandar Seri Jempol. aku tak bawak kereta aku sebab bahagian belakang kanan senget ( kes bush pecah ) jadi terpaksa aku tumpang HOR ( Head of Region ) Zaini. termasuk Airul Zaha. aku menggunakan D300 + 18 - 105mm :

kat simpang ke senawang

laju kelisa nih....

teringat lagu Ozzy - Bark at The Moon

tunggu la wooiii!!




  Kami sampai ke bandar Seri Jempol hampir pukul 10 malam... apa lagi...... SUP KAMBING RULES!!!!!!











   Kami pulang hampir pukul 2 malam dan aku sampai pukul 3 pagi kat rumah.. apapun layan gambar curi bawah nih :
hampeh!!!!!!
THE JOURNEY CONTINUE......