Showing posts with label jalan jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan. Show all posts

Monday, 19 October 2015

KISAH 19 OKTOBER - CASSETTE STORE DAY 2015!!!!!


          Pada 17 Oktober yang lepas, Cassette Store Day berlangsung di Campbell Complex, Kuala Lumpur. Aku tiba hampir pukul 12 tengah hari dan aku pun ada jual kaset aku ( dari dibuang baik jual, kan ? ) Aku tumpang barang aku kat meja abang Man Assault  , lepas letak aku pun survey barang kat situ, kot berkenan ( dapat satu pun ...itu pun band lama ). lepas pusing pusing, jumpa kawan group Liverpool Metalheads Supporter Federation ( bang berteromber dan Adi jangan marah ). Oh ye... aku sempat bejumpa bro PC kOKak, itupun dia tegur aku... aku blur jap... hahaha... terima kasih sebab tegur.. kalau tak.. sampai sudah tak perasan. Aku balik pada pukul 7 petang dan lepak kat Lotus layan BPL.... apapun layan :


Suasana dalam Campbell


Liverpool Metalheads Supporter Federation!


THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 15 March 2015

KISAH 15 MAC - TT SILATURRAHIM ACCORD NEGERI SEMBILAN!!!!!!



    Pada tarikh tersebut, kami mengadakan TT di Desa Cempaka, Bandar Baru Nilai dan disertai dengan HAVOC ( Kelab Pemilik Accord Malaysia ), Accord Selangor Crew ( ASC ) dan HSV4J. aku tiba pukul 6 petang ( ingat nak pekena cendol bawah pokok tapi lewat ). Sebab TT dibuat untuk memilih pengerusi baru dan membuat TT di setiap daerah, lepas ni PD... masak aku!..hehehhe. Sebahagian gambar yang diambil oleh kawan kawan. aku tak bawak kamera....malas...hehehhe :





THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 30 December 2013

KISAH 30 DISEMBER - MEGA TT DI NILAI!!!!!!


  Pada 29 Disember ( semalam ) berlangsung Mega TT di Nilai khas untuk pengguna Honda Accord. Sebanyak hampir 40 biji kereta hadir pada hari tersebut. :

orang terawal...




















       Mega TT ni berakhir pukul 11 malam ( hujan ) dan aku terus balik ke PD.... Terima kasih pada semua kawan kawan yang terlibat.... Hidup Accord!!!!!!


THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 9 December 2013

KISAH 9 DISEMBER - MALACCA ..... THE RETURN!!!!!!


   Semalam ( 8 Disember ) aku berpeluang membawa 2 anak kapal dari Italy ke Melaka untuk Shore Leave. Aku bawa sampai Dataran Pahlawan dan turunkan diorang di sana, lepas tu aku ambil masa aku untuk photoshoot area Melaka, cuma kali ni ikut ok dari mata aku, lagi pun tempat yang aku nak photoshoot crowded sangat, cuti sekolah.... Nikon D200 dan 18-70mm aku gunakan untuk sessi nih :
















  Selesai aku punya sessi, aku pun amik 2 anak kapal Itali tu dan hantar balik ke RTC Kuala Linggi.....

THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 4 July 2013

KISAH 4 JULAI - MAKAN MAKAN DI BAGAN LALANG!!!!!!


   Semalam ( 3 Julai ) Kelab Sukan Cabot mengadakan makan malam sempena perpisahan kami di Bagan Lalang. Kami bertolak pada pukul 5.30 petang dan sampai ke destinasi sejam kemudian. Sampainya aku dia sana, sempat jugak la aku mengambil gambar permandangan disana :








ajk kelab sukan....



    Masa aku mengambil gambar, kawan kawan aku dah order dah semua, senang... tahu dah sampai mencekik....hehehhe :

menunggu dengan sabar....



sessi mencekik ( cameraman maintain... hehehe )


tengah kekenyangan.....
     Sessi makan berakhir pada pukul 9 malam dan aku sampai kat rumah pada pukul 10 malam. Maaflah gambar makanan banyak aku tak ambik... bila bab makan kamera letak tepi.... nanti terliur macam tengok blog Deaf Angel  pulak nanti... apapun layannnn

THE JOURNEY CONTINUE......