Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Saturday, 14 January 2012

LIVERPOOL!!!!!!


        Tadi aku ada mention Liverpool kan? Aku mula minat team ni semasa aku berumur 11 tahun, masa tu final FA Cup 1986 dan lawannya jiran tetangga Everton. Masa tu aku tengok Everton dah leading 1-0 menerusi jaringan Gary Lineker dan Liverpool mula mengasak kubu lawan bila dah masuk selepas masuk pusingan separuh masa kedua dan Ian Rush score gol pertama dan ketiga manakala Craig Johnston score gol kedua dan the rest is history... Kalaulah Everton menang FA Cup tahun tu mungkin aku support Everton kot?? Apa pun aku still support Liverpool walaupun sekarang melalui zaman muram.... Thanks to Ian Rush, because of you, i'm now THE KOPITES!!!! YNWA!!!!!!!!!!!

The legendary

THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 8 January 2012

LANDASAN KERETAPI DI PD!!!!!!

Dah lama nak buat macam ni...hehhehe
     Hari ini ( 8 Januari ) aku pergi berjalan ke kawasan landasan keretapi tinggal di Port Dickson. Untuk pengetahuan semua, landasan keretapi yang menghubungkan Port Dickson ke Seremban dibina tahun 1891, kira kira 6 tahun selepas Landasan keretapi pertama dari Taiping ke Port Weld ( Kuala Sepetang ). info boleh dibaca di sini. Sebab utama ia tak digunakan lagi kerana berlaku kemalangan iaitu keretapi tergelincir yang memuatkan gas LPG dan diesel dari Pusat Penapisan Port Dickson di Tapis Minyak, tergelincir di Kilometer 13.6 di Kampung Pulai, Kuala Sawah, Rantau, pada 2008 dan penutupan kilang Castrol juga salah satu sebab kenapa ia tak digunakan lagi. tempat yang aku ambil gambar ni menghubungkan dari Kilang Castrol menghala ke Kilang penapis minyak Esso dan Shell. Tempat ini juga sesuai buat outdoor wedding photoshoot, kalau kena dengan temanya. Macam biasa D200 dan 18-70mm aku guna untuk ambil gambar ni...
menghala ke Kilang Shell/ Esso

Rel Keretapi....bukan Batang paip..heheh

Tengah landasan



Menghala ke Kilang Castrol


           Selepas selesai aku ambil gambar kat kawasan landasan keretapi tinggal, aku menuju ke Muzium Angkatan Tentera yang terletak di Kem Pusasda. Aku ke sana sebab nak ambil gambar keretapi, so gambar keretapi aje la aku ambil..
Keretapi kat Muzium Angkatan Tentera Port Dickson
     Selepas selesai aku ambil gambar, aku pun berjalan jalan ke muzium tersebut. Maaf sebab dalam muzium tak leh ambil gambar sebab ada papan tanda. so layan mata sendiri la.... Apapun tema aku tentang Keretapi dan settle.. kita layan pulak lagu ni....




THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 30 May 2011

JOURNEY TO KUALA KANGSAR..........AND TAIPING!!!!!!

Photobucket

             Pada Jumaat yang lalu, masa tu aku cuti tak tahu nak buat apa. Aku pun pergi ke kedai hardware beli berus cat dan cat hitam. Cadangnya aku nak cat pagar depan rumah aku yang dah mula berkarat. Sedang asyik gosok untuk buang karat, aku baru teringat ...." alamak.....hari ni nak ke Kuala Kangsar...!" aku pun fikir macam mana aku nak pergi lepas solat Jumaat, almaklumlah..hari tu kan last budak sekolah, kompom tiket habis, kalau naik komuter mesti macam "sardin", berdiri terhimpit-himpit. Last aku teringat filem Easyrider lakonan Peter Fonda dan Dennis Hopper. Apalagi...Harley EX5 akulah jadi penyelamatnya....hehehehhe...

             Selesai solat Jumaat, aku pun berkemas dan terus bertolak ke Kuala Kangsar. Alhamdullillah, sepanjang perjalanan aku ke Kuala Kangsar, cuaca ok tak ada hujan dan motor aku pun tak ada masalah, kira memang nasib aku baik pada hari tu.............

             Aku sampai pada pukul 9 malam ( 5 kali berhenti....sakit pinggang ooo ) dan berjumpa kawan di KFC (maaf tak ambil gambar...kelaparan tahap maksima..hehehe). Selesai makan dan pertemuan kami, aku pun tak melepas peluang mengambil gambar di sekitar Kuala Kangsar....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

         Selesai aku ambil gambar, aku pun bertolak ke base Rockapak.org yang terletak di Sayong, itu pun bertanya pada kawan aku yang aku kenali di sini. Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

           Selepas hampir 2 jam disini, akhir aku sampai ke rumah pakcik aku pukul 1 pagi!....

Photobucket


          Keesokkan harinya, aku dan kawan aku bertolak ke Ipoh, cadangnya nak tengok wayang tapi fully booked, so aku dan dia pergi mengambil gambar di Victoria Bridge yang terletak di Karai......

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
The Tales of  2 Railway Bridges
       Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson. Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru. (info dari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) . Sayang kerana tak terjaga. Warisan negara ni.......Dah 111 tahun umur jambatan ni dan ia hampir sama dengan Jambatan Kursial di Machang, Kelantan..

     Selepas selesai bergambar di Karai, kami bertolak ke Bukit Chandan untuk melawat Galeri Sultan Azlan Shah. Sekarang Galeri Sultan Azlan Shah dalam proses renovasi. jadi tak la banyak gambar aku ambil cuma tertarik dengan bangunan Galeri ni. Baru aku tahu ia merupakan Istana Ulu yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Idris Shah I, Sultan Abdul Jalil Shah dan Sultan Yusuf Izuddin Shah, Ayahanda Sultan Azlan Shah dan pernah dijadikan Sekolah Raja Perempuan Muzwin.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Terpaksa ambil atas saja..ada orang bersihkan kolam!!
Photobucket

Photobucket

        Selepas kami selesai melawat Galeri Sultan Azlan Shah, kami pergi ke pekan Kuala Kangsar, untuk mengambil gambar Pavalion dan MCKK....

Photobucket

      Bangunan Pavilion terletak di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun 1918-1938. Arkiteknya ialah N.E.Don B.C.D. Bangunan ini digunakan sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar selepas bermain polo. Pada masa sekarang, menara Pavilion ini tidak lagi digunakan , namun ianya telah dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong yang berkunjung ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar.(info dari laman web yang sama )

Photobucket

Photobucket

Photobucket
"The Big Tree"
     Kolej Melayu Kuala Kangsar atau MCKK atau The Eton of The East telah dibina pada 1905 hasil usaha Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I (Perak), Sultan Alaiddin Sulaiman Shah (Selangor), Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah (Negeri Sembilan) dan Sultan Ahmad Shah (Pahang).

Photobucket

Photobucket
FIAT SAPIENTIA VIRTUS - Let Wisdom Be Virtue
       Aku ada terbaca dalam blog (kalau salah harap betulkan..) Bangunan utama MCKK dan "The Big Tree" telah diserang anai anai, sayang kalau tak dijaga begitu juga dengan bangunan Pavilion yang pernah menjadi tempat istirehat Almarhum Sultan Iskandar Shah selepas bermain polo yang kini reput di bahagian tangga.
      Selepas itu, kami bertolak ke Kuala Sepetang untuk merasa Mee Udang (gambar lupa nak ambil, kes terlampau lapar...heheheh) dan kami pergi pula ke Taman Tasik Taiping...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

        Selesai bergambar, kami pun pulang ke Kuala Kangsar. Pada malamnya kami hanya minum di Benteng dan balik awal sebab nak balik esok. Aku bertolak dari rumah pakcik aku selepas Subuh. Sebelum meneruskan perjalanan aku singgah ke 7 Eleven kejap untuk beli top up, aku terserempak dengan Penyokong Man Utd (PMU), sempat aku bertanya (almaklumlah, rumah pakcik aku tak ada ASTRO!) :

                               Aku : " siapa menang "

                            PMU : " Barca......"

                               Aku : " Score? "

                            PMU : " 3-1......"

                              Aku : (menggelengkan kepala)
                                       (dalam hati...PADAN MUKA!WAKAKAKAKA)

            Dan aku pulang dengan hati gembira dan sampai di Port Dickson pada pukul 12 tengah hari.

Walk on... 
Walk on... 
With hope 
In your heart...
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.!!!!!!!!!!!

         Terima kasih kepada Pakcik aku, Khairudin b. Puteh Yaacob kerana membenarkan aku menumpang di rumahnya semasa beliau sekeluarga mengerjakan Umrah. Tak lupa juga pada Conan Qursany, akhirnya kita berjumpa boss!, semua warga Kuala Kangsar dan motor aku, Harley AKA Honda EX5, sampai jugak motor aku ke kualer.......adios!!!

THE JOURNEY CONTINUE.................

Monday, 6 December 2010

JOURNEY TO REPLIKA ISTANA RAJA MELEWAR!!!!!!

Pada 5 Disember yang lalu, aku berpeluang melawat replika Istana Raja Melewar yang terletak di Kg Astana Raja, Rembau. Aku pergi dengan SMR dengan menaiki kereta...

Pintu masuk ke replika Istana

Halaman replika Istana

Replika Batu Kasur

Replika batu diatas adalah contoh berdasarkan bentuk asal yang terdapat di Alam Minangkabau, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini merupakan satu tempat ujian bagi anak anak raja dan mereka mesti lulus sebelum ditabalkan menjadi raja di Negeri Sembilan. Antara ujiannya ialah mereka harus tidur beberapa hari di atas batu ini yang dilapik dengan daun 'jelatang' yang sangat gatal disamping gangguan lain selama berada diatasnya. hanya mereka yang bertahan dalam tempoh yang ditentukan dianggap telah lulus ujian dan Raja Melewar telah lulus ujian ini dan seterusnya menjadi Raja Negeri Sembilan.

Replika Batu Bertikam

Replika batu diatas ini pula adalah contoh asal yang terdapat di Kacamantan (kampung) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumatera Barat Indonesia. Batu ini dikaitkan dengan bekas tikaman keris oleh Dato Perpatih Nan Sebatang tanda sumpah setia perdamaian sebagai mengakhiri perselisihan faham dalam hal pemakaian Sistem Adat Koto Piliang yang dicetuskan oleh kakaknya di Katumanggungan.

Menurut cerita bahawa Dato Katumanggunganjuga telah menikam sebuah batu dengan kerisnya dan keris tersebut telah ditempatkan di Sungai Tarab VII Batu ( Bungo Sotangkai, Bulokan Sungai Kayu Balukan Sungai Kayu Batarok ) yang dijadikan sebagai Pusat Pemerintahan Koto Piliang dengan mengamalkan Sistem Adat Dato Bentara Putih.

Semenjak itu, tidak boleh ada sesiapa mengamalkan sistem ada selain Sistem Adat Caniago tersebut dan telah dipakai sama oleh kota kota yang lai sekitarnya.

Aku le tu.....

Ingat nak baring tapi paneh bonar....




Barangan tembaga ..



Aku di tangga replika istana

Kenyataan tentang replika Istana Raja Melewar

Cantik replika istana ni...


Selepas selesai melawat sekitar bangunan replika istana ini, kami pun beredar balik ke Ayer Keroh...

THE JOURNEY CONTINUE.................