Showing posts with label cuti umum. Show all posts
Showing posts with label cuti umum. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434H!!!!

cedok kat sini


Tema tahun ni : Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah


THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 25 October 2012

SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA!!!!!!



             Aku balik ke Putra Height dengan motor Harley EX5, raya pertama dengan isteri tercinta..... Yang memandu tu berhati hati di jalan raya, ingatlah orang tersayang, yang naik bas berhati hati jugak, penyeluk saku ada dimana mana..... dan terakhir, yang bekerja tu...... SILA JELES...sebab aku cuti...hahahahahah...opppss....sorry...ter emo lak...ehem.......

THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 30 August 2012

KISAH 30 OGOS ( MALAM MERDEKA!!!!!! )



       Hari ni aku kerja petang, esok kita menyambut Kemerdekaan yang ke 55. Alhamdullillah... kita masih boleh bernafas dan hidup aman damai bersama sama pada tahun ni. Harap nasib kita akan datang tak seperti di Syria, Mesir dan negara lain yang sedang bergolak, Palestin usah cakaplah.... sentiasa bergolak. Cuma aku doakan janganlah anak anak muda ( macam aku...heheheh ) yang jiwa bergelora menghabiskan masa di jalan raya ( merempit ) dan dimana tempat yang tak BEST!. Harapan aku biarlah kita Merdeka selama lamanya.....Insya Allah!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE...... 

Wednesday, 22 August 2012

RAYA RAYA KUALER.... KEMBALI!!!!!!



       Tahun ni aku balik ke Kuala Kangsar dan  yang bestnya semua ahli keluarga aku ikut sekali...kira meriah skit dari tahun lepas :

adik bongsu, suami dan anak...


Adik Ipar dan 2 dari 3 anaknya ( sorang lagi pemalu...hahahah )

YB tengah berucap ( pak sedara aku )
   Keesokkan harinya aku bangun lewat skit ( kes layan EPL kat kedai .. kampung tak ada ASTRO ), tengok pak sedara aku dan makcik aku sedang menyediakan bahan untuk masak Paru Masak Suria Baja Hitam. .....
   
   Sebelum aku kejutkan sepupu aku, aku amik gambar diorang tidur... hahahahha..

Mamat ( nama glamer ) pandai mengurut ni....

Shahrani.....

Adik Ipar tengah kacau Paru Masak Hitam diapit anak dan sepupu
( sepupu dan anak buah aku sebaya umur... )
   Sementara tunggu diorang masak, aku pergi mengambil gambar aweks makro :

    Aku ambik gambar sekeping aje, Pak sedara aku cakap kalau nak naik ATV ada kat belakang. Aku ingat ATV real punya ... rupanya MINI ATV.... aku tak naik takut jahanam nanti... masak aku nak bayar...hehehhe
aku tengah menunggang ATV..... ( ok aku tipu... sepupu aku daa. )

Mamat tengah test... terpaksa berdiri... lutut kena handle

Adik Ipar aku mampu menolaknya.... tak terbawak ATV tu

Shahrani...selamber aje... badan ala Valentino Rossi katanye... hampeh!

Rizalman dan Mamat

Sepupu dengan anak buah aku
   Selepas kami makan tengah hari, aku pun ajak Mamat dan Rizalman untuk bergambar di Kuala Kangsar

Jam Besar ni tak sah kalau amik gambar.... mercu tanda tuuu...

Titi gantung kat Dataran Vespa

siapa tak tahu masjid ni....aku tak leh kata apa dah...

Model Hero Remaja 2012....hehehhe
    Selepas kami selesai amik gambar, kami balik berehat dan petang kami pergi ke Persisiran Sayong pulak :

saja test

dahan pokok limau

Pinang nan sebatang...

Lembu nan seekor....

Istana Iskandariah dari seberang sungai

Jeti yang berdekatan dengan istana.... 

Masjid dari pandangan seberang sungai...

Rizalman, Mamat dan anak Rizalman

jeti dekat medan laksa...

errr.... model...
   
labu sayong yang berada di simpang Jambatan Sultan Abd Jalil
   Selesai bergambar , kami pun balik lepak sebab malam nak repeat balik
   
 Malamnya aku dan Mamat pergi dengan menaiki motor....

Masjid ni aku amik kat simpang Taman Kelisa Sayong







Istana Kenangan pada malam hari... cantik...

nak tinggalkan aku...hampeh
     Selepas selesai bergambar... aku pun balik sebab keesokkan harinya kami balik pada Raya Ketiga, tak dapat join Reunion kat Kampung Pinang....tak apa tahun depan ada lagi...... apapun layannnzzz

THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday, 1 May 2012

HAPPY WORKERS DAY!!!!!!

gambar cedok kat sini

       Selamat Hari Pekerja kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ni, dan kepada yang bekerja tu... bekerjalah dengan ikhlas ( ye lah..member cuti dia kena kerja mesti jammed kan.. hehehehe ). Aku pun bercuti tapi boring lak.... so layan zzzzzz le nampaknya....

THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday, 10 April 2012

HARI PERTABALAN DYMM SPB YDP AGONG!!!!!!


       Esok adalah hari pertabalan Sultan Abd Halim Shah sebagai DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong yang bertempat di Kuala Lumpur. Untuk rekod Baginda menjadi Agong sebanyak dua kali dalam sejarah Malaysia.

DAULAT TUANKU!!!!!!
DAULAT TUANKU!!!!!!
DAULAT TUANKU!!!!!!


p/s : kepada yang bekerja esok...selamat bekerja..boleh join Bangla, Nepal dan Pendatang Asing yang lain....aku cuti...YAHOOOO!!!!!! ( tak ada update esok..hahahahaha... )

THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday, 7 February 2012

KISAH 7 FEBRUARI!!!!!!

pagi yang indah di hari cuti...aku kerja..arghhh!!!
       
         Hari ini aku kerja.... betul aku kerja..tak caya? boleh call no ofis aku...hehehe. Sebelum terlupa aku nak ucapkan Hari Thaipusam kepada semua blogger yang beragama Hindu ( mana tahu terbabas masuk blog aku ) dan kawan kawan yang pergi photoshoot kat Batu Caves, jangan lupa tag aku dalam FB nanti..senang aku nak komen... dan selamat bekerja kepada sesiapa saja yang KENA kerja pada hari ini... termasuk aku.... ARGGHHH!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 5 February 2012

Saturday, 31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!!!!

Cedok kat Google
     Lagi 16 jam lagi kita menyambut tahun baru 2012, diharap 9 atau 10 bulan kemudian tak ada kes buang anak di merata tempat. Apapun diharap tahun 2012 ini aku dapat jodoh ( tak cari macam mana? ) murah rezeki dan bertambah miskin ( dengan hutang..hehehe )

p/s : den kojo hari ni dan esok ( 1 Jan )........UHWAAAAAAAAAAAA!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 6 November 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!!!!



     Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca blog aku yang tak seberapa ni....errr.....duit raya ada? aku nak 'SERANG' rumah korang sekarang nih...heheheheheh