Tuesday, 8 June 2010

SCANDAL - KUASA!!!!!!


Bagaimana Harus Kita Menghadapi
Kuasa Manusia Masa Kini
Dalam Mengejar Harta Duniawi
Tanpa Memikirkan Akhir Nanti

Manusia Bermusuhan Sesama Sendiri
Tidak Peduli Apa Yang Terjadi
Kerana Tamak Kuasa Menakluki Hati
Sehingga Mereka Lupa Diri

Ada Kuasa Yang Dipelihara
Tak Kurang Jga Disalah Guna
Hingga Manusia

Yang Lemah Jadi Mangsa
Bagaikan Dunia Mereka Yang Punya

Mari Kita Sama-sama Mengungkapi
Kerna Yang Hidup Pastikan Mati
Ingatlah Kita Kepada Kuasa Realiti
Kuasa Sebenar Yang Telah Pasti

Kuasa

Kuasa

Kuasa

Kuasa


*Dari Album Juara Juara Rock (1987)*

Thursday, 3 June 2010

TZ - CINTA PALSU!!!!!!


Cinta kasih dan sayang
Menjadi impian
Impian tidak tercapai
Putus di tengah jalan

Ku sangka panas sampai ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Aku karam di lautan cinta

Sedikit tidak ku sangka
Kau kini berubah
Di manakah sumpah setia
Kau noda cinta kita

Sedang ku kasih sedang ku sayang
Bunga ku puja dipetik orang
Hampalah segala-galanya

Biarlah aku kecewa
Asalkan dikau bahagia
Cinta ini tiada erti untuk ku
Mungkin ini satu cabaran
Yang harus ku tempuhi
Bercinta di lain kali
Harus ku waspada selalu





*Dari Album Clash Of The Band (1987)*

Sunday, 30 May 2010

JOURNEY TO...... REUNION SMK 1988 - 1992...PART 1!!!!!!

Semalam aku pergi ke KL untuk berjumpa sahabat lama Sekolah Menengah Kamunting, Perak. Tempat Pertemuan kami di Restoran NZ Garden Cafe di Jalan Ampang, KL. Seramai 7 orang datang (ingat ramai lah...tapi biasalah...ada hal masing masing)....Helmi, Adha, Zahurim, Ekin, Yusnizal, Mohsin dan aku sendiri....bayangkan dari pukul 8 malam hingga 5 pagi banyak cerita lama masa sekolah kami sembangkan...gelak ketawa jangan cerita lah....sejarah lama kami masa beli kaset cetak rompak kat pasar malam masa muzik ROCK tengah panas sehingga hal kami kat sekolah....kekadang terfikir jugak....kalaulah dapat di undurkan masa....nak aje aku balik ke zaman aku di Kamunting....banyak kenangan semasa sekolah di sana....apa pun aku berterima kasih pada FACEBOOK kerana dapat temukan aku dengan kawan kawan lama aku....
Aku dengan Yusnizal
Helmi, Aku dan Yusnizal
Helmi macam waiter tengah melayan karenah Aku. Zahurim hanya ketawa melihat gelagat kami
2 Bujang (Helmi dan Aku ) bersama 3 Suami bakal tidur luar sebab lambat balik (Zahurim,Adha dan Yusnizal..hehhehe)

THE JOURNEY CONTINUE..............

Saturday, 1 May 2010

SELAMAT HARI BURUH SEMUA!!!!!!

HARI BURUH
Hari Pekerja atau Hari Buruh adalah satu cuti tahunan yang diraikan pada 1 Mei (atau dalam permulaan bulan Mei). Akan tetapi sebenarnya hari ini disebut juga sebagai Hari Pekerja Antarabangsa, yang mana ia merupakan peringatan tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi pergerakan pekerja. Tarikh 1 Mei digunakan kerana pada tahun 1884,Persekutuan Persatuan Pekerja dan Buruh, yang diinspirasikan oleh kejayaan Parti Labour 1872 di Kanada, meminta lapan-jam waktu berkerja di Amerika Syarikat, dikuatkuasakan pada 1 Mei, 1886. Ini mengakibatkan mogok umum dan Mogok Haymarket tahun 1886, tetapi beransur-ansur juga di pejabat selama lapan-jam waktu bekerja.

ASAL USUL
Idea untuk menggunakan perayaan cuti proletariat sebagai cara untuk mencapai hari bekerja lapan jam dicetuskan di Australia. Para pekerja mengambil keputusan pada tahun 1856 untuk mengajurkan sehari pemberhentian sepenuhnya bersama dengan mesyuarat-mesyuarat dan hiburan sebagai demonstrasi demi hari bekerja lapan jam. Hari bagi perayaan ini ditetapkan pada 21hb April. Pada mulanya, pekerja Australia itu menganjurkan ini hanya bagi tahun 1856. Tetapi perayaan pertama ini membawa kesan yang sangat kuat pada golongan proletariat Australia, menghidupkan mereka dan membawa pemberontakan baru, sehingga keputusan diambil untuk mengulangi perayaan tersebut setiap tahun.
Sebenarnya, apakah yang dapat memberikan para pekerja semakin banyak keberanian dan kepercayaan pada kekuatan mereka sendiri daripada pemberhentian bekerja yang mereka sendiri telah menganjurkan? Apakah yang dapat memberikan lebih banyak keberanian kepada hamba-hamba abadi kilang-kilang dan bengkel-bengkel daripada pengaturan askar-askar mereka? Maka, idea perayaan proletariat diterima dengan laju dan, dari Australia, bermula menyebar ke negara-negara lain sehingga akhirnya ia telah menguasai seluruh dunia proletariat.
Di Amerika Syarikat, perarakan Hari Buruh yang pertama telah diadakan pada 5 September, 1882 oleh Pusat Kesatuan Buruh di bandaraya New York untuk memperingati pencapaian serta sumbangan tenaga pekerja di sana. Namun banyak kesatuan pekerja yang lebih radikal mahukan tarikh 1 Mei sebagai hari buruh. Pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa 1hb Mei patut menjadi hari berhenti bekerja antarabangsa. Pada hari ini, 200,000 pekerja meninggalkan tempat bekerja dan menuntut hari bekerja lapan jam. Kemudiannya, pihak polis dan serangan perundangan menghalang para pekerja selama beberapa tahun daripada mengulangi demonstrasi [saiz] ini. Pada tahun 1887, Presiden Grover Cleveland telah memilih Isnin pertama bulan September dan bukannya 1 Mei sebagai hari buruh di AS kerana bimbang para pekerja akan memperingati rusuhan pekerja yang berlaku pada 4 Mei 1886. Pada 1894 Presiden Grover secara rasminya mengisyhtiharkan Isnin pertama bulan September sebagai hari buruh.
Sementara itu, gerakan pekerja di Eropah telah bertumbuh dan menjadi segar. Perluahan paling kuat oleh gerakan ini berlaku di Kongres Pekerja Internasional pada tahun 1889. Di Kongres ini, yang dihadiri oleh empat ratus wakil, keputusan diambil bahawa hari bekerja lapan jam mesti menjadi yang pertama dituntut. Dengan itu, wakil kesatuan-kesatuan Perancis, pekerja Lavigne dari Bordeaux, mengutarakan bahawa tuntutan ini diluahkan di semua negara melalui pemberhentian bekerja antarabangsa. Wakil dari pekerja-pekerja Amerika menarik perhatian kepada keputusan komrad-komrad dia untuk bermogok pada 1hb Mei, 1890, dan Kongres mengambil keputusan untuk mengadakan perayaan proletariat antarabangsa pada tarikh ini.
Dalam kes ini, seperti tiga puluh tahun sebelum itu di Australia, para pekerja hanya memikirkan demonstrasi sekali. Kongres telah mengambil keputusan bahawa pekerja dari semua negara akan berdemonstrasi bersama bagi hari bekerja lapan jam pada 1hb Mei, 1890. Tidak ada sesiapa yang berucap mengenai pengulangan cuti itu bagi tahun-tahun akan datang. Sememangnya, tidak ada sesiapa yang dapat meramalkan betapa pantas idea ini akan berjaya dan betapa lajunya dipupuk oleh kelas-kelas pekerja. Namun, ia cukup untuk meraihkan Hari Mei [Pekerja] hanya sekali supaya semua orang memahami dan berpendapat bahawa Hari Mei mesti menjadi perayaan tahunan dan berterusan.
Satu haribulan Mei menuntut pengenalan hari bekerja lapan jam. Tetapi malah selepas matlamat ini telah dicapai, Hari Mei tidak dilepaskan. Selagi perjuangan pekerja menentang borjuasi dan kelas pemerintah berterusan, selagi segala tuntutan-tuntutan belum dicapai, Hari Mei akan menjadi perluahan tahunan bagi tuntutan-tuntutan ini. Dan apabila hari-hari yang lebih baik muncul, apabila kelas pekerja sedunia telah memenangi kejayaannya, pada masa itu juga umat manusia akan meraihkan Hari Mei dalam kehormatan bagi perjuangan-perjuangan pahit dan kemelaratan masa yang lalu.

PERSATUAN PEKERJA ATAU BURUH
Hari Buruh Antarabangsa juga merupakan cuti antarabangsa yang diraikan pada 1 Mei dalam memperingati kejayaan pergerakan buruh pada 1886 Mogok Haymarket di Chicago, Illinois. Negara-negara lain selain daripada Amerika Syarikat dan United Kingdom, di mana bentuknya mungkin berbeza dari segi konotasi. Hari 1 Mei biasanya dirujuk sebagai dirujuk sebagai Hari Buruh. Dalam kebanyakan tempat di dunia, residen keas bekerja melawan keras untuk menjadikan Hari Mei ini suatu keranda-yang dikenali hari ini.Kanada, Amerika Syarikat, Australia, dan New Zealand meraikan Hari Buruh pada tarikh lain, yang mana ia bergantung kepada sejarah asal untuk meraikan bagaiman cuti bagaimana cuti berkenaan wujud pada tarikh tersebut. sila lihat Hari Setia (Loyalty Day) dan Hari Undang-undang(Law Day).
Hari Mei telah lama menjadi titik fokus kepada demonstrasi oleh pelbagai kumpulan sosialisme, komunisme, dan anarkisme. Dalam abad ke-20, cuti berkenaan mendapat persetujuan daripada Kesatuan Soviet; perayaan dalam negara-negara komunis semasa era Perang Dingin sentiasa mengandungi perarakan ketenteraan dan menunjukkan rakyat biasa di dalam keadaan menyokong kerajaan.

HARI MEI DI UNITED KINGDOM
Di United Kingdom, acara-acara politik kadangkala memecahkan mereka kepada dua kem. Pergerakan Buruh perdana meraikan Hari Mei mereka pada hari Isnin pertama di dalam bulan Mei, yang mana ia adalah hari cuti kebangsaan dan mungkin atau mungkin tidak wujud pada 1 Mei. Perarakan berskala kecil telah dianjurkan parti-parti politik (biasanya termasuk tetapi tidak terhad kepada Parti Buruh, Parti Pekerja Sosialis, Parti Sosialis Scotland, Parti Komunis Britain dan kumpulan berhaluan kiri yang lain). Keraian sebegini biasanya ditandakan dengan perkhemahan arak di tempang letak kereta dan penjualan bahan-bahan propaganda Marxist.
Hari sebenar 1 Mei di U.K., walau bagaimanapun ,secara umumnya digambarkan dengan perarakan-perarakan umum dan demonstrasi yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan anarki , walaupun dalam tahun-tahun kebelakangannya ia juga melibatkan kumpulan-kumpulan komunis, secara khususnya mereka daripada cawangan Trostsky.


HARI MEI DI JERMAN
Hari Mei pada masa kini masih mempunyai kepentingan politik, dengan kesatuan pekerja dan parti-parti politik sering menggunakan hari Mei ini untuk aktiviti-aktiviti dan kempen-kempen politik,tetapi sejak 1987 ia juga dikenali sebagai mogok besar oleh radical berhaluan kiri, termasuklah senario punk rock, Autonome, dan lain-lain lagi, tetapi juga ramaja-remaja "biasa" yang benci kepada polis. Walau bagaimanapun, Hari Mei 2005 di Berlin adalah yang paling aman dalam jangkamasa 23 tahun years.
Tahun-tahun kebelakangan ini, neo-nazi dan kumpulan-kumpulan lain berhaluan radikal kanan seperti NPD juga menggunakan hari ini untuk mengaturkan demonstrasi-demonstrasi awam, biasanya membawa kepada pertempuran dengan pembantah berhaluan kiri, yang mana ia menjadi satu perisitiwa keganasan di bandar bersejarah Leipzig di 1998 dan 2005.

HARI MEI EROPAH (EURO MAY DAY)
Semejak 2001, EuroMayDay telah menjadi sebahagian daripada keraian Hari Pertama dari bulan Mei, yang bertujuan untuk mengemaskini isi kandungan politik dalam tradisi Hari Mei. Titik rujukan EuroMayDay adalah bukan pada kelas pekerja industri, tetapi lebih kepada pekerja-pekerja sementara/fleksi/net yang semakin bertambah dan tidak menentu. EuroMayDay bertujuan untuk mencipta satu penentang yang jelas terhadap ketidaktentuan pekerjaan dan kehidupan. EuroMayDay berasal daripada Milan, Italy, yang mana ia mulanya merebak ke Barcelona in 2004 dan kemudiannya ke bandar-bandar seluruh Europah pada 2005. Dalam tahun 2005, lebih kurang 200.000 orang ramai mengambil bahagian dalam EuroMayDay.
Dalam tahun 2005, rangkaian EuroMayDay menggunakan slogan Ketidaktentuan dunia mariklah kita bersatu dan lancarkan mogok untuk satu Eropah yang bebas dan radikal(Precarious of the world let's unite and strike 4 a free open radical Europe).Middlesex Declaration of Europe's Precariat 2004 lahir daripada acara Beyond ESF yang diadakan selari dengan Forum Sosial Europah yang diadakan di London pada September 2004. Dalam tahun 2006, lebih banyak bandar mengambil bahagian dalam EuroMayDay. Bilangan penglibatan peserta telah bertambah dari 5000 orang di Milan pada tahun 2001 kepada 50.000 dalam tahun 2003 dan 100.000 orang dalam tahun 2004 (Milan dan Barcelona). Bandar-bandar EuroMayDay telah memasukkan Amsterdam, Barcelona, Copenhagen, Hamburg, Helsinki, Jyväskylä, L'Aquila, Leon, Liege, London, Maribor, Marseilles, Milan, Naples, Palermo, Paris, Seville, Stockholm and Vienna.

TEMA HARI PEKERJA
2010 : Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi

sumber : wikipedia

Monday, 26 April 2010

KAPAL TERBANG PERANG DUNIA PERTAMA!!!!!!


FOKKER DR.1 TRIPLANE (JERMAN)
SPESIFIKASI
* Anak Kapal : Satu
* Panjang : 5.77 m (18 kaki 11 in)
* Rentang Sayap : 7.20 m (23 kaki 7 in)
* Tinggi : 2.95 m (9 kaki 8 in)
* Luas Sayap : 18.70 m² (201 kaki²)
* Berat kosong : 406 kg (895 lb)
* Berat penuh : 586 kg (1,292 lb)
* Loji Kuasa : 1× 9 Silinder Enjin omboh putar Oberursel Ur. II, 82 kW (110 hp)
* Kadar Aspek : 4.04
PRESTASI
* Kelajuan Maksimum : 185 km/j (115 bsj)
* Kelajuan Biasa : 72 km/j (45 bsj)
* Jarak : 300 km (185 batu)
* Lelangit Khidmat : 6,095 m (20,000 kaki)
* Kadar Kenaikan : 5.7 m/s (1,130 kaki/min)
PERSENJATAAN
* 2 × 7.92 mm (.312 in) "Spandau" LMG 08/15 mesingun


SPAD XIII (PERANCIS)
SPESIFIKASI
* Anak Kapal : Satu
* Panjang : 6.25 m (20 kaki 6 in)
* Rentang Sayap : 8.25 m (27 kaki 1 in)
* Tinggi : 2.60 m (8 kaki 6.5 in)
* Luas Sayap : 21.1 m² (227 kaki²)
* Berat kosong : 566 kg (1,245 lb)
* Berat penuh : 856 kg (1,888 lb)
* Loji Kuasa : 1x 8 silinder Hispano-Suiza 8Be v type enjin, 220 hp (164 kw)
PRESTASI
* Kelajuan Maksimum : 218 km/h (135 mph)
* Lelangit Khidmat : 6,650 m (21,815 ft)
* Kadar Kenaikan : 2 m/s (384 kaki/min)
PERSENJATAAN
* 2 x .303-cal. (7.7 mm) Vickers mesingun



ROYAL AIRCRAFT FACTORY S.E.5 (ENGLAND)
SPESIFIKASI
* Anak Kapal : Satu
* Panjang : 20 kaki 11 in (6.38 m)
* Rentang Sayap : 26 kaki 7 in (8.11 m)
* Tinggi : 9 kaki 6 in (2.89 m)
* Luas Sayap : 244 kaki² (22.67 m²)
* Berat kosong : 1,410 lb (639 kg)
* Berat penuh : 1,935 lb (880 kg)
* Loji Kuasa : 1× 150 hp (112 kW) Hispano-Suiza 8a piston enjin.
PRESTASI
* Kelajuan Maksimum : 138 bsj (222 km/j)
* jarak : 300 batu (483 km)
* Lelangit Khidmat : 17,000 kaki (5,185 m)
PERSENJATAAN
* 1x 0.303 in (7.7 mm) Vickers mesingun dengan gear gangguan Constantinesco
* 1x .303 in (7.7 mm) pistol Lewis diatas sayap Foster
* 4x 18kg bom tembaga, sepasang di kiri kanan sayap bawah, dijatuhkan mengikut turutan 2, 3, 4, 1


NIEUPORT 17 (PERANCIS)
SPESIFIKASI
* Anak Kapal : Satu
* Panjang : 5.80 m (19 kaki 0 in)
* Rentang Sayap : 8.16 m (26 kaki 9 in)
* Tinggi : 2.40 m (7 kaki 10 in)
* Luas Sayap : 14.75 m² (158.8 kaki²)
* Berat kosong : 375 kg (825 lb)
* Berat penuh : 560 kg (1,232 lb)
* Loji Kuasa : 1× 9 silinder enjin omboh putar Le Rhône 9Ja, 82 kW (110 hp)
PRESTASI
* Kelajuan Maksimum : 165 km/h (90 kn, 103 mph) aras laut
* Lelangit Khidmat : 5,300 m (17,390 ft)
* Kadar Kenaikan : 11.5 min to 3,000 m (9,840 ft) ()
PERSENJATAAN
* (Perancis) 1 × Vickers machine gun
* (British) 1 × pistol Lewis sayap atas Foster
* 8 pelancar roket Le Prieur

FOKKER D.VII (JERMAN)
SPESIFIKASI
* Anak Kapal : Satu
* Panjang : 22 kaki 9 in (6.93 m)
* Rentang Sayap : 29 kaki 3 in (8.93 m)
* Tinggi : 9 kaki 2 in (2.80 m)
* Luas Sayap : 217.4 kaki² (20.2 m²)
* Berat kosong : 1,540 lb (698 kg)
* Berat penuh : 1,874 lb (850 kg)
* Loji Kuasa : 1× Mercedes DIIIa, 180hp (134 kW)
PRESTASI
* Kelajuan Maksimum : 116 bsj (186 km/j)
* Lelangit Khidmat : 19,600 kaki (5,970 m)
* Kadar Kenaikan : 787 kaki/min (240 m/min)
PERSENJATAAN
* 2 × 7.92 mm (.312 in) "Spandau" LMG 08/15 mesingun


SOPWITH TRIPLANE (ENGLAND)
SPESIFIKASI
* Anak Kapal : Satu
* Panjang : 18 kaki 10 in (5.73 m)
* Rentang Sayap : 26 kaki 6 in (8 m)
* Tinggi : 10 kaki 6 in (3.2 m)
* Luas Sayap : 231 kaki² (21.46 m²)
* Berat kosong : 993 lb (450 kg)
* Berat penuh : 1,415 lb (642 kg)
* Loji Kuasa : 1× 9 silinder enjin omboh putar Clerget 9B, 96 kW (130 hp)
PRESTASI
* Kelajuan Maksimum : 117 bsj (187 km/j) at 5,000 kaki (1,830 m)
* Lelangit Khidmat : 20,500 kaki (6,250 m)
PERSENJATAAN
* 1 × Vickers machine gun

ALBATROS D.V (JERMAN)
SPESIFIKASI
* Anak Kapal : Satu
* Panjang : 7.33 m (24 kaki 1 in)
* Rentang Sayap : 9.04 m (29 kaki 8 in)
* Tinggi : 2.70 m (8 kaki 10 in)
* Luas Sayap : 21.20 m² (228.5 kaki²)
* Berat kosong : 687 kg (1,515 lb)
* Berat penuh : 937 kg (2,066 lb)
* Loji Kuasa : 1× 6 silinder enjin penyejuk Mercedes D.IIIau, 134 kW (180 hp)
PRESTASI
* Kelajuan Maksimum : 187 km/j pada aras laut(101 kn, 116 bsj)
* Lelangit Khidmat : 3,000 m (9,840 kaki)
PERSENJATAAN
* 2 × 7.92 mm (.312 in) LMG 08/15 mesingun

SOPWITH CAMEL (ENGLAND)
SPESIFIKASI
* Anak Kapal : Satu
* Panjang : 18 kaki 9 in (5.71 m)
* Rentang Sayap : 26 kaki 11 in (8.53 m)
* Tinggi : 8 kaki 6 in (2.59 m)
* Luas Sayap : 231 kaki² (21.46 m²)
* Berat kosong : 930 lb (420 kg)
* Berat penuh : 1,455 lb (660 kg)
* Loji Kuasa : 1× 9 silinder enjin omboh putar Clerget 9B, 130 hp (97 kW)
PRESTASI
* Kelajuan Maksimum : 115 bsj (185 km/j)
* Lelangit Khidmat : 21,000 kaki (6,400 m)
* Kadar Kenaikan : 1,085 kaki/min (5.5 m/s)
PERSENJATAAN
* 2 × 0.303 in (7.7mm) Vickers machine gun

JOURNEY TO......MALACCA STRAITS MOSQUE

"My choosing Islam was not a political statement; it was a spiritual statement."
Kareem Abdul Jabbar

25 April...aku dan SMR bertolak dari rumah berjalan-jalan di area Melaka, aku terperasaan masa naik flyover menuju ke Banda Hilir (jalan belakang Mahkota Parade) sebuah masjid berhampiran laut, aku pun mengajak SMR ke sana dan kebetulan pulak waktu Maghrib dah hampir. Pada mulanya aku dah salah masuk jalan ke arah pantai dan tempat orang main layang layang.....


Selepas itu aku pergi ke flyover menghala ke Mahkota Parade dan akhirnya aku jumpa simpang ke masjid tersebut. Semasa melalui jalan ke masjid tersebut, aku lihat banyak bangunan yang 90% siap tetapi terbengkalai. Kalaulah ada pelancong yang sedang melawat ke masjid tersebut, apa agaknya yang bermain di fikiran mereka apabila melihat bangunan-bangunan yang terbengkalai??? Alangkah baiknya kalau bangunan itu dijadikan rumah kepada rakyat miskin atau dijadikan rumah anak anak yatim....

Semasa kami tiba di sana, matahari mulai terbenam di kaki langit....sungguh indah alam ciptaan Ilahi....



Sedang kami asyik meninjau sekitar masjid ini, kedengaran azan Maghrib sayup berkumandang di bumi Melaka.... Masya Allah, kami seperti di Bumi Arab kerana bilal yang melaungkan azan itu seperti yang aku lihat di kaca tv ketika solat terawih masa bulan puasa lalu....alhamdullillah....

Menara Masjid Selat Melaka

Selepas itu aku pun mengerjakan solat Maghrib, selesai saja solat, aku dan SMR berkesempatan berjalan jalan dan mengambil gambar di sekitar masjid .......... aku akui keindahan rekabentuk masjid ini. Masjid ini adalah diantara masjid yang tercantik pernah aku kunjungi


Keindahan malam di Masjid Selat Melaka memukau mata memandang, cuma yang mencacatkan sekitar masjid ini ialah projek terbengkalai di sepanjang persisiran pantai menghala Selat Melaka.....

Sebelum kami beredar....kami abadikan kenangan kami disini....harapan kami adalah suatu hari nanti kami akan datang kesini dengan sahabat atau saudara mara pulak....Insya Allah


WASSALAM

Terima Kasih tak terhingga kepada SMR yang sudi bersama aku ke MASJID SELAT MELAKA


THE JOURNEY CONTINUE..................

Saturday, 24 April 2010

BISMARCK!!!!!!

BISMARCK (JERMAN)
Jenis :
• Kapal Perang
Sesaran :
• 41,700 tan (kosong); 50,900 tan (anggaran muatan penuh)
Kepanjangan :
• 241.5 m (792.3 kaki) garis airnya , 251 m (823.5 kaki) pada keseluruhannya
Pelancar :
• 36.0 m (1118.1 kaki)
Drauf :
• 9.3 m (30.5 kaki)
Pendorongan :
• 12 buah dandang bertekanan tinggi Wagner
• 3 Blohm & Voss 150,170 shp (111.98 MW)
• Tiga kipas tiga mata, 4.70 m (15.42 kaki) diameternya
Kelajuan :
• 30.1 knot (55.7 km sejam)
Jarak tembak :
• 15,788 km pada 19 knot (35 km sejam)
Pelengkap :
• 2,092 (103 Pegawai, 1989 krew)
Persenjataan :
• 8 x 650 mm / L52 SK C/34 (15 in)(4x2)
• 12 x 150 mm / L55 SK-C/28 (5.9 in) (6X2)
• 16 x 105 mm / L65 SK-C/37/SK-C/33 (4.1 in)(8X2)
• 16 x 37 mm / L83 SK-C/30 (1.5 in)
• 12 x 20 mm / L65 MG C/30 (0.79 in)
• 8 x 20 mm / L65 MG C/32 (8X4)(0.79 in)
Perisai :
• 9 × 46 sm (18.1 inci) (3×3)
• 12 × 15.5 sm (6.1 inci) (4×3)
• 12 × 12.7 sm (6×2)
• 24 × 25 mm AA (8×3)
• 4 × 13 mm AA (2×2)
Pesawat udara:
• 4 X Arado Ar 196 A-3, dengan 1 pelancar berkembar

Friday, 23 April 2010

YAMATO!!!!!!

YAMATO (JEPUN)
Jenis :
• Kapal Perang
Sesaran :
• 65,027 tan (kosong, termasuk 21,266 tan perisai); 72,800 tan (anggaran muatan penuh)
Kepanjangan :
• 256 m (800.5 kaki) garis airnya , 263 m (862.5 kaki) pada keseluruhannya
Pelancar :
• 36.9 m (121 kaki)
Drauf :
• 11 m (36 kaki) maksimum
Pendorongan :
• 12 buah dandang Kanpon yang menggerakkan 4 buah turbin stim
• 150,000 shp (110 MW)
• Empat kipas tiga mata, 6.0 m (19.7 kaki) diameternya
Kelajuan :
• 27 knot (50 km sejam)
Jarak tembak :
• 11,500 km pada 16 knot (30 km sejam)
Pelengkap :
• 2,750
Perisai :
• 650 mm pada permukaan turet
• 410 mm perisai tepi, dicondongkan sebanyak 20 darjah
• 200 mm geladak berperisai
Persenjataan (1941):
• 9 × 46 sm (18.1 inci) (3×3)
• 12 × 15.5 sm (6.1 inci) (4×3)
• 12 × 12.7 sm (6×2)
• 24 × 25 mm AA (8×3)
• 4 × 13 mm AA (2×2)
Persenjataan (1945):
• 9 × 46 sm (18.1 inci) (3×3)
• 6 × 15.5 sm (6.1 inci) (2×3)
• 24 × 12.7 sm (12×2)
• 162 × 25 mm AA (52×3, 6×1)
• 4 × 13 mm AA (2×2)
Pesawat udara:
• 7, 2 pelancar

SENARAI JURUTERBANG PERANG DUNIA KEDUA YANG MENCAPAI 20 KEMENANGAN ATAU LEBIH!!!!!!

Berikut ini senarai juruterbang handalan dari Perang Dunia Kedua . Juruterbang handalan Perang Dunia mempunyai kelebihan iaitu pesawat yang telah dinaiktarafkan, kemahiran mengendali pesawat, ketahanan pesawat tersebut dan berpeluang bertemu musuh dalam pertempuran udara dengan mudah.

10 JURUTERBANG HANDALAN PERANG DUNIA KEDUA

1. Erich Hartmann
(352 kemenangan pertempuran udara)

Nama Gelaran : "Bubi", "The Blond Knight"," The Black Devil"," The Black Devil of the South" (to the Soviets)
Tempat Lahir : Weissach, Württemberg, Jerman
Tempat Mati : Weil im Schönbuch, Jerman
Negara : Nazi Jerman (sehingga 1945), Jerman Barat
Perkhidmatan/Cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht), Luftwaffe (Bundeswehr)
Tahun Berkhidmat : 1940 – 1945, 1956 – 1970
Pangkat : Mejar (Wehrmacht), Oberst (Kolonel)(Bundeswehr)
Unit : JG 52, JG 53 dan JG 71
Komandan Untuk : I./JG 52 dan JG 71
Pesawat yang digunakan : Messerschmitt Bf 109 G

2. Gerhard Barkhorn
(301 kemenangan pertempuran udara)

Nama Gelaran : "Gerd"
Tempat Lahir : Königsberg, Rusia
Tempat Mati : Frechen, Cologne, Jerman
Negara : Nazi Germany (sehingga 1945), Jerman Barat
Perkhidmatan/cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht), Luftwaffe (Bundeswehr)
Tahun Berkhidmat : 1937–1945, 1956–1975
Pangkat : Mejar (Wehrmacht), Generalleutnant (Leftenan Jeneral) (Bundeswehr)
Unit : JG 2, JG 52, JG 6 dan JV 44
Komandan untuk Gruppenkommandeur II./JG 52 (1 September 1943) dan Kommodore JG 6 (16 January 1945)
Pesawat yang digunakan : Messerschmidt Bf 109 G-6

3. Günther Rall
(275 kemenangan pertempuran udara)

Tempat Lahir : Gaggenau, Baden, Jerman
Tempat Mati : Bad Reichenhall, Jerman
Negara : Nazi Germany (sehingga 1945), Jerman Barat
Perkhidmatan/cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht), Luftwaffe (Bundeswehr)
Tahun Berkhidmat : 1936–1945, 1956–1975
Pangkat : Mejar (Wehrmacht), Generalleutnant (Leftenan Jeneral) (Bundeswehr)
Unit : JG 52, JG 11 dan JG 300
Komandan untuk : Gruppenkommandeur III./JG 52 dan Gruppenkommandeur II./JG 11
Pesawat yang digunakan
: Messerschmidt Bf 109 G-2

4. Otto Kittel*
(267 kemenangan pertempuran udara)

Nama Gelaran : "Bruno"
Tempat Lahir : Kronsdorf, Republik Czech
Tempat Mati : berdekatan Courland, Latvia
Negara : Nazi Jerman
Perkhidmatan/cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht)
Tahun Berkhidmat : 1939–1945
Pangkat : Hauptmann (Wehrmacht)
Unit : JG 54, EJGr Ost
Komandan untuk : Gruppenkommandeur III./JG 54
Pesawat yang digunakan
: Focke-Wulf Fw 190 A-8

5. Walter Nowotny*
(258 kemenangan pertempuran udara)

Nama Gelaran : "Nowi", "Tiger of Wolchowstroj"
Tempat Lahir : Gmünd, Austria
Tempat Mati : Hesepe, Jerman
Negara : Nazi Jerman
Perkhidmatan/cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht)
Tahun Berkhidmat : 1939–1944
Pangkat : Mejar (Wehrmacht)
Unit : JG 54, JG 101 dan Kommando Nowotny
Komandan untuk : Gruppenkommandeur I./JG 54, JG 101 dan Kommando Nowotny
Pesawat yang digunakan : Focke-Wulf Fw 190A-6

6. Wilhelm Batz
(237 kemenangan pertempuran udara)

Nama Gelaran : "Willi"
Tempat Lahir : Bamberg, Jerman
Tempat Mati : Mauschendorf/Ebern in Unterfranken, Bavaria, Jerman
Negara : Nazi Jerman (sehingga1945), Jerman Barat
Perkhidmatan/cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht), Luftwaffe (Bundeswehr)
Tahun Berkhidmat : 1935–1945, 1955-1972
Pangkat : Mejar (Wehrmacht), Oberstleutnant (Leftenan Kolonel) (Bundeswehr)
Unit : JG 52
Komandan untuk : Gruppenkommandeur III./JG 52, Gruppenkommandeur II./JG 52, Flugzeugführerschule "S", Lufttransportgeschwader 63
Pesawat yang digunakan : Messerschmidt Bf 109 G-6

7. Erich Rudorffer
(222 kemenangan pertempuran udara)

Nama Gelaran : Fighter Of Libau
Tempat Lahir : Zwochau, Sachcen, Jerman
Tempat Mati : -
Negara : Nazi Jerman (sehingga1945)
Perkhidmatan/cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht)
Tahun Berkhidmat : 1939–1945
Pangkat : Mejar (Wehrmacht)
Unit : JG 2, JG 7, JG 54
Komandan untuk : 6.JG 2, II.JG 2, I.JG 7 and II.JG 54
Pesawat yang digunakan :
Focke-Wulf Fw 190 A-6

8. Heinrich Bär
(220 kemenangan pertempuran udara)

Nama Gelaran : "Pritzl" or "Reeste"
Tempat Lahir : Sommerfeld, Jerman
Tempat Mati : Braunschweig, Jerman
Negara : Nazi Jerman (sehingga1945)
Perkhidmatan/cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht)
Tahun Berkhidmat : 1934–1945
Pangkat : Oberstleutnant (Leftenan Kolonel)(Wehrmacht)
Unit : JG 51, JG 77, JGr Süd, JG 1, JG 3, EJG 2 dan JV 44
Komandan untuk : 12./JG 51, I.JG 77, JGr Süd, II./JG 1, JG 3, III./EJG 2 and JV 44
Pesawat yang digunakan :
Focke-Wulf Fw 190A-8

9. Hermann Graf
(212 kemenangan pertempuran udara)

Tempat Lahir : Engen, Jerman
Tempat Mati : Engen, Jerman
Negara : Nazi Jerman (sehingga1945)
Perkhidmatan/cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht)
Tahun Berkhidmat : 1936–1945
Pangkat : Oberst (Kolonel)(Wehrmacht)
Unit : JG 51, JG 52, JGr 50 dan JG 11
Komandan untuk : JGr 50(21 June 1943), JG 11(11 November 1943), JG 52(1 October 1944)
Pesawat yang digunakan : Messerschmidt Bf 109 G-6
10. Heinrich Ehrler*
(208 kemenangan pertempuran udara)

Tempat Lahir : Oberbalbach, Jerman
Tempat Mati : Stendal, Jerman
Negara : Nazi Jerman (sehingga1945)
Perkhidmatan/cawangan : Luftwaffe (Wehrmacht)
Tahun Berkhidmat : 1940–1945
Pangkat : Mejar (Wehrmacht)
Unit : JG 77, JG 5, JG 7
Komandan untuk : JG 5 Eismeer
Pesawat yang digunakan : Messerschmidt Bf 109 G-2


-info : bertanda * - mati ketika bertugas -