Tuesday, 28 June 2011

JOURNEY TO...... REUNION SMK 1988 - 1992...PART 2!!!!!!


       Pada 25 hb June yang lalu, aku berpeluang bertemu dengan kawan Sekolah Menengah Kamunting di Hailam Kopitiam, Seksyen 7, Shah Alam (selalu tak dapat hadir atas sebab yang tak dapat di elakkan) dan menariknya kali ini kami berpeluang berjumpa kawan yang kenalkan kami irama ROCK,METAL semasa sekolah dulu iaitu Ahmed Nazrin.
Azam dan Zahurim
Adanan dan Azam (tangan laju..)


Sempat BerFB tuuu...
     Tak lama kemudian baru muncul si Ahmed Nazrin....slang Penang dia masih pekat macam dulu dan lawak dia.....aduii....tak kering gusi kami ketawa mendengar cerita dia...sambil tu aku sempat refresh kepala dia dengan layan lagu ROCKAPAK seperti MAY, SYJ, ROCKERS dan lain lain....

Sessi Serius....

Semua terpegun dengar cerita Nazrin..hehehhe
    Ahmed Nazrin ada cerita semasa dia kat sini, dia asyik keluar lepak sorang sorang kat kedai kopi, sebab tak ada kawan sekepala dan sampai tuan punya kedai kenal dia...dan dia berterima kasih kat FB sebab dapat berhubung dengan kawan kawan lama...aku setuju dengan pendapat dia....HAIL NAZRIN!!!!
Hampeh.....kena buat YUN NAM nih.....
The person who introduce us ROCK,METAL
Layan teh......sambil senyum...
Adanan : boleh caya ke cerita mamat ni?
Azam : senyum sebab terkena...heheheh


   Banyak cerita lawak berlaku semasa sekolah dulu dan part yang tak boleh aku ingat ..
                                           " ha..aku kenai hang Faizal...."
                                           " punya lama hang borak baru nak kenai aku? "
                                           " aku ingat ingat lupa...nak tanya takut kena gelak..."
                                           " Hampeh!! "
Aku : tengah bayangkan cerita lama di sekolah...heheheh

Layan mata jap...
    Kami lepak kat situ sampai kedai Hailam Kopitiam tutup (dah dekat 1am!) dan lepas ni Ahmed Nazrin akan lepak dengan diorang tiap minggu la....aku aje belum tentu....komitmen kerja dan lain lain..isk!

    Apapun terima kasih kepada Zahurim kerana tumpangkan aku tidur di rumah dia sehari (tidur apa..terbabit overnight layan Maharaja Lawak ...isk!)dan semua kawan kawan Sekolah Menengah Kamunting....tak lupa jugak Hailam Kopitiam yang tunggu kami sampai tutup...hehehehhehehe!


THE JOURNEY CONTINUE.................

Thursday, 23 June 2011

BARANG DAH SAMPAI!!!!!!


      Pada pukul 10: 15 pagi tadi ( Khamis 23 Jun ), aku telah menerima satu bungkusan Poslaju dari kawan lama, Bob Ringgo, DJ Suriafm. Mulanya nak tergelak jugak bila dia tulis COSMETIC ( dah tahu sebab dia tulis tu...) kat resit Poslaju tu. apa lagi aku pun buka.....

Decoy....kreatif..kreatif!!
    Mulanya aku terkejut gak bila tengok kota luar...BATERI??? bila masa aku order bateri? lagu battery - Metallica aku tahu la....heheheh

Bold 9700 tu....
    Lepas aku buka kotak luar baru nampak barang yang aku order minggu lepas.....BERI HITAM!!!  (BLACKBERRY!!!!!)


Blackberry bold 9700 (Bold 2) features & specifications:

Display:
TFT, 65K colors
Sound:
Vibration; MP3 ringtones
Internal Memory:
256MB storage
Data:
GPRS, EDGE
3G:
HSDPA, 3.6 Mbps
WLAN:
Wi-Fi 802.11 b/g, UMA
Bluetooth:
V2.1 with A2DP
Camera:
3.15 MegaPixel
GPS:
A-GPS support
Color:
Black
Features:
BlackBerry maps
Media player MP3/WMA/AAC+
Video player DivX/WMV/XviD/3gp
Organizer
Voice memo/dial


Blackberry....in person!
   Dan dengan ini aku pun denga rasminya join BBM club! Terima kasih kepada Bob Ringgo kerana membantu aku beli blackberry ni...pada sesiapa nak order boleh la masuk ke Facebook dia dan sesiapa nak add aku boleh masuk Facebook aku juga BBM aku, 22E0E9E7...hehehehhe....ADIOS!!!!!!!!!!!

Tuesday, 21 June 2011

GAMBAR YANG MENARIK PERHATIAN AKU!!!!!!

Vancouver Riot Kiss Photo

     Gambar yang menarik perhatian aku.....yang menariknya ia berlaku ketika berlaku rusuhan dari penyokong Vancouver Canucks yang kalah dalam Game 7 Piala Stanley (NHL) kepada Boston Bruins. Gambar yang diambil oleh Rich Lam mungkin akan menjadi gambar yang terbaik tahun 2011!!!.......kalaulah rusuhan berlaku di Malaysia....ada harapan ke gambar sebegini muncul nanti...wait and see la........tak Jabatan Agama tangkap, polis apa lagi..hantar masuk lock up la......hehehhehe



Saturday, 18 June 2011

THE HOLLIES - TO YOU MY LOVE!!!!!!


To You My Love
Since you took my heart
I can give you everything
So I'll give my everything
To you my love

As we're far apart
I will send my all to you
And I'll send my whole life too
To you my love

Long to be near you and hold you and kiss you my sweet
When I am with you I know that my life is complete

Now I'm coming home
Coming back to give my love
To the one I'm dreaming of
To you my love

Long to be near you and hold you and kiss you my sweet
When I am with you I know that my life is complete

Now I'm coming home
Coming back to give my love
To the one I'm dreaming of
To you my love

To you my love
To you my love



p/s: layan Oldies lak.......kadang layan gak lagu lama nih......

Monday, 13 June 2011

PETANG AHAD YANG MULIA!!!!!!

Photobucket

     Petang semalam punyalah boring, tak tahu nak buat apa. Nak layan internet selalu pun kadang ada time bosan, memang sehari tak open...so aku pun bawak NIKON D80 aku bawa pergi ambil gambar di pantai Port Dickson....kira ok la orang pun dah balik cuti sekolah....lengang sikit...tak ada lah orang tuduh kita SKODENG.....heheheh...
   
     Sampai kat Pantai dekat hampir 6 petang [ kes layan boring dalam bilik (membuta @ tidur..hehehe..) ] aku pun ambil gambar matahari terbenam dengan menggunakan Lens 18-55 mm VR......so...aku kongsikan gambar ini untuk tatapan semua.......

Photobucket
Indahnya ciptaan Allah SWT...

Photobucket


Photobucket


Photobucket

     Aku lepak kat pantai sampai matahari terbenam....lepas itu aku balik rumah dan malamnya aku lepak Benteng Malam di pekan Port Dickson sampai 11 malam....!!!

Monday, 6 June 2011

COBRA IS DAFFY DUCK!!!!!!

Believe It or Not?
 
    Tadi aku termasuk laman web ni (lupa nak ambil nama laman web tu...sebab ada gambar 18sx..kang kantoi lak aku!!!)...hanya sempat download gambar diatas. Yang buat aku tertarik ialah camno diorang boleh perasan logo COBRA tu kalau terbalik macam Daffy Duck?? sooooooooo creative!!!! tak kena saman ke dek owner Looney Tunes tu ye.....heheheh...apapun layankan aje......adios!!!

Saturday, 4 June 2011

HARI KEPUTERAAN SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG!!!!!!

Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah

Hari ni cuti umum , seluruh negara cuti tapi den kojo....isk!!!!..nak buek camno....apa pun.....


  Selamat Meyambut Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong

DAULAT TUANKU!!!!!!

DAULAT TUANKU!!!!!!

DAULAT TUANKU!!!!!!

Monday, 30 May 2011

JOURNEY TO KUALA KANGSAR..........AND TAIPING!!!!!!

Photobucket

             Pada Jumaat yang lalu, masa tu aku cuti tak tahu nak buat apa. Aku pun pergi ke kedai hardware beli berus cat dan cat hitam. Cadangnya aku nak cat pagar depan rumah aku yang dah mula berkarat. Sedang asyik gosok untuk buang karat, aku baru teringat ...." alamak.....hari ni nak ke Kuala Kangsar...!" aku pun fikir macam mana aku nak pergi lepas solat Jumaat, almaklumlah..hari tu kan last budak sekolah, kompom tiket habis, kalau naik komuter mesti macam "sardin", berdiri terhimpit-himpit. Last aku teringat filem Easyrider lakonan Peter Fonda dan Dennis Hopper. Apalagi...Harley EX5 akulah jadi penyelamatnya....hehehehhe...

             Selesai solat Jumaat, aku pun berkemas dan terus bertolak ke Kuala Kangsar. Alhamdullillah, sepanjang perjalanan aku ke Kuala Kangsar, cuaca ok tak ada hujan dan motor aku pun tak ada masalah, kira memang nasib aku baik pada hari tu.............

             Aku sampai pada pukul 9 malam ( 5 kali berhenti....sakit pinggang ooo ) dan berjumpa kawan di KFC (maaf tak ambil gambar...kelaparan tahap maksima..hehehe). Selesai makan dan pertemuan kami, aku pun tak melepas peluang mengambil gambar di sekitar Kuala Kangsar....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

         Selesai aku ambil gambar, aku pun bertolak ke base Rockapak.org yang terletak di Sayong, itu pun bertanya pada kawan aku yang aku kenali di sini. Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

           Selepas hampir 2 jam disini, akhir aku sampai ke rumah pakcik aku pukul 1 pagi!....

Photobucket


          Keesokkan harinya, aku dan kawan aku bertolak ke Ipoh, cadangnya nak tengok wayang tapi fully booked, so aku dan dia pergi mengambil gambar di Victoria Bridge yang terletak di Karai......

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
The Tales of  2 Railway Bridges
       Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson. Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru. (info dari Portal Rasmi Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) . Sayang kerana tak terjaga. Warisan negara ni.......Dah 111 tahun umur jambatan ni dan ia hampir sama dengan Jambatan Kursial di Machang, Kelantan..

     Selepas selesai bergambar di Karai, kami bertolak ke Bukit Chandan untuk melawat Galeri Sultan Azlan Shah. Sekarang Galeri Sultan Azlan Shah dalam proses renovasi. jadi tak la banyak gambar aku ambil cuma tertarik dengan bangunan Galeri ni. Baru aku tahu ia merupakan Istana Ulu yang pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Idris Shah I, Sultan Abdul Jalil Shah dan Sultan Yusuf Izuddin Shah, Ayahanda Sultan Azlan Shah dan pernah dijadikan Sekolah Raja Perempuan Muzwin.

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Terpaksa ambil atas saja..ada orang bersihkan kolam!!
Photobucket

Photobucket

        Selepas kami selesai melawat Galeri Sultan Azlan Shah, kami pergi ke pekan Kuala Kangsar, untuk mengambil gambar Pavalion dan MCKK....

Photobucket

      Bangunan Pavilion terletak di Jalan Bendahara, Bandar Di Raja Kuala Kangsar. Bangunan ini didirikan pada tahun 1920, iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Shah yang memerintah Perak dari tahun 1918-1938. Arkiteknya ialah N.E.Don B.C.D. Bangunan ini digunakan sebagai tempat istirehat oleh Sultan Iskandar selepas bermain polo. Pada masa sekarang, menara Pavilion ini tidak lagi digunakan , namun ianya telah dijadikan salah satu tempat tarikan pelancong yang berkunjung ke Bandar Di Raja Kuala Kangsar.(info dari laman web yang sama )

Photobucket

Photobucket

Photobucket
"The Big Tree"
     Kolej Melayu Kuala Kangsar atau MCKK atau The Eton of The East telah dibina pada 1905 hasil usaha Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I (Perak), Sultan Alaiddin Sulaiman Shah (Selangor), Yam Tuan Tuanku Muhammad Shah (Negeri Sembilan) dan Sultan Ahmad Shah (Pahang).

Photobucket

Photobucket
FIAT SAPIENTIA VIRTUS - Let Wisdom Be Virtue
       Aku ada terbaca dalam blog (kalau salah harap betulkan..) Bangunan utama MCKK dan "The Big Tree" telah diserang anai anai, sayang kalau tak dijaga begitu juga dengan bangunan Pavilion yang pernah menjadi tempat istirehat Almarhum Sultan Iskandar Shah selepas bermain polo yang kini reput di bahagian tangga.
      Selepas itu, kami bertolak ke Kuala Sepetang untuk merasa Mee Udang (gambar lupa nak ambil, kes terlampau lapar...heheheh) dan kami pergi pula ke Taman Tasik Taiping...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

        Selesai bergambar, kami pun pulang ke Kuala Kangsar. Pada malamnya kami hanya minum di Benteng dan balik awal sebab nak balik esok. Aku bertolak dari rumah pakcik aku selepas Subuh. Sebelum meneruskan perjalanan aku singgah ke 7 Eleven kejap untuk beli top up, aku terserempak dengan Penyokong Man Utd (PMU), sempat aku bertanya (almaklumlah, rumah pakcik aku tak ada ASTRO!) :

                               Aku : " siapa menang "

                            PMU : " Barca......"

                               Aku : " Score? "

                            PMU : " 3-1......"

                              Aku : (menggelengkan kepala)
                                       (dalam hati...PADAN MUKA!WAKAKAKAKA)

            Dan aku pulang dengan hati gembira dan sampai di Port Dickson pada pukul 12 tengah hari.

Walk on... 
Walk on... 
With hope 
In your heart...
And you'll never walk alone
You'll never walk alone.!!!!!!!!!!!

         Terima kasih kepada Pakcik aku, Khairudin b. Puteh Yaacob kerana membenarkan aku menumpang di rumahnya semasa beliau sekeluarga mengerjakan Umrah. Tak lupa juga pada Conan Qursany, akhirnya kita berjumpa boss!, semua warga Kuala Kangsar dan motor aku, Harley AKA Honda EX5, sampai jugak motor aku ke kualer.......adios!!!

THE JOURNEY CONTINUE.................