Monday, 14 March 2011

JOURNEY TO KELANTAN.....PART 3!!!!!!


     Keesokan harinya, kami bertolak ke Pengkalan Kubor untuk membeli barang serta melawat sepupu kami di Tumpat. Perjalanan kami kali ni berjalan dengan lancar kerana keadaan cuaca yang baik, tiada hujan di sekitarnya....macam mengulas cuaca lak...heheheheh..... Gambar di bawah semasa perjalanan ke Pengkalan Kubor...




      Apabila kami tiba di bandar Pasir Mas, kami tertarik dengan satu bangunan lama di bawah :-


Eh....ye ke ni?? bangunan Semangat 46??..

Dari dekat..confirm Bangunan Semangat 46...

Pejabat Semangat 46 Bahagian Pasir Mas...
       Bangunan ni macam milik Parti Semangat 46....masih wujud ke parti nih??....kena tanya pihak berkenaan nih...hehehehe.
      Selepas kami melepasi bangunan parti 'bersejarah' ni, kami meneruskan perjalanan ...


Sawah padi 

Wat Siam yang terdapat disini






    Akhirnya kami sampai di Pengkalan Kubor. Kami terus berjalan sambil membeli belah disini. Sepupu aku membeli kain tudung yang dipesan oleh mak dia manakala aku macam biasa mencari barang bundle...heheheh..kalau dah Hantu Bundle...nak buek camno!!


Jalan dari kedai jual tudung
       Selepas selesai membeli belah, kami pergi makan di kedai Kak Sah yang menjual Mee Cambol, makanan yang saya pertama kali makan hampir 5 tahun lepas. Keenakkan Mee Cambol masih macam dulu.....

Kak Sah Mee Cambol
        Kedai Kak Sah terletak berhampiran dengan Bangunan LKIM Pengkalan Kubor dan pada sesiapa nak merasa Mee Cambol, boleh berkunjung di sini.....


Bangunan LKIM di Pengkalan Kubor

Mee Cambol

Model Mee Cambol..heheheeh

Selepas itu kami pun bertolak ke rumah sepupu kami di Tumpat, anak mak long kami di Tanah Merah.....




Burung Murai batu tu.... 





Ayam Serama....







Boss sedang diulit mimpi indah...heheh

     Setelah hampir 3 jam kami di rumah sepupu di Tumpat, kami pun pergi ke Pantai PCB untuk bersiar siar...



Kedai makan di PCB....

      Kami makan disini dan destinasi terakhir mai ke rumah mak saudara di Kota Bahru, kami pulang ke Tanah Merah hampir 2 pagi!!

End of Part 3.....

THE JOURNEY CONTINUE.................

No comments:

Post a Comment