Monday, 22 August 2011

MEMANCING SAMBIL BERGAMBAR DI BULAN PUASA!!!!!!

Gambar matahari terbenam selepas sampai ke destinasi
      Pada hari Sabtu yang lalu (20 Ogos), aku menerima panggilan dari sahabat FB, Sham bertanyakan tempat memancing ikan yang best. Aku yang BUTA memancing terpaksa bergegas ke ofis (aku off hari tu) dan tanya kawan aku port memancing. Setelah aku dapat info tempat mancing, aku pun balik ke rumah dan bawak peralatan untuk mengambil gambar (apa kene mengena gambar dengan memancing nih?).
      Selepas aku bertemu beliau bersama kawan dia serta isteri, kami pun bergerak ke pasar malam Batu 4. Kawan Sham, Daud beritahu nak cari ayam buat BBQ tapi kat pasar malam tak ada jual, kami pun bergerak ke Teluk Kemang dan singgah di Pasaraya Mesra. Selepas selesai urusan membeli ayam, kami pun bertolak ke simpang Marina Resort dan  lalu melalui jalan pintas.

Avillion Admiral Cove...tengok dari jauh lee....

         Kami sampai ke destinasi (berhadapan dengan Avillion Admiral Cove ) hampir 6.30 petang setelah berhadapan dengan jalan becak, selut (dah macam CAMEL TROPHY adventure) sampai motor aku dah macam masuk estet rupanya.


matahari mulai terbenam...tunggu time buka....





tengah cari port mancing...

errr...dah  time buka ke nih???
        Selepas kami berbuka puasa, Sham dan kawan dia, Daud sudah bersiap dengan barang memancing diorang, aku pulak sempat mengambil gambar di sekitar tempat tersebut...
PD Marina Resort di waktu senja

Avillion Admiral Cove di waktu senja...


eh...mana umpan???

gaya seorang pemancing tegar


Cahaya rumah api


     Sham dan Daud memancing sehingga pukul 1.30 pagi dan hasil tangkapannya ialah 4 ekor sembilang dan mereka dah confirm nak repeat balik tempat tu sebab suasananya yang tenang, cuma umpan saja salah beli!

THE JOURNEY CONTINUE.................

Friday, 19 August 2011

TEST !!!!!!

   
        Test Lens 55-300mmVR dengan Nikon D80, tiada penggunaan Flashlight....belajar....tempat di pantai batu 4 Port Dickson....








Thursday, 18 August 2011

AFS DX NIKKOR 55-300MM VR!!!!!!

baru terima tadi
       Pada malam Khamis (18 Ogos), aku menerima lens Nikkor 55 - 300 mm VR dari sahabat Facebook, Maikel Bareh kat ofis, terima kasih sahabat. Dah lama aku carik lens ni (apo tak nya asyik budjet lari) dan mungkin rezeki aku agaknya...dapat harga yang berpatutan. Balik aje aku terus tukar pakai lens tu.

kit lens (18-55mm VR)
   
55-300mm  VR (standard)

55-300mm VR (maximum)..huyoooo!!!!
           Lepas ni hujung pokok dan bulan dengan selambernya aku boleh ambil ....HUAHAHAHAHA (gelak konpiden...)

Tuesday, 16 August 2011

OFIS KU!!!!!!


     Korang mesti tanya aku kerja kat mana kan? aku kerja di kilang yang beribupejabat di Boston, US (chewah..macam besh aje bunyinya...heheheh). Aku dah kerja hampir 7 tahun....lama jugak bagi orang yang jiwa pemberontak (ye la tu....).
Bakal pekerja cemerlang...hehehhe...

        Sekarang aku kerja di syif petang (3pm - 11pm) kira di bulan Ramadan yang mulia ni aku berbuka di ofis (dan selalunya kat rumah, almaklumlah.dekat!). Kerja harian aku reles shipment, tak kira Domestik atau Antarabangsa. ( aku bukan kerja Pos Malaysia,DHL,UPS ye..aku tahu...orang dah ingat aku kerja tu..hehehe...). Korang perasan tak kenapa lengang ofis aku? Syif petang aku dan leader aku aje yang ada, selebihnya pekerja kontrak. kerja diorang isi barang, angkat barang, turun barang. Barang apa?? Carbon Hitam...nak tahu apa benda tu kena masuk sini


        Buat masa sekarang shipment dah habis, mungkin di bulan Ramadan shipment kurang kot? Apapun aku bersyukur sebab buat masa sekarang aku masih belum tinggal puasa lagi dan masih batuk ...isk!


     Sekarang selain layan boring aku, bukak email ofis, tengok apa yang nak dibuat esok, Audit...oh ya..tempat kerja aku ni banyak buat audit dalaman seperti SUSA (Safe Unsafe Safety Analysis), STOP ( Safety Training Observation Program ) 5S (ini kalau tak tahu jugak menitik air mata orang Jepun nih) 
adui...kena YUN NAM jugak...dah nampak rusa lalu dalam hutan tu..isk!


             Oklah setakat ini saja penerangan tentang tempat kerja aku. SAFETY FIRST!!!!!

Monday, 15 August 2011

PD WATERFRONT DI MALAM HARI!!!!!!


     Malam tadi (14 Ogos), aku menelefon kawan aku, Saiful untuk temankan aku mengambil gambar di kawasan yang baru dibuka, PD Waterfront. Aku pergi mengambil dia dengan motor dan terus ke sini. Kamera yang aku gunakan ialah Nikon D80, Lensa 18 - 55 VR dan tripod Keep, Tiada penggunaan Flashlight di sini....nak mencuba kemahiran sendiri...hehehehhe.....












Hantu???




          Terima kasih kepada sahabat aku kerana sudi teman aku ambil gambar di PD Waterfront. Lepas ni nak repeat balik....nak ambik masa siang pulak....

THE JOURNEY CONTINUE.................

Thursday, 11 August 2011

TERBABAS DI BULAN PUASA!!!!!!

Kay Ap Cee dan PC (blog siapa nih?? hehehe)

              Tengok tajuk aje mesti ingat aku tak puasa kan? Ceritanya begini :

      Selepas aku balik dari kerja pukul 3 petang, aku duduk depan PC, layan Facebook, blog kawan kawan dan tak lupa juga layan lagu kegemaran aku (buat shuffle, semua lagu aku dengar termasuk J.MIZAN....!) . Aku tengok hampir pukul 5 petang, aku solat Asar dan lepak depan PC sampailah PC yang tengok aku ( tertidur la tu...) dan apabila aku bangun, tengok jam pukul 7.40 petang......HAH?? makan nak berbuka aku tak beli!! ARRGGGGGHHHH!!!.

     Penyudahnya air sejuk menjadi pembuka selera aku dan selepas solat Maghrib, aku pun pergi cari ke KFC. Lawaknya pulak, dah sampai turn aku, baru teringat dompet tertinggal, dengan selamba badaknya, aku buat muka blur, keluar dan patah balik ke rumah aku. Apabila sampai turn aku buat kali kedua, brader cashier siap senyum (bukan mengorat!!) tanya aku :

       Cashier : eh tadi abang bukan dah masuk ke tadi?
            Aku : tertinggal barang dalam rumah (jawapan sengal)

    Lepas aku dah beli KFC, aku terus balik ke rumah tanpa tengok depan belakang, kiri dan kanan aku pun NGAP la KFC tu sampai habis (tulang pun sedap!)

Kebulur tahap gaban!

 

Wednesday, 10 August 2011

BATUK DI BULAN PUASA!!!!!!

Bukan aku yee.....hehehhe
   Sehingga Isnin (8 Ogos), batuk aku masih belum berkurang malah makin teruk. Aku pun tak tahu apa yang aku makan sampai kena batuk teruk macam ni. Suara dah mula serak ala mat rock sampai member pelik "lama benau ko batuk?" itu aje soalan cepuperak yang aku dapat...isk.
   Semalam (9 Ogos) aku amalkan makan madu campur limau kasturi (amalan orang lama..) untuk hilangkan batuk. Alhamdullillah berkurangan sikit batuk aku. Ubat klinik yang aku ambil....hampas kelapa sawit..tak kurang tapi bertambah teruk. kepada sesiapa ada petua OLDSCHOOL untuk hilangkan batuk tolong beritahu ye. Kerjasama anda amaatlah dihargai....KOH!KOH!KOH!KOH!..aduiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Monday, 1 August 2011

HUNG UP ON A DREAM - THE ZOMBIES!!!!!!


Hung Up On A Dream
Well, I remember yesterday
Just drifting slowly through a crowded street
With neon darkness shimmering through the haze
A sea of faces rippling in the heat
And through that namesless changing crowd
A sweet vibration seemed to fill the air
I stood astounded staring hard
At men with flowers resting in their hair

A sweet confusion filled my mind
Until I woke up only finding everything was just a dream
A dream unusual of its kind
That gave me peace and blew my mind
And now I'm hung up on a dream

They spoke with soft persuading words
About a living creed of gentle love
And turned me on to sounds unheard
And showed me strange and clouded sights above
Which gently touched my aching mind
And soothed the wanderings of my troubles mind
Sometimes I think I'll never find
Such purity and peace of mind there



P/S : pada yang tak tahu, ini adalah The Zombies, band zaman British Invasion, sezaman dengan The Beatles, The Hollies, Rolling Stones, Herman's Hermit.

RAMADAN TIBA LAGI!!!!!!


Selamat menyambut puasa kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ni.....( heheheh ).
refer disini