Pada 11 Ogos yang akan datang, umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Ramadan, bulan yang mewajibkan kita berpuasa sebelum kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri pada 1 Syawal.
Sejarah yang berlaku dalam bulan Ramadan :
Perang Badar : 17 Ramadhan 2 H - Adalah pertempuran pertama yang dilakukan kaum Muslim setelah mereka berhijrah ke Madinah melawan kaum Quraisy dari Mekah Pertempuran berakhir dengan kemenangan pihak Muslim yang berkekuatan 313 orang melawan sekitar 1000 orang dari Mekah
Pembunuhan atas Ali Bin Abu Talib : 21 Ramadhan 40 H: Khalifah keempat dan terakhir dari Khulafa as Rasyidin, dibunuh oleh seorang Khawarij yang bernama Abdurrahman bin Muljam. beliau meninggal pada tanggal 23 Ramadhan tahun yang sama. Kematiannya menandakan berakhirnya sistem khalifah Islam, dan kemudian dimulai dengan sistem dinasti.
Kelebihan Bulan Ramadan :
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,10 hari pertengahan - pengampunan,10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka
No comments:
Post a Comment