Monday 19 December 2011

EL BIMBO!!!!!!

"Bimbo, in its popular English language usage, describes a woman who is physically attractive but is perceived to have a low intelligence or poor education. The term can also be used to describe a woman who acts in a sexually promiscuous manner. The term itself is not explicitly negative, but is most often used as a derogative insult towards a woman" - sumber Wikipedia.

     Tajuk atas tu bukan nak kenakan wanita atau sesiapa yang bukan lelaki ( kalau maknyah?? ada jawapan? ) tetapi ia adalah judul lagu instrumental karya Paul Mauriat. Lagu ini sebenarnya diciplak dari lagu "Tanha Shudham Tanha" karya penyanyi Ahmad Zahir, penyanyi dan pemuzik dari Afghanistan.(Steady!!! siapa sangka kan? )



                                                                     Lagu asal





Lagu Instrumental

      
        Korang mesti pelik apa cerita disebalik lagu ni? Sebenarnya aku dah lama carik lagu ni tapi tak tahu siapa yang empunya lagu ni. Nak jadikan cerita semasa ada Pertunjukan Tatoo di Kem PUSASDA, Port Dickson (sepatutnya aku nak post ni dulu tapi upload gambar macam kura kura, grrrr! ) Pancaragam TUDM ada mainkan lagu ni ( layan siot versi diorang ) lalu aku bertanya kat orang sebelah aku (tak tahu la sama ada dia askar atau tak sebab pakai biasa aje) :
                                Aku : bang, lagu ni siapa nyanyi ya? layan tu

                 Orang sebelah : oh! lagu ni ya...... abang pun tak tahu..... (muka selamber)

                                Aku : ( JAMMEED )

     Terpaksalah aku tunggu sampai habis pertunjukan tersebut, aku tanya salah seorang ahli pancaragam TUDM tersebut :

                                Aku : Assalamualaikum !

                           TUDM : Waalaikummusalam, ye nak minta Autograf ke
                                         ( ok...ini aku melawak...hehehe )
                                         Waalaikummusalam, ada apa dik?
                                         (ehem...adik?muda aku rupanya...hahaha )
                               Aku : tadi masa kawad senyap lagu first tu siapa nyanyi ye?

                           TUDM : lagu tu instrumental, Mauriat..

                               Aku : Terima kasih...

       ( dengar nama Mauriat aku dah tahu Paul Mauriat, sebab aku ada cd dia, lihat sini )

       Dah tahu lagu siapa, aku pun terus buka Youtube dan layannnnn.... Apapun kesimpulannya dari lagu ini, jangan sangka pemuzik hebat tak ciplak karya orang lain. Sebelum aku stop kita layan adegan dalam Police Academy..... hahahahhahahahahah!!!!  ( tak ada embed la pulak...demmmmm!!! )


THE JOURNEY CONTINUE......

No comments:

Post a Comment