Sunday 18 October 2009

AIDILFITRI BERSAMA BLOODSHED!!!!!!

"Friendship is a single soul dwelling in two bodies"
Aristotle




TARIKH : 17 OKTOBER 2009

MASA : 4.00 PETANG - 12.00 TGH. MALAM
TEMPAT : STUDIO BLOODSHED, JALAN REKO KAJANG.
ACARA : MAKAN2.......PASTU FREE JEMING SESSION...
itulah yang aku baca dalam thread laman forum ROCKAPAK.ORG (thanks CD)...apa hari tersebut aku datang dengan teman tersayang dan 3 orang anaknya...pada mulanya pening jugak nak carik..almaklumlah first time datang ke rumah OTAIROCK..last last aku call abang Hamdan (gitarist Bloodshed) dan akhirnya berjumpa juga tempat yang dituju.Pada mulanya segan jugak, ye lah hanya kenal dalam FACEBOOK aje tapi ternyata meleset kerana abang Hamdan memang sporting dan siap buat lawak lagi....kami tak lama berada disitu kerana kebetulan ada kenduri kahwin kawan teman aku di MASJID WILAYAH.......


bersama tuan rumah (HAMDAN BLOODSHED)
aku dah macam nak beli gitar lak...hehehhe
Selepas kenduri..aku terus ke kajang untuk melihat otai rock menyanyi...tidak lain dan tidak bukan abang ROSDAN.....
the one and only - ROSDAN!!!!!
Akhirnya hampir pukul satu barulah kami balik ke Melaka....apapun Aidil Fitri Bersama Bloodshed memang best!!!

gambar bersama HAMDAN, ROSDAN, JUDY dan ahli kumpulan BLOODSHED
bersama peminat

THE JOURNEY CONTINUE..............

Tuesday 6 January 2009

LOUDNESS!!!!!!


Band yang tak perlu diperkenalkan lagi dalam arena rock di malaysia...the legendary LOUDNESS..dianggotai oleh MINORU NIIHARA-vocal, AKIRA TAKASAKI - gitar,MASAYOSHI YAMASHITA - bass dan mendiang MUNETAKA HIGUCHI - drum, bermula dengan album THE BIRTHDAY EVE dan mula terkenal apabila album klasik mereka THUNDER IN THE EAST mulai muncul pada tahun 1985 dan menjadi idola kumpulan rock di Malaysia seperti SEARCH. Sayangnya drummer mereka MUNETAKA HIGUCHI sudah meninggal kerana kanser pada 30 November 2008....adakah LOUDNESS akan terkubur seperti kumpulan legendary LED ZEPPELIN yang kematian drummer juga???Kita tunggu dan lihat...

ANTHEM!!!!!!


Salah satu band yang aku minat......aku mula suka minat band ini setelah aku surf dalam myspace......aku mula suka apabila dengar lagu WILD ANTHEM....dari album pertama ANTHEM...sejak dari hari itu aku download album ANTHEM hingga album terbaru BLACK EMPIRE .....dianggotai oleh Eizo Sakamoto - Vocals,Akio Shimizu - Guitar,Naoto Shibata - Bass,Hirotsugu Homma - Drums ....Band ni jugak menjadi idola BLOODSHED melalui lagu PERISTIWA dan JANGAN TERPEDAYA

EARTHSHAKER!!!!!!

Band yang aku minat selain LOUDNESS and ANTHEM...pada mulanya aku tahu band ini dari lagu NOMBOR nyanyian SEARCH dalam album CINTA BUATAN MALAYSIA...apa bila aku dengar lagu band ni....aku terus jadi minat....lagu T.O.K.Y.O.....MORE........CHILDREN'S DREAMS....dan lagu yang paling aku minat TADA KANASHIKU!!!!!!dianggotai oleh Masafumi Nishida - Vocals,Shinichiro Ishihara - Guitars,Takayuki Kai - Bass dan Yoshihiro Kudo - Drums.Walaupun lagu diorang dalam bahasa Jepun tapi aku tahu dari band-band dari Jepunlah band Malaysia jadikan mereka idola...

SALAM SEMUA!!!!!!

Assalamualaikum......hari ni pertama kali aku buat blog ni...bila baca blog orang macam best aje..so aku pun cuba untuk buat satu blog....dan kepada sesiapa yang tahu macam mana nak upload lagu...tolong beritahu sebab aku ada banyak koleksi lagu lagu rock untuk dikongsi bersama.......terima kasih

SENARAI KUMPULAN
1.AMQA
2.ANTHEM (WILD ANTHEM to BLACK EMPIRE)
3.AUDIOSLAVE (ALL 3 ALBUM)
4.BATHORY (BLOOD FIRE DEATH to NORDLAND II)
5.BLACK SABBATH (BLACK SABBATH to BORN AGAIN)
6.BLACKMORE'S NIGHT (FULL ALBUM)
7.BLOODSHED (FULL ALBUM)
8.CREEDENCE CLEARWATER REVIVAL (FULL ALBUM)
9.DESTRUCTION (FULL ALBUM)
10.DIO (ALL ALBUM)
11.EARTHSHAKER (EARTHSHAKER to QUARTER)
12.EXODUS (BONDED BY BLOOD to IMPACT IS IMMINENT)
13.GRANK FUNK (ALL ALBUM)
14.HELLOWEEN (ALL ALBUM)
15.IRON MAIDEN
16.KREATOR (ALL ALBUM)
17.LED ZEPPELIN (ALL ALBUM)
18.LOUDNESS (ALL ALBUM)
19.MEGADETH (ALL ALBUM)
20.METALLICA
21.PARADISE LOST (ALL ALBUM)
22.RAINBOW
23.RUMBLE MILITIA (ALL ALBUM)
24.SCORPIONS
25.SODOM
26.THE BEATLES
27.THE YARDBIRDS
28.THEUDHO
29.TIAMAT (ALL ALBUM)

TENTANG AKU!!!!!!

Aku dilahirkan pada jam 5.05 pagi 11 Mac 1975 bersamaan 27 Safar 1395 di Kem Batu 5 Mentakab, Pahang . Anak kepada Allahyarham PW 2 (B) Abd Fathi b. Puteh Yaacob dan Mekjah Bt Hassan. Aku bersekolah di tadika MUIS dan Sekolah Kebangsaan Lok Kawi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu Sabah sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan All Saint's Kamunting, Taiping Perak sehingga darjah 6 (darjah 4 sempat bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Tambahan, Ampang selama 6 bulan!).Semasa aku tingkatan 1, aku belajar di Sekolah Menengah Kamunting sehingga tingkatan 2, akhirnya berpindah ke Port Dickson kerana arwah ayahku posting ke sini dan aku meyambung pengajianku di Sekolah Datuk Haji Abd Samad (SDASA) sehingga tamat tingkatan 5.Selepas itu aku bekerja di kilang kimia META (sebulan) dan kilang kain Hualon (3 bulan) di Nilai, Negeri Sembilan. Selepas itu aku bekerja dengan Syarikat Ali Ahamad, kontraktor Shell di Port Dickson. Aku bekerja selama 6 tahun dan akhirnya aku bertukar kerja di Kilang Samsung, Senawang. Aku bekerja selama setahun, dan aku mendapat tawaran kursus di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor selama setahun 6 bulan. Selepas menamatkan kursus, aku bekerja di kilang Proton, Shah Alam, Selangor. Malang menimpa kerana ketika itu ekonomi negara mengalami kemelesetan, aku pun mengambil cuti tanpa gaji dan mencuba nasib bekerja di KLIA yang ketika itu baru mula beroperasi. Setelah hampir 7 tahun aku bekerja di sana, aku pun bertukar kerja di sebuah kilang kimia di Port Dickson sehingga sekarang......
Darjah 2 Jingga (SRK All Saint's)
Darjah 3 B (SRK All Saint's)
Darjah 5 C (SRK All Saint's)
Darjah 6 B (SRK All Saint's)
Tingkatan 1 C 1 (S M Kamunting)
ILP Pasir Gudang
ILP Pasir Gudang
Kat Kelas (ILP Pasir Gudang)
Dalam Bengkel (ILP Pasir Gudang)
Kat Kelas (ILP Pasir Gudang)