Thursday, 6 November 2014

KISAH 6 NOVEMBER - DAH BESAR ANAKKU!!!!!!


Rasa baru semalam aku menyambut kelahiran anakku, Farah Anis... makin membesar makin nakal dia....kadang aku nak balik cepat hanya nak melihat tekatah anakku ni ..... release tension kerja kejap....

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 18 August 2014

KISAH 18 OGOS - MANUSIA BIASA!!!!!!

Gambar cedok dari FB kawan....


MANUSIA BIASA - STRANGER EYES
Aku insan biasa
Tak punya apa apa
Hanya ada pemberiannya

Biarpun aku dihina
Dengan sedemikian rupa
Namun aku tetap bahagia

Kini aku masih mencari
Namun aku tidak temui
Insan sepertiku harus mengetahui
Bahawa dunia ini tak memerlui

Kini aku masih tetap begini
Tak punya apa yang ku banggai
Bersyukurlah aku pada yang maha Esa
Kurniakan aku manusia biasa


THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 1 August 2014

KISAH 1 OGOS - NOSTALGIA!!!!!!


   Hari Raya di Kuala Kangsar.... Aku dan sepupu pergi mengunjungi rumah Cik Amat, rakan karib arwah abah aku... Sempat berbual tentang sejarah Kota Lama Kanan, Meriam Padam Pelita, Latip Gurap ( pahlawan melayu ) dan perang Kota Lama Kanan.... Selepas lama berbual... Beliau tanya siapa aku... Sepupu aku cakap anak Fathi ( arwah abah aku ) tetiba muka beliau berubah dan mengalir air mata dan berkata "fathi,fathi"... Dan cerita perihal arwah abah aku semasa muda dan kes dia bawak lari vespa ke Taiping untuk pergi temuduga askar....Beliau ada cerita pasal gambar ni tetapi hilang dalam simpanan beliau... Alhamdullillah... Gambar ni tersimpan dengan baik dalam album keluarga kami..... Nostalgia kembali..... 
Al fatihah Abah....

THE JOURNEY CONTINUE......


Wednesday, 23 July 2014

RABU YANG BISU - TAHNIAH JOKOWI!!!!!!



Lepas ni Hammersonic makin besar la sebab presiden mat metal! ( aku masih belum sampai lagi.. ) :P

THE JOURNEY CONTINUE......

Saturday, 14 June 2014

KISAH 14 JUN - TT SUP KAMBING DI BANDAR SERI JEMPOL!!!!!!


  Semalam ( 13 Jun ) berlangsungnya TT di Bandar Seri Jempol. aku tak bawak kereta aku sebab bahagian belakang kanan senget ( kes bush pecah ) jadi terpaksa aku tumpang HOR ( Head of Region ) Zaini. termasuk Airul Zaha. aku menggunakan D300 + 18 - 105mm :

kat simpang ke senawang

laju kelisa nih....

teringat lagu Ozzy - Bark at The Moon

tunggu la wooiii!!




  Kami sampai ke bandar Seri Jempol hampir pukul 10 malam... apa lagi...... SUP KAMBING RULES!!!!!!











   Kami pulang hampir pukul 2 malam dan aku sampai pukul 3 pagi kat rumah.. apapun layan gambar curi bawah nih :
hampeh!!!!!!
THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday, 23 April 2014

KISAH 23 APRIL - RABU YANG BISU!!!!!!

:(

p/s : kepada yang pergi gi hari ni... selamat mengKREATORkan diri.... Some Pain Will Last!!!!!!


THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 21 April 2014

Saturday, 19 April 2014

KISAH 19 APRIL - UPGRADE!!!!!!

lens 12-24mm tu aku skip... larik budget!!!

   Mungkin korang perasan kenapa lama aku tak upload gambar macam selalu dalam blog ni... gambar sebelum pun pakai kamera orang. Kamera D200, lens 18-70mm dan flash SB800 sudah aku jual atas sebab nak upgrade ke D300 dan SB700. lens mungkin cari 18-105mm..senang sikit.. malas nak pakai banyak..lagipun aku bukan buat ambil event atau wedding.... so... stick to basic sudah... apapun layan.


THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday, 16 April 2014

RABU YANG BISU - SEBELUM DAN SELEPAS!!!!!!

Sebelum 

Selepas :(
p/s: akan update lagi kalau masih training kat sini....

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 7 April 2014

KISAH 7 APRIL - 2 - 1!!!!!!

 
  2 jaringan penalti sudah cukup untuk melonjakkan Liverpool ke tangga teratas liga EPL ( buat sementara ). Lepas ni jumpa Man City....adui...harap menang..... apapun layan

THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday, 25 March 2014

KISAH 25 MAC - TAIYO NI HOERO!!!!!!



Sebenarnya aku tak layan drama ni cuma yang buat aku tertarik dengan drama ni ialah opening song dia. Aku dengar dari cerita Downtown no Gaki no Tsukai ya Arahende!! Police Station babak dimana Matsumoto dan Tanaka sebagai W Jeans masuk ke bilik yang didiami oleh Hamada,Endo dan Yamazaki. Tajuk lagu tu Bark At The Sun ( kalau Bark at The Moon kompom Ozzy punya lagu ). Apapun layannnzzz


THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday, 18 March 2014

KISAH 18 MAC - KEMBALINYA AKU KE CABOT!!!!!!


   Hari ni aku kembali ke tempat kerja lama aku. Bukan sebagai pekerja tetapi sebagai pelawat kerana aku akan bertugas di West Port Klang ( kira 3rd party untuk Cabot ) dan dikehendaki belajar balik system yang digunakan disini. Harapan aku biarkan kali ini pekerjaan aku yang terakhir... pening ooo asyik tukar kerja.. Doakan aku kawan kawan...


THE JOURNEY CONTINUE...... 

Friday, 28 February 2014

KISAH 28 FEBRUARI - IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT!!!!!!


Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh
Kalau menyanyi perlahan-lahan
Di bawa angin terdengar jauh

Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur
Bunga melati di dalam taman
Daun yang hijau banyak yang gugur

Kalau turut makrifat iman
Tidakkan air mungkin bercantum
Kalau turut makrifat iman
Tidakkan air mungkin bercantum

Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai
Ikan di laut asam di darat
Dalam periuk bikin mufakat

 p/s : dah lama tak update blog, aku suka versi ni dari versi R.Azmi & Rubiah... apapun layan
THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 30 December 2013

KISAH 30 DISEMBER - MEGA TT DI NILAI!!!!!!


  Pada 29 Disember ( semalam ) berlangsung Mega TT di Nilai khas untuk pengguna Honda Accord. Sebanyak hampir 40 biji kereta hadir pada hari tersebut. :

orang terawal...




















       Mega TT ni berakhir pukul 11 malam ( hujan ) dan aku terus balik ke PD.... Terima kasih pada semua kawan kawan yang terlibat.... Hidup Accord!!!!!!


THE JOURNEY CONTINUE......