Monday 31 December 2012

KISAH 31 DISEMBER - DI AMBANG 2013!!!!!!

Cedok kat sini
        Dalam masa beberapa jam lagi nak masuk 2013, dianggarkan berjuta juta manusia akan menjammedkan jalan raya nak ke Dataran Merdeka ( kalau ada ) dan tempat tempat yang ada menganjurkan pesta countdown ni. Alhamdullillah juga ada jugak yang pergi ke Program Agama seperti yang dianjurkan di Shah Alam, Aku pulak macam biasa lepak rumah macam selalu, orang rumah pulak kat Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, ada kencing manis, Semalam aku melawat dia, masalahnya tak leh tidur sana...so kena balik ke PD....sedihnya...isk!
       Malam ni aku countdown kat rumah sambil layan CD yang baru terima dari Meta Lzone Distro... hehehe

      Kepada semua kawan kawan blogger, aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2013 Masihi... Harapan aku ialah semoga semua beroleh kebahagiaan dunia dan akhirat, amin...

THE JOURNEY CONTINUE......


       

Wednesday 26 December 2012

KISAH 26 DISEMBER - THE NIGHT AFTER!!!!!!

sambil buat audit..sambil amik gambar... hehhehe
        Esok aku cuti, ada meeting Union untuk persediaan untuk negotiation session dengan majikan. Harap kami dapat pertahankan apa yang ada dalam buku tu untuk kebajikan kami jugak. Sekarang tengh fikir strategi macam mana nak patahkan apa perbincangan nanti... kena pulak pasal KEWANGAN... tahu saja lah bab kalau boleh pihak majikan nak cantas apa yang patut... kami sebagai wakil kenalah pandai mainkan fakta ..kalau tak terkena nanti... Hari Jumaat aku cuti, nak settle hal rumah sebab tadi bank ada call, aku lak bantai tidur... apapun doakan kami berjaya dalam misi kami.... UNITY IS STRENGTH!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday 24 December 2012

KISAH 24 DISEMBER - THE NIGHT BEFORE.......!!!!!!

DRI at workplace?

    Hari ni kerja pagi, member cuti hari ni so kena kaber sampai malam. Nasib baik esok Raya Omputih... kalau Raya Puasa/Haji mau melalak aku kat ofis ni ( walaupun rumah dekat tapi feel lain oooo ). Lagi 5 Hari nak sambut 2013, Insya Allah kalau tak ada masalah, tahun depan dah boleh duduk rumah sendiri dan nak cari kereta, al maklum dah ada ada keluarga ni, sampai bila nak naik Harley EX5 kan... mau jadi Tatu Tentera aku nanti... apapun korang punya azam tahun lepas dah settle ke??


THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday 16 December 2012

KISAH 16 DISEMBER - GREAT BATTLE - DECISIVE CONFLICTS THAT HAVE SHAPED HISTORY!!!!!!


      Semalam aku ke MPH Seremban nak mencari komik Asterix tapi sayang diorang tak ada stok! Jadi dari aku tak kecewa aku pergi survey buku lain, manalah tahu kot ada yang berkenan dan akhirnya aku beli buku ni .
     
      Buku ni mengandungi fakta tentang peperangan, kekuatan musuh dan menariknya ada gambar keadaan perang masa tu, siap tunjuk strategi lagi :

Perang Maraton

Perang Hasting, dimana Duke William menjadi raja England


Di atas adalah peperangan Hattin antara Saladin dan Guy, Raja Jerusalem  
 
   
Perang Hattin yang di menangi oleh Saladin

Perang Constantinople








 Ulasan aku tentang buku ni, Buku ni sesuai untuk peminat sejarah perang lama macam aku sebab perang dulu dulu, kalau tak puas hati aje jumpa kat medan perang tak perlu nak bunuh orang awam macam sekarang. Satu lagi, perang dulu semua pakai strategi, tak macam Perang Dunia 1 dan selepasnya... Strategi Remote Control... duduk kat ofis tahu keputusan... dulu Pemimpin siap turun... baru steady!.

THE JOURNEY CONTINUE......

Saturday 15 December 2012

KISAH 15 DISEMBER - AVOID THIS SHIT TOO!!!!!!


     Bila aku dah baca post PC kOKak ,aku dulu ada beli album pertama kumpulan UNLEASHED, band death metal dari Sweden. Muzik layan tapi bila aku baca lirik lagu no 4 dia...terus aku BANNED.... Aku siap bakar kaset tu tanda protes. Aku kalau minat satu band tu..sampai lirik aku tengok. Nasib sekarang ada cik Google...kalau dulu tak ada internet, apa dia nyanyi....anggguk kepala layan muzik ...entah apa dia cakap haram tak faham...kena pula kadang kalau beli kaset lirik tak disertakan..... Sebab itu aku sekarang sedut mp3 dulu atau check lirik dulu sebelum beli..takut terkena lagi... Apapun layanzzz

THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday 13 December 2012

KISAH 13 DISEMBER - ASTERIX & OBELIX !!!!!!

gambar ni aku amik hasil sedutan aku....hehehe

    Dulu buku ni aku mula baca di perpustakaan sekolah di Kamunting. Masa tu aku tak pandai baca dalam bahasa English tetapi yang menarik tentang buku ni ialah kisah pengembaraan dan lukisan ciptaan Rene Goscinny dan Alberto Uderzo. Cerita dia berkisar pada zaman kegemilangan Rom dan boleh dikatakan semua tempat mereka takluki kecuali kampung kecil di Utara Perancis. Kekuatan mereka terletak dalam minuman rahsia yang dibuat oleh Getafix,seorang druid.
   Aku pernah survey dalam Ebay pasal koleksi Asterix ( 34 komik ) dan harganya USD379.39!!! so dari aku kecewa melihat harganya, aku terpaksa sedut dari internet sikit demi skit dan sekarang aku dah cukup koleksi. Nanti ada masa aku post pasal komik Adventure of Tintin pulak... ( sekarang proses menyedut... hehehe )

THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday 12 December 2012

KISAH 12 DISEMBER - WORDLESS WEDNESDAY!!!!!!


Gambar penuh boleh check kat sini ,

p/s : internet kat rumah masih tak leh guna....aduiiiiii

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday 10 December 2012

KISAH 10 DISEMBER - LINE PROBLEM!!!!!!

bukti sebab lama tak berblog...heheheh

     Pada 7hb berlaku PETIR kuat kat rumah aku...nasib masa tu internet kat rumah off dan masa tu aku ke Hospital Putrajaya melawat mak mertua aku, kalau tak mau jahanam modem aku. Selama 2 hari aku tak beronline , terpaksa update FB pakai hp, dan main PC game selama 2 hari hinggakan mak aku cakap " ada dengan tak ada internet sama aje" .... heheheh... kan anak mak ni pemalu orangnya jenis tak keluar rumah. Apapun... tunggu update dari TM hari ni....

THE JOURNEY CONTINUE

Thursday 6 December 2012

KISAH 6 DISEMBER - SHELL LEGO!!!!!!




Mulanya aku nak buat post ni selepas aku baca Yaya dari Berteromber tetapi malangnya tak leh upload gambar dan aku buat post ni dah akhir dah settle masalah aku ...hehhee

      Aku sebelum ni tak ambil dengan Promosi Shell Lego sebenarnya, ye lah mendengar kena isi minyak V POWER rm40 baru boleh beli sedangkan aku pakai motor kapcai...macam tak berbaloi..kena isi full tank + bawak tong semata mata nak beli....so aku abaikan nak memiliki Ferrari untuk boleh melaram depan boss...
     Aku mula start beli bila aku terdengar kawan sekerja beli tanpa isi minyak, mulanya aku tak percaya dan aku pun pergi lah ke Stesen Shell sambil isi minyak full tank ( rm 50 ) dan bertanya kat bangla dan beliau mengiyakan pertanyaan aku. Cuma Lego Minifigures tu kena beli minyak Helix baru dapat ( itupun aku dapat sebab bodek bangla jaga kaunter ). Jadilah...nak beli Ferrari tak mampu...model pun model lah.... janji Ferrari...hehehhehe. Oklah...intro pertama pakai akaun kedua untuk upload gambar...harap korang tak menyesal tunggu post terbaru dari aku nih....hehehehe....dibawah ni korang tengok videoclip dari seorang collector - macam aku :




THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday 5 December 2012

KISAH 5 DISEMBER - PROBLEM SOLVED!!!!!!

gambar cilok kat sini

    Alhamdullillah dan terima kasih kepada Tecerwidad sebab settlekan masalah aku tentang nak upload gambar... fuhh.... Yang Penting Kerjasama......hehehe!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

KISAH 5 DISEMBER - TOLONG!!!!!!

gambar lama....

      Sepatutnya ada post hari ni tetapi disebabkan gambar tak leh upload...terus blank! Nak kena delete gambar/post lama ke? tolong kasi pendapat....terima kasih....

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday 3 December 2012

KISAH 3 DISEMBER - BLANK!!!!!!



     Aku rasa dah hampir 2 minggu aku tak update blog. Sibuk dengan kerja dan kering idea adalah satu sebabnya... tapi Blogwalking still on!!!!!! Nantikan post terbaru dari saya...... hehehe!

THE JOURNEY CONTINUE!!!!!!

Tuesday 20 November 2012

KISAH 20 NOVEMBER - BOTB DATARAN TELUK KEMANG!!!!!!


    Sabtu lepas ( 17 Nov ) berlangsungnya BOTB di dataran Teluk Kemang. Peringkat saringan bermula petang tapi aku tak pergi sebab kerja dan pergi masa Final malamnya. Aku tiba lewat skit sebab bila sampai band pertama tengah perform, band budak tengah nyanyi lagu Wings, Lena Diulit Intan :


baca chord ke guitar tab??

          Selepas tu band Irama Alam bawak lagu Anggapanmu nyanyian asal Ziana Zain :










            Band See Ku dengan lagu ciptaan sendiri ( lupa tajuk dia... ) :  






          Band Topeng dengan lagu ciptaan sendiri Seremban ( nama bandar jadi lagu... ) :








         Band ni pulakdengan lagu ciptaan diorang jugak (pun lupa nama band dan lagu )








Para juri... Judy dan Hamdan ( Bloodshed ) dan Erry
    Selepas tu ucapan penutup oleh Ahli Majlis Daerah, Faizal Abd Fathi Ramli :




         Kumpulan Pendeta dengan lagu ciptaan sendiri jugak :









            Band ni pulak bawak lagu ciptaan diorang jugak :





                  Kumpulah Sanggah dengan lagu Rusty Blade : Ikrar Perwira :









             Kumpulan Nova dengan Lagu Ella, Sepi Sekuntum Mawar Merah :






     Band Bloodshed ( bukan band bertanding ) dengan lagu lagu hits diorang :



















penganti JOZAN....heheheh


        Majlis penyampaian hadiah disampaikan oleh Hamdan dan Judy sendiri :

No 3 - Nova

No 2 - Topeng ( time menang buka topeng...heheh)

Juara (Irama Alam)siap bergambar bersama... steady!

Gambar bersama dengan Juri
    Maka berakhirlah BOTB pada malam tu, aku pun balik lepak minum dengan Geng Bloodshed kat Batu 4 sebelah Baden Baden Bundle....



 THE JOURNEY CONTINUE......