Thursday 30 August 2012

KISAH 30 OGOS ( MALAM MERDEKA!!!!!! )



       Hari ni aku kerja petang, esok kita menyambut Kemerdekaan yang ke 55. Alhamdullillah... kita masih boleh bernafas dan hidup aman damai bersama sama pada tahun ni. Harap nasib kita akan datang tak seperti di Syria, Mesir dan negara lain yang sedang bergolak, Palestin usah cakaplah.... sentiasa bergolak. Cuma aku doakan janganlah anak anak muda ( macam aku...heheheh ) yang jiwa bergelora menghabiskan masa di jalan raya ( merempit ) dan dimana tempat yang tak BEST!. Harapan aku biarlah kita Merdeka selama lamanya.....Insya Allah!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE...... 

Sunday 26 August 2012

BERAYA DI SIC!!!!!!


   Hari Sabtu lepas aku pergi ke SIC ( Sepang International Circuit ) setelah diajak oleh kawan sekerja aku yang ada motor Superbike..aku pun bawak kamera aku nak test amik gambar motor berlumba lari :

suasana kat Pitstop

















mano lak motor ni....bunyi kuek... sampai dak lagi....




     Sessi ni bermula dari pukul 3 petang sampai 5 petang, so dapat la merasa masuk ke Pitstop dan tengok motor yang dah modified dan standard. Lepas ni boleh la berangan nak pakai Superbike ( dalam mimpi le.....$$$$$$$$$$ )...Apapun layannnzzz

THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday 22 August 2012

KELLIES CASTLE!!!!!!


    Sebelum kami bertolak pulang dari Kuala Kangsar ke Port Dickson, kami singgah ke Kg Seri Rahmat menziarahi pak saudara aku. Apabila selesai menziarah, anak buah aku Harits Haikal teringin nak melawat Kellies Castle. Aku pun tunjukkan jalan sehingga sampai ke tempat yang di tuju....


   Bangunan ni dibina pada tahun 1915 tetapi terhenti pembinaannya pada 1926 kerana pemiliknya mati secar tiba tiba ( bagi akulah...inilah bangunan terbengkalai yang pertama di Tanah Melayu.....heheheh )

sekali imbas macam tower....

      Kami berjalan sambil mengambil gambar sebab terpegun dengan rekabentuknya yang unik... selalu baca dalam laman web atau blog... sekarang berada di depan mata.....
Kawasan Bar

macam kat Stesen Keretapi KL bentuk pintu ni

Ruang tamu

Kellas Castle.... ( macam runtuhan di England pulak... ala perang saudara )

tempat simpan CD metal wain


kalau aku sorang...gerun nih


tangga rahsia keluar dari bilik



Tombol pintu ......rare ni...

err... buah apa ni? nak kata kekabu bukan....






   Kami berada kat sini hampir sejam dan kami pun turun dan beli cenderahati. Apapun bagus juga bangunan ni buat monumen sejarah kerana ada nilai seni rekabentuk yang tersendiri.... Layannnnzzz


THE JOURNEY CONTINUE......

RAYA RAYA KUALER.... KEMBALI!!!!!!



       Tahun ni aku balik ke Kuala Kangsar dan  yang bestnya semua ahli keluarga aku ikut sekali...kira meriah skit dari tahun lepas :

adik bongsu, suami dan anak...


Adik Ipar dan 2 dari 3 anaknya ( sorang lagi pemalu...hahahah )

YB tengah berucap ( pak sedara aku )
   Keesokkan harinya aku bangun lewat skit ( kes layan EPL kat kedai .. kampung tak ada ASTRO ), tengok pak sedara aku dan makcik aku sedang menyediakan bahan untuk masak Paru Masak Suria Baja Hitam. .....
   
   Sebelum aku kejutkan sepupu aku, aku amik gambar diorang tidur... hahahahha..

Mamat ( nama glamer ) pandai mengurut ni....

Shahrani.....

Adik Ipar tengah kacau Paru Masak Hitam diapit anak dan sepupu
( sepupu dan anak buah aku sebaya umur... )
   Sementara tunggu diorang masak, aku pergi mengambil gambar aweks makro :

    Aku ambik gambar sekeping aje, Pak sedara aku cakap kalau nak naik ATV ada kat belakang. Aku ingat ATV real punya ... rupanya MINI ATV.... aku tak naik takut jahanam nanti... masak aku nak bayar...hehehhe
aku tengah menunggang ATV..... ( ok aku tipu... sepupu aku daa. )

Mamat tengah test... terpaksa berdiri... lutut kena handle

Adik Ipar aku mampu menolaknya.... tak terbawak ATV tu

Shahrani...selamber aje... badan ala Valentino Rossi katanye... hampeh!

Rizalman dan Mamat

Sepupu dengan anak buah aku
   Selepas kami makan tengah hari, aku pun ajak Mamat dan Rizalman untuk bergambar di Kuala Kangsar

Jam Besar ni tak sah kalau amik gambar.... mercu tanda tuuu...

Titi gantung kat Dataran Vespa

siapa tak tahu masjid ni....aku tak leh kata apa dah...

Model Hero Remaja 2012....hehehhe
    Selepas kami selesai amik gambar, kami balik berehat dan petang kami pergi ke Persisiran Sayong pulak :

saja test

dahan pokok limau

Pinang nan sebatang...

Lembu nan seekor....

Istana Iskandariah dari seberang sungai

Jeti yang berdekatan dengan istana.... 

Masjid dari pandangan seberang sungai...

Rizalman, Mamat dan anak Rizalman

jeti dekat medan laksa...

errr.... model...
   
labu sayong yang berada di simpang Jambatan Sultan Abd Jalil
   Selesai bergambar , kami pun balik lepak sebab malam nak repeat balik
   
 Malamnya aku dan Mamat pergi dengan menaiki motor....

Masjid ni aku amik kat simpang Taman Kelisa Sayong







Istana Kenangan pada malam hari... cantik...

nak tinggalkan aku...hampeh
     Selepas selesai bergambar... aku pun balik sebab keesokkan harinya kami balik pada Raya Ketiga, tak dapat join Reunion kat Kampung Pinang....tak apa tahun depan ada lagi...... apapun layannnzzz

THE JOURNEY CONTINUE......