Saturday 31 December 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012!!!!!!

Cedok kat Google
     Lagi 16 jam lagi kita menyambut tahun baru 2012, diharap 9 atau 10 bulan kemudian tak ada kes buang anak di merata tempat. Apapun diharap tahun 2012 ini aku dapat jodoh ( tak cari macam mana? ) murah rezeki dan bertambah miskin ( dengan hutang..hehehe )

p/s : den kojo hari ni dan esok ( 1 Jan )........UHWAAAAAAAAAAAA!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Friday 30 December 2011

NYANYIAN PANTAI TIMUR!!!!!!


Gambar kat PD....errr... PD kat pantai timur ke??

Nyanyian Pantai Timur - Harmoni
Wajah laut dan perahu tua
Adalah rakan setia hidupku
Aku yang sentiasa
Merindukan senyum
Dan tawa anak isteriku

Ombak laut Cina Selatan
Adalah suara tangisan ku
Seorang nelayan kecil
Memperjudikan hidup
Bersama doa di bibir gersang

Ikan dan camar lebih mengerti
Tragedi hidup kami
Dari mereka yang berjanji
Dengan kata bak puisi

Laut ngeri di bulan Disember
Adakalanya lebih simpati
Kerana mengambil diri
Dan melimpahkan rezeki
Serentak pada hidup kami

Tiap subuh bagai berselimut putih
Menanti berita kematian
Dari saujana lautan

THE JOURNEY CONTINUE......

DOA - KUMPULAN HARMONI!!!!!!





Doa - Kumpulan Harmoni
Tuhanku
Dalam termanggu
Ku sebut nama-Mu
Biar susah sungguh
Mengingati Kau
Penuh seluruh

Tuhanku cahaya-Mu panas suci
Bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhanku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhanku
Pintu-Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

 p/s : lagu ni aku terdengar dalam Klasik Nasional semasa radio aku on ( alarm ) pagi tadi... terdiam kejap dengar lagu semata mata menghayati lirik dan muziknya yang ada ala progressive walaupun kita sedia maklum lagu ini lagu puisi karya Chairil Anwar. Al Fatihah kepada Allahyarham Zubir Ali....

THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday 29 December 2011

CINTA IBARAT SATU PERJUDIAN!!!!!!

Cedok dari GreenAppleKu

         CINTA IBARAT SATU PERJUDIAN . Entah akan menang atau akan kalah tergadai segala nya.Kalau menang mungkin korang akan tersenyum gembira sepanjang masa. Kat tiang lampu pun korang akan senyum. Tapi kalau kalah, mak aih, buruk benor jadinya. Ade yang frust menonggeng. Ade yang siap gantung diri, bunuh-bunuh, hanya kerana cinta musnah. Kalau korang bercinta. Bercinta la seikhlas hati. Dan bercinta lah kerana Allah. Ingat! paras rupa tidak kekal abadi, Hati budi Insya Allah bawa sampai ke mati.



p/s : ( Apesal aku malam ni? Blues pulak....) PEACE NO WAR! - sumber dari laman web mana... aku dah lupa...kena kasi credit kat siapa yang tulis nih.....
          


THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday 20 December 2011

PERTUNJUKAN TATTOO TENTERA DARAT!!!!!!



          Pada hari Sabtu yang lalu ( 17 Disember ), aku berpeluang melihat secara dekat pertunjukan tatto tentera darat yang bertempat di Kem PUSASDA. Selalunya dulu aku hanya lihat di kaca televisyen saja. Aku pergi selepas Maghrib dan bila tiba , kelihatan ramai orang dah berada di sana. Dengan menggunakan Nikon D200, lens 18-70mm dan tak ada flashlight aku amik gambar untuk tatapan semua :





Askar 1 : glamer ko jaga orang malam ni
Askar 2 : eh! teringin nak pakai baju ni ke?

Askar 2 : alamak..ada orang amik gambar kita...kantoi aku....
Askar 1 : leks buat selamber aje...heheheh
Tak lama lepas tu kedengaran juruacara menyebut "3-2-1" dan pertunjukan bunga api pun bermula :






       Selepas selesai pertunjukan bunga api, ada sketsa Peperangan Bukit Chandu.....
Leftenan Muda Adnan menghantar anak isteri ke Kajang

LOUDNESS menyerang Malaya...eh salah...Jepun menyerang Malaya

Adegan Perang Bukit Chandu
       Selepas selesai sketsa tersebut, ada pertunjukkan Tempur Tanpa Senjata (TTS) :
Gaya macam Gaban pun ada..hehehhe

      
                                    Selesai pertunjukan TTS, Pancaragam ATM pulak masuk :


                                 Selepas Pancaragam ATM, Pancaragam PDRM pulak masuk :
Sebelum....

Selepas...steady kan....?
 Selepas Pancaragam PDRM, pertunjukan acrobatik dari TUDM :
i believe i can fly....

alamak...terlepas.....

sila jangan ikut style abang ye adik adik....

gaya penerjun papan anjal

ingat harimau nak lompat..rupanya.....

gaya Superman tanpa motor...
    Selepas pertunjukan acrobatik dati TUDM, Pancaragam Tentera Thailand :

Sketsa monyet putih dengan puteri jelmaan ( lupa lak apa namanya )
        Selepas Pancaragam Tentera Thailand, pertunjukan Kawad Senyap dari TUDM. Masa ini la lagu yang aku lama cari diorang mainkan, memang layan versi diorang




    Selepas selesai kawad senyap dari TUDM, Pancaragam RAMD pulak :


    Selepas Pancaragam RAMD, saat yang ditunggu tunggu..pertunjukan tattoo :
Azroy ???

Zek?











       Selepas selesai pertunjukan tatoo, acara penutup semua pancaragam bergabung ....layan lagu diorang ( kebanyakan Oldies la... mana layan rock...hehehe ) yang aku ingat lagu Tom Jones dan lagu melayu lama...lain lagu aku blur....






          Maka berakhirlah Pertunjukan tattoo tentera darat yang berlangsung pada malam tersebut. Apa pun aku harap pertunjukan sebegini diadakan secara tahunan....baru ngam.!! Kesilapan aku pulak...tak pasang 55-300mm VR...nampak jauh la pulak....demmmmm!!!

THE JOURNEY CONTINUE......