Thursday 28 June 2012

KISAH 28 JUN!!!!!!

tempat amik minyak tak silap aku
       Hari ni aku pergi ke Klinik Kesihatan untuk ambik bacaan darah tinggi dan selepas itu amik mengambil 2 gambar ni :
rumah lama di harapan Hotel Costa Rica
   Selesai saja aku mengambil gambar, aku try guna Lightroom lagi ( kan aku dah cakap blog aku jadi Blog Gambar....heheheh ) dan hasilnya :




     Gambar paling classic :

Kad rawatan Darah Tinggi
    "Welcome to the Club" kata nurse tu kat aku masa pertama kali amik bacaan darah..... isk....lepas ni boleh join mak aku le lepak Klinik.....hahahahahhaha....

THE JOURNEY CONTINUE......


Wednesday 27 June 2012

KISAH 27 JUN!!!!!!


     Blog aku ni dah jadi blog bergambar dah ni.... kes tak ada idea... tapi tak apa janji ada dari tak ada kan?? Kamera aku guna D200 dan lens 18-70mm :


 
   Lepas tu aku try guna Adobe Lightroom ( first time guna ) dan edit lebih kurang dan hasilnya :



      Bagi pandangan aku kira ok dah ni, tak tahu la pandangan orang lain....1001 pandangan boleh kita terima.... apapun... layannnnzzz...

    THE JOURNEY CONTINUE......

Monday 25 June 2012

KISAH 25 JUN!!!!!!

    Pemilik blog tengah kering idea, kena pulak runsing pasal High Blood Pressure yang mula kena minggu lepas akibat dari stress kerja....isk.... Esok follow up kat klinik.....harap keputusan esok tak mengejutkan aku.....

THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday 20 June 2012

KISAH 20 JUN!!!!!!

cedok kat sini
      
         Semalam aku pergi ke Klinik Swasta sebab batuk dan sakit leher. Selepas aku terangkan masalah kesihatan aku kat doktor, dia pun amik tekanan darah aku..... 172/122!!!!! aduii...aku suspect kena darah tinggi dan kena pergi ke Hospital Kerajaan untuk follow up...dan hari ni aku pergi ke makmal untuk amik darah, harap penyakit ini sementara sebab aku stress kerja minggu lalu pasal kawan aku masuk Hospital pasal batu karang.......tapi tak boleh cakap, mak aku ada darah tinggi dan arwah ayah aku ada kencing manis dan jantung....aduiiii!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE

Friday 15 June 2012

PENYAKIT BATU KARANG!!!!!!

Gambar ambil kat sini

          Penyakit batu karang merupakan penyakit di mana batu terhasil dalam buah Pinggang yang terjadi daripada tumbuhan kristal halus hasil gabungan beberapa jenis kimia. Bahan kimia yang paling biasa menyebabkan penyakit batu karang adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali adalah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia. Saiz batu karang pula ada yang halus seperti pasir dan ada yang besar sebesar bola golf. Kebanyakan penyakit batu karang tumbuh membesar dalam buah pinggang, kemudian akan bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ia biasanya akan menjadi bertambah besar. Kesulitan mula akan timbul apabila batu karang menjadi terlalu besar yang boleh menyebabkan ganguan dalam perjalanan aliran air kencing. Ini biasanya akan membawa kepada penyakit di mana kuman akan merebak. Jangkitan kuman itu boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, jika penyakit batu karang tersebut tidak diubati segera. Kejadian batu dalam buah pinggang atau penyakit batu karang ini adalah masalah yang biasa dalam saluran kencing. Dianggarkan bahawa terdapat satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk biasanya akan mengalami menghadapi penyakit batu karang pada sesuatu ketika dalam hidup. Sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Kebiasaannya orang lelaki pertengahan umur adalah lebih ramai yang mengidap penyakit batu karang ini dari kaum wanita. Kadang-kadang penyakit batu karang ini boleh disebabkan oleh keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit batu karang ini di kalangan ahli keluarga, sila dapatkan nasihat dari doktor. Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau dalam saluran kencing, ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan pendarahan pada kebiasaannya boleh berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar. Ada juga kes di mana batu karang tersekat yang akan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya bila kuman mula merebak. Jika ini berlaku biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk akan berlaku. Penyakit batu karang pada keadaan ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.

Apakah ubat batu karang ?

Jenis pengubatan penyakit batu karang adalah berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu karang dapat keluar dengan mudah, maka pengubatannya ialah dengan mengelakkan batu karang berlaku lagi. Untuk kes begini, penghidap penyakit batu karang akan diminta minum air dengan banyak iaitu sebanyak 3 liter sehari. Dengan cara ini ia akan dapat membersihkan buah pinggang. Makanan pesakit batu karang juga akan diubahsuai untuk mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Bila sahaja batu karang itu keluar, pesakit mestilah menyimpan batu tersebut bagi dibuat kajian. Kajian ini akan membolehkan para doktor menentukan sebab mengapa terjadinya batu tersebut dan dapat pula membantu untuk mengelakkan berulang lagi penyakit ini. Telah ada pengubatan yang telah berjaya untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Bagi kes-kes yang lebih serius, bila batu tersebut terlalu besar untuk keluar sendiri, suatu pembedahan adalah perlu. Juga penting untuk diingatkan bahawa penyakit batu karang ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Ini adalah kerana, jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, buah pinggang tidak akan berfungsi lagi. ( info diambil kat sini )

p/s : korang mesti pelik kenapa entry kali ni pasal kesihatan. untuk pengetahuan korang, member aku dari syif satu lagi telah dimasukkan ke hospital kerana penyakit ni dan aku terpaksa cover syif dia sehingga diberitahu kelak....ADUIIIIII!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday 13 June 2012

KISAH 13 JUN!!!!!!


cari dalam Google

    Hari ni aku kerja dalam keadaan lemau, Demam, Batuk dan Selsema menyerang... adui....kena pulak kawan pun sama join the dangdut MC party, isk....kena kaber sampai malam. Harap sakit aku tak berpanjangan sampai esok. aduuiiiiiii

THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday 10 June 2012

TUGU NEGARA DAN GENTING HIGHLAND!!!!!!


    Sabtu lepas, aku dan sidia pergi berjalan sekitar KL dan Genting Highland. Kami bertolak dari rumah lebih kurang pukul 11 pagi. Tempat pertama kami tuju ialah Zoo Negara tapi malangnya, atas sebab sebab yang tak dapat di elakkan, kami pergi ke Tugu Negara ( ala cuti cuti tahun 70an lak ) :










     Selepas kami berjalan kat Tugu Negara, kami pun bertolak ke Genting Highland :

nampak tak GH? ( bukan General Hospital )











   Kami lepak kat sana sampai pukul 8 malam dan sampai ke rumah hampir 10 malam...apapun Genting Highland kena repeat balik sebab time kami pergi boleh tahan ramai.....

Monday 4 June 2012

GO - CART DI EXTREME PARK



           2 Jun lepas ( sempena Cuti DYMM Yang Dipertuan Agong & cuti sekolah ), berlangsungnya acara pertandingan Formula 1 Go Cart anjuran Kelab Sukan tempat aku kerja di Extreme Park, Port Dickson. Aku datang lewat sikit sebab kena kerja pada hari tu, nasib baik shipment habis awal...kalau tak tak ada la gambar....hehhehehe :



ingat dapat no 2 la tu... last no 3...hehehhe
ahli tingkap....

brader siap senyum lagi tu?




bakal juara.....
Marshall : bang..tayar tercabut bang....
lawanya awek tu....





p/s : jangan tanya kenapa aku tak ada kat podium tu....aku kan amik gambar...kalau menang, siapa lak nak amik gambar aku... ok tak alasan aku? hahahahhaa........

THE JOURNEY CONTINUE......