Monday 27 December 2010

JOURNEY TO DOUBLE TROUBLE CONCERT!!!!!!


Pada 26hb Disember, aku berpeluang menonton konsert yang hebat, tidak lain dan tidak bukan Double Trouble yang menampilkan kumpulan Search dan Wings. Kali ini aku pergi dengan kawan Facebook aku iaitu R. Aidy Amin, Effa Nazmi, Ayu Ayoyo dan pasangan suami isteri dari Singapura, Ray Giggs dan Shikin Rahman. Pada mulanya biasalah janji pukul 5 pm jumpa kat Sunway Pyramid (janji malaya), aku tunggu punya tunggu akhirnya hampir pukul 7 pm baru jumpa diorang...


Tunggu di dalam Sunway Pyramid...

Suasana di Sunway Pyramid...

Wakil dari Singapura..Ray dan Shikin..

Muka orang tak bersalah...grrrr!!!

Selepas kami dah berkumpul, apa lagi kami pun ambil gambar kenangan...

Smile....You in Candid Camera...

Selepas itu kami pergi minum di Station 1 Cafe..sambil menunggu R. Aidy Amin yang balik sebentar menghantar laptop...

Geng DT!!!!!!

Hotel Sunway...


Tiga Dara Pingitan....heheheh!

Semasa kami pergi untuk masuk ke konsert tu, pihak security tidak membenarkan aku bawa masuk kamera, bengang jugaklah sebab tak dapat ambil gambar kat dalam, so terpaksa lah aku kasi bateri kamera aku dengan muka kelat!! bukan itu sahaja, rokok dan air dari luar pun tak boleh dibawa masuk, kedengaran rungutan dari pengunjung yang nak masuk ke konsert tersebut.

Boleh dikatakan konsert DT kira ok lah cuma terkilan Hillary Ang tak perform sekali, hanya unplugged dengan Sham (bekas gitaris Wings) bersama Lan (Azlan & the Typerwriter).

Hampir 12 am aku keluar awal sebab nak ambil bateri kamera (bateri aa tak apa jugak, ini bateri rechargable..mahal oo) dan lepak di luar menunggu kawan yang lain keluar....

Suasana di luar Sunway Lagoon..

Kawan aku tak sihat..thanks geng!!

Selepas bertemu kembali, kami pun lepak sebentar dan aku pun pulang ke Mentari Court...

THE JOURNEY CONTINUE.................

Wednesday 22 December 2010

RAMADAN DALAM TAHUN 2012!!!!!!

Buat renungan teman-teman.

Cuba kira... 1 Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 sahaja.

(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu... ALLAH sahaja maha mengetahui... cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah saw. bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES 2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: Oc
Wallahu'Alam

Monday 20 December 2010

ONE DAY IN KUALA LUMPUR!!!!!!


Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta..

Pada 18 December yang lalu aku berpeluang mengunjungi ke rumah bapa saudara aku di Segambut. Malang bagi aku kerana aku terlah tersesat gara gara baca sms time bawak motor (jangan ikut aksi aku tu..bahaya) ..akibatnya gambar pengantin (nasib baik sepupu) tak ada aku ambil...Mazrizal gelakkan aku sebab sesat di Kuala Lumpur....hehehhe...dah banyak jalan baru...tak poning...?

Keesokkan harinya aku bertolak dari rumah Mak Teh (mak Mazrizal) menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk bergambar di Dataran Merdeka...aku parking kat Pertama Kompleks dan jalan kaki menuju ke sana...


Jalan Raja Laut...


Depan Sogo...(gambar dikaburkan..hahahaha)


Jalan Tunku Abdul Rahman...


Panggung Wayang .... lupa lak nama ..isk!!


Menara KL ..





Apabila aku sampai di sana, aku lihat Dataran Merdeka kena block...KENA BLOCK?? ( bukan kena block macam chatting tuu....) . Rupanya ada Pertandingan Drift Antarabangsa..

Aku pun pergi ke Ticket Booth kat Bangunan Kelab Diraja Selangor sambil aku bergambar di sekitar kawasan Dataran Merdeka..






Apabila aku dah sampai..punyalah hampa..tiket hampir RM30!!!...poket ada RM50 jadi aku batalkan hasrat aku nak masuk kesana dan pergi dikawasan luar pagar yang didirikan di sekitar Dataran Merdeka...




Bangunan Sultan Abdul Samad (Big Ben Malaysia)



Tales of 2 Towers..



Tiang bendera yang tertinggi di dunia...sekarang masih pegang rekod ke?? aku tak follow sangat....




Jalan Sultan Hishamuddin..


Bangunan Dayabumi..


Muzium Tekstil Negara


Masjid Jamek KL..pertemuan Sungai Kelang dan Sungai Gombak inilah lahirnya Pengkalan Lumpur asalnya dan bertukar menjadi Kuala Lumpur...


Bangunan bersejarah yang tak dipelihara..



Masjid Jamek KL..

Selepas itu aku pun pergi ke Bazar Masjid India untuk melihat suasana di sana...



Boleh tahan ramai... barang yang aku cari ada kat sini...nak kena repeat nih...

Setealh aku puas berjalan di Bazar Masjid India, aku kembali ke Jalan Tunku Abdul Rahman untuk mengambil motor aku..


Akhirnya aku pun pulang ke Port Dickson dengan menaiki Harley EX5 aku..hehehe....

THE JOURNEY CONTINUE.................

Thursday 16 December 2010

KELEBIHAN 10 MUHARRAM!!!!!!


Bertanya para sahabat : “Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?” Sabdanya :

# ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram

# ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

# Diciptakan lautan pada 10 Muharram

# Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

# Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram

# Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram

# Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram

# Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram

# Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram

# Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram

# Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram

# Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram

# Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram

# Dikeluarkan Yunus a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram

# Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram

# Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram

# Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram

# Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram

# Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

# Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

# Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

# Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram

Kelebihan yang ada pada 10 Muharram atau hari Asyura adalah pada puasa sunatnya sebagaimana yang terdapat didalam beberapa hadith-hadith sahih. Adapun fadhilat-fadhilat lain seperti memakai celak, bersedekah dengan sebagainya datang dari hadith-hadith lemah dan palsu sebagaimana yang di sebut oleh Syeikh Ibn Taimiyah didalam al-Fatwa al-Kubra (Jilid 5):-

لَمْ يَرِدْ فِي شَيْءٍ مِنْ ذَلِكَ حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا عَنْ أَصْحَابِهِ , وَلا اسْتَحَبَّ ذَلِكَ أَحَدٌ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ لا الأَئِمَّةِ الأَرْبَعَةِ , وَلا غَيْرِهِمْ . وَلا رَوَى أَهْلُ الْكُتُبِ الْمُعْتَمَدَةِ فِي ذَلِكَ شَيْئًا , لا عَنْ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَلا الصَّحَابَةِ , وَلا التَّابِعِينَ , لا صَحِيحًا وَلا ضَعِيفًا , لا فِي كُتُبِ الصَّحِيحِ , وَلا فِي السُّنَنِ , وَلا الْمَسَانِيدِ , وَلا يُعْرَفُ شَيْءٌ مِنْ هَذِهِ الأَحَادِيثِ عَلَى عَهْدِ الْقُرُونِ الْفَاضِلَةِ . وَلَكِنْ رَوَى بَعْضُ الْمُتَأَخِّرِينَ فِي ذَلِكَ أَحَادِيثَ مِثْلَ مَا رَوَوْا أَنَّ مَنْ اكْتَحَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَرْمَدْ مِنْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَمَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ لَمْ يَمْرَضْ ذَلِكَ الْعَامِ , وَأَمْثَالِ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ ,

“Tiada terdapat apa-apa hadith sahih dari Nabi saw atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab, Tabi’en yang mengutarakan perkara-perkara ini; baik ia diriwayatkan oleh hadis da’if (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau Al-Musnad. Tiada hadith yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadith yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura,”

Begitu juga dengan seperti matan hadith diatas yang tidak diketahui asalnya. Ibn Taimiyah rh mengatakan :-

وَرَوَوْا فَضَائِلَ فِي صَلاةِ يَوْمِ عَاشُورَاءَ , وَرَوَوْا أَنَّ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ تَوْبَةَ آدَمَ , وَاسْتِوَاءَ السَّفِينَةِ عَلَى الْجُودِيِّ , وَرَدَّ يُوسُفَ عَلَى يَعْقُوبَ , وَإِنْجَاءَ إبْرَاهِيمَ مِنْ النَّارِ , وَفِدَاءَ الذَّبِيحِ بِالْكَبْشِ وَنَحْوَ ذَلِكَ . وَرَوَوْا فِي حَدِيثٍ مَوْضُوعٍ مَكْذُوبٍ عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم : أَنَّهُ مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ السَّنَةِ

“dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Noh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Ya’kub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan mengganti Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadith palsu (fabricated) yang mendustakan Rasulullah saw berkata : {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Asyura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}”.

Kesimpulannya :- Bagi orang Islam, amalan sahih yang digalakkan pada hari Asyura hanyalah berpuasa.

Sekian, wassalam