Tuesday 6 January 2009

TENTANG AKU!!!!!!

Aku dilahirkan pada jam 5.05 pagi 11 Mac 1975 bersamaan 27 Safar 1395 di Kem Batu 5 Mentakab, Pahang . Anak kepada Allahyarham PW 2 (B) Abd Fathi b. Puteh Yaacob dan Mekjah Bt Hassan. Aku bersekolah di tadika MUIS dan Sekolah Kebangsaan Lok Kawi di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu Sabah sebelum berpindah ke Sekolah Kebangsaan All Saint's Kamunting, Taiping Perak sehingga darjah 6 (darjah 4 sempat bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Tasik Tambahan, Ampang selama 6 bulan!).Semasa aku tingkatan 1, aku belajar di Sekolah Menengah Kamunting sehingga tingkatan 2, akhirnya berpindah ke Port Dickson kerana arwah ayahku posting ke sini dan aku meyambung pengajianku di Sekolah Datuk Haji Abd Samad (SDASA) sehingga tamat tingkatan 5.Selepas itu aku bekerja di kilang kimia META (sebulan) dan kilang kain Hualon (3 bulan) di Nilai, Negeri Sembilan. Selepas itu aku bekerja dengan Syarikat Ali Ahamad, kontraktor Shell di Port Dickson. Aku bekerja selama 6 tahun dan akhirnya aku bertukar kerja di Kilang Samsung, Senawang. Aku bekerja selama setahun, dan aku mendapat tawaran kursus di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Johor selama setahun 6 bulan. Selepas menamatkan kursus, aku bekerja di kilang Proton, Shah Alam, Selangor. Malang menimpa kerana ketika itu ekonomi negara mengalami kemelesetan, aku pun mengambil cuti tanpa gaji dan mencuba nasib bekerja di KLIA yang ketika itu baru mula beroperasi. Setelah hampir 7 tahun aku bekerja di sana, aku pun bertukar kerja di sebuah kilang kimia di Port Dickson sehingga sekarang......
Darjah 2 Jingga (SRK All Saint's)
Darjah 3 B (SRK All Saint's)
Darjah 5 C (SRK All Saint's)
Darjah 6 B (SRK All Saint's)
Tingkatan 1 C 1 (S M Kamunting)
ILP Pasir Gudang
ILP Pasir Gudang
Kat Kelas (ILP Pasir Gudang)
Dalam Bengkel (ILP Pasir Gudang)
Kat Kelas (ILP Pasir Gudang)

2 comments:

  1. Ko kenal aku faizal fathi..sahabat lama ko masa di sek all saints dulu..yusnijar..contact hp 0123599845 or 0183517028

    ReplyDelete
  2. Ko kenal aku faizal fathi..sahabat lama ko masa di sek all saints dulu..yusnijar..contact hp 0123599845 or 0183517028

    ReplyDelete