“Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes.” - Che Guevara (1928-1967)
Pada hari Khamis yang lalu ( 28 April ), aku terima panggilan dari sepupu aku Mazrizal mengatakan Pak Long aku, Cik Roni (Ghani) telah kembali ke Rahmatullah. Aku terkejut mendengarnya sebab aku tengok arwah sihat walafiat masa aku kat Kelantan tempoh hari. Tapi aku tak boleh nak kata apa, sebab ini semua takdir Ilahi, aku tak sempat nak tengok arwah sebab tiba kat Tanah Merah hampir 12 malam! Jenazah dikebumikan selepas Isyak. Apapun aku ucapkan takziah kepada mak saudara aku, Mek aka Azizah, Kak Yah (Rokiah), Kak Mah (Rahimah), Abe Mi (Azmi) dan Na (Roslina)..Al Fatihah
Pagi lepas solat Subuh aku keluar hanya nak ambil gambar matahari terbit...MATAHARI TERBIT?? kalau kat pantai timur mungkin logik gak tapi aku cuba jugak dan hasilnya......PRICELESS!!!!!