24 Julai, akan aku ingat sampai bila bila sebab hari itu lah band
favourite aku dan otai rock semua, LOUDNESS turun mengadakan konsert di KL LIVE, Jalan Sultan Ismail, KL. Aku bertolak dari rumah pukul 12.30 tengah hari dengan menaiki motor EX5 dan singgah di Kajang sebab nak jumpa kawan FB aku,
Muhd Muniff yang membeli tiket untuk aku...thanks friend!.
Kami tiba hampir 3 petang kami melihat orang dah mula ramai, kami parking motor kat bangunan KFC yang terletak berdepan dengan KL LIVE dan pergi minum di kedai mamak. Ramai jugak otai yang turun hari itu....
|
suasana sebelum bermulanya konsert... |
Selepas lama kami tunggu, akhirnya kami pun masuk untuk melihat suasana di dalam pulak.....
|
cantik artwork belakang tu.. |
|
bro muniff..steadyyy |
|
aku le tuuu.... |
Band pembukaan pada malam tu kumpulan SHEWOLVES. Lagu yang diorang bawak....aku tak tahu..sebab tak jelas dan mungkin diorang cover lagu band lain...Band kedua SATIRA, band lama yang aku tahu lagu top dia, Kau Masih Ku Cinta....lagu dan perform boleh tahan....almaklumlah band otai...Band ketiga, SOFEA atau nama asalnya SYJ, band lama zaman BOTB, lagu yang dibawa semua rancak. Respek la kat diorang lebih lagi Man Rani perform lagu Bunga Padang Pasir...steady suara dia....tabik!!!
|
the legendary SOFEA aka SYJ |
|
orang timur bangunlah!! |
|
Man Rani masa perform Bunga Padang Pasir..pakai camera hp...hampeh! |
Kemudian band yang ditunggu tunggu akhirnya muncul, LOUDNESS yang dibarisi oleh Minoru Niihara, Akira Takasaki, Masayoshi Yamashita dan drummer baru, Masayuki Suzuki membawakan lagu lagu dari album Thunder In The East,Lighting Strikes,Hurricane Eyes iaitu 'Crazy Nights', 'In The Mirror', 'Heavy Chains', 'So Lonely', 'Get Away', 'Crazy Doctor', 'Like Hell', 'Black Star Oblivion' dan 'SDI' , Mereka juga menjemput otai rock tanahair, Amy SEARCH berduet dalam lagu 'Shadow Of War'. Hasrat aku untuk melihat band favourite aku tercapai cuma ralatnya drummer Munetaka Higuchi tiada kerana telah meninggal dunia akibat barah.
|
berduet dalam lagu Shadow Of War |
Konsert ini berakhir pada pukul 10 malam, awal dari jangkaan aku (ingatkan 12 tengah malam...tak puas ooo!). Aku sempat membeli baju t Loudness dan pergi lepak kat Restoran Kampung Pandan bersama Muniff dan terus pulang ke PD. Aku sampai ke rumah pada hampir pukul 2 pagi....nasib baik aku cuti esok..kalau tak..mengantuk la bila kerja..hehehehe..
|
sila jeles ye kengkawan.....heheheh |
THE JOURNEY CONTINUE.................
heheheh thanx bro.........
ReplyDeletesama sama geng.....\m/
ReplyDelete