Tuesday, 25 October 2011

STREET PHOTOGRAPHY (FOTO JALANAN)!!!!!!

Gambar diambil kat Jonker Walk..
          Pada hari Ahad yang lalu, aku berkesempatan pergi ke Melaka untuk ambil gambar street photography [ type of documentary photography that features subjects in candid situations within public places such as streets, parks, beaches, malls, political conventions and other settings. ( nak translate takut salah maksud...heheh ) ] Aku sebenarnya tertarik dengan gambar sebegini sebab ianya candid dan bersahaja tanpa arahan dari sesiapa tak macam ambil gambar perkahwinan, memerlukan kesabaran yang tinggi kerana karenah dari sesiapa saja yang terlibat ( malas nak kasi contoh, korang pun tahu siapa kan? )

        Kembali dari kisah tadi, aku bertolak pada tengah hari dan sempat solat Zohor di Masjid Kg Hulu, Melaka. Selepas itu aku pun pergi ke Dataran Pahlawan dan park motor aku kat sana, dan aku terus berjalan ke area Kota Portugis dan mengambil gambar. Hasilnya dengan menggunakan D200 dan kitlens 18-55mm VR :











THE JOURNEY CONTINUE......

1 comment: