Thursday, 31 May 2012

KISAH 31 MEI!!!!!!


Gambar ni aku ambil kat pantai Bagan Pinang, cuaca pulak sesuai untuk ambil gambar senja. Kamera D200, lens 55-300mm dan ISO 100 :


















     Sambil tu layan lagu sempena tema gambar ni.......layannnnnnnnnn :

SENJAKALA - SYJ
     Senjakala
Aku tenang bertemunya
Panorama tak terlukis dengan kata
Yang gelap ku tahu
Akan datang menjadi tamu-tamu yang biasa
Bersedia yang gelap
Memerlu cahaya yang terang membantuku

Senja hilang malam pula menghadirkan
Dirinya gelap ku perlukan cahaya
yang terang

*Senjakala
Aku patut bersedia
Senjakala
Hanya datang seketika
Hadirmu itulah satu seni indah 
Ciptaan tuhan yang kuasa

Senja hilang malam pula menghadirkan
Dirinya gelap ku perlukan cahaya yang terang
Dan terus hidup lagi

Walaupun seketika
Nikmatmu senjakala
Ada yang pasti dilaksana

Datangmu seketika 
Indah yang tak terkata
Didalammu penuh bermakna



THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 28 May 2012

KISAH 28 MEI!!!!!!


       Malam tadi aku pergi ke Benteng Malam... saja nak try amik gambar malam...almaklumla...dah sebulan tak pegang kamera.... lens aku guna 18-70mm dan ISO 1600 ( kalau kekuda korang kuat....try amik pakai ISO 400...muehehehhehe ) :




tapi paling best gambar ni... :

Kedondong!

THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 25 May 2012

FRIDAY FRENZY!!!!!!

Hero Remaja Tahun 2020...hehehe ( promote diri sendiri )

cari dimana aku.... tak ada hadiah untuk ini...heheheheh

THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 24 May 2012

KISAH 24 MEI!!!!!!



     Pagi semalam aku pergi ke Pantai Bagan Pinang, saja nak test D200 aku yang baru siap repair tempoh hari. Lens yang aku gunakan 18-70mm :



THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 21 May 2012

KISAH 21 MEI!!!!!!

testing setelah lama tak guna kamera... repair punya pasal
      Hari ini aku cuti sebab aku ambik kamera aku kat Nikon Service Centre kat PJ. Patutlah kena RM1168... banyak penyakit rupanya, siap tukar Shutter ( seperti baru.....hehehehe ) I Base Plate, U/D Base Plate, Shoe Mold ( errr.. acuan kasut? ) Hot Shoe ( kasut panas...hahahha ) Side Rubber dan Grip. Apapun aku berpuashati dengan Nikon Service Centre PJ walaupun sebelum ni aku rasa macam ragu ragu setelah membaca komen dari pengguna Nikon di blog, forum dan sebagainya. Terima Kasih Nikon!!! ( bukan bodek.... puas hati barang dah ok.... )


THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 18 May 2012

KISAH 19 MEI!!!!!!

dating gitu.....ahaks!!!!!!

      Semalam aku last cover kawan aku yang bercuti pergi mencandat sotong di Pulau Kapas, Terengganu. Punya la letih, pergi kerja matahari tak terbit, balik matahari dah terbenam...isk nasiblah nak buat macam mana,     nama pun bantu membantu..... tapi bagus jugak sebab ada la simpanan untuk hari bahagia nanti.. Harap semua berjalan dengan lancar, dan aku pun bukan muda lagi, hampir 4 series dah pun.......hehehahehe

Tuesday, 15 May 2012

KISAH 15 MEI!!!!!!

masa layan A&W kat seremban....

    Hari ni aku mula kerja dan semalam aku cuti ( dah macam tajuk lagi Hari Ini Dan Semalam dendangan J. Mizan lak...hehehe ) . Alhamdullillah semua berjalan dengan lancar dan Insya Allah.... kalau tak ada halangan aku akan tamatkan riwayat zaman bujang aku. Kami mungkin buat yang wajib aje... kenduri ikut kemampuan ...kalau ada rezeki lebih... ada lah kenduri, kalau tak ada... aku minta maaf le... Ekonomi kurang memberangsangkan akhir akhir ni.... Apapun akan aku hebahkan sedikit masa nanti.... TUNGGUUU!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday, 8 May 2012

KISAH 8 MEI!!!!!!

tak ada kerja cari kerja......heheheh
     Hari ni kerja boleh tahan, mungkin selepas subuh 11 malam baru boleh balik.... tapi tak apa....dah lama rileks, kena la kerja berat skit, ye tak? Sekarang ni tengah layan lagu Melissa dari kumpulan Helter Skelter, dah lama tak layan rockapak dari Singapura, agaknya bila diorang nak reunion balik macam Rusty Blade dan Rockers? Tunggu dan lihat la nampaknya.....

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 7 May 2012

KISAH 7 MEI!!!!!!

supermoon (?) di pantai Port Dickson
       Hari ni aku kerja petang sampai pukul 11 malam, tak ada apa yang aku ceritakan cuma sekarang hati aku dah mulai rasa tenang, setenang bulan di gambar atas. Aku pun berdoa agar ia berterusan selama aku hidup di muka bumi ini, kena pulak layan lagu Ommadawn karya Mike Oldfield......perghhhhh heaven!!! hehehehhe....

THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 6 May 2012

KISAH 6 MEI!!!!!!


        Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Aku terima seadanya walaupun pahit untuk ditelan. Mungkin ini adalah balasan bagi aku.... Aku redha seadanya... Kehidupan mesti diteruskan.....



Rapuh

       Lagu diatas pernah ditujukan khas untuk aku dari seseorang yang aku sayang dulu, sayangnya....aku abaikan dia dan sebab itu aku rasa apa yang berlaku hari ini adalah balasan dari apa yang aku buat dulu.... Awak, maafkan saya kerana abaikan awak dahulu...... 

p/s : sedih skit post kali ni.....

THE JOURNEY CONTINUE......

Saturday, 5 May 2012

SERA - DIBADAI ASMARA!!!!!!


Dibadai Asmara - Sera

Haruskah...
Aku terus merayu padamu
Haruskah...
Aku taburi janji beribu
Untuk menembusi
Tembok hati sanubarimu
Ataupun... aku hanya penanti

Mengapa
Dikau meragui keikhlasan
Setelah kuberi
Pengorbanan dan kesetiaan
Aku jadi perindu
Pada istana madu
Kini menjadi sangkar hempedu

( 1 )
Mungkin ku pentafsir
Yang gagal mencari
Pengertian cinta
Akhirnya melara

( korus )
Kau insan misteri
Penuh rahsia cinta
Kulemas dalam arena
Meredah nestapa
Sukarnya menguasai
Bahasa cinta kita
Berilah kepastian sebuah cinta

Bisakah
Silap kata menjadi penanda
Dapatkah
Kecewa ku menjadi harapan
Marilah berganding
Mengharungi badai asmara
Dunia dikecapi penuh bahgia



p/s : lagu ini aku tujukan kepada seseorang yang aku kenali........ 

THE JOURNEY CONTINUE......

KISAH 5 MEI!!!!!!

Apek : haiya.... lu pakai enjin vtec ke??

        Hari ini aku kerja, ye aku tahu, hanya BANGLA,NEPAL dan PATI aje kerja pada hari cuti Wesak ni...... so terpaksalah aku kerja, janji masyuk ( kes memujuk hati yang jammed kena kerja.... )... cuaca lak mendung pepagi ni... kalau cuti, kompom aku bangun "awal"......hehehehehe    

THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 4 May 2012

KISAH 4 MEI!!!!!!

Gambar kat belakang Bangunan baru MPPD
       Hari ini aku kerja sampai pukul 11 malam ( harap tak kot, bergantung kepada lori yang keluar masuk le.... ) dan badan macam lemau sebab malam tadi lepak sampai hampir pukul 2 pagi!. Kes tak leh tidur malam, akibatnya bila kerja, kepala macam terawang awang...isk.... kena nikah cepat ni.... 37 tahun masih tak berpunya..... kalau jual bundle dah kira tahap rare nih..... sila lihat gambar bawah :

        Sambil korang tengok gambar diatas, anda dinasihatkan mendengar lagu top tahun 70an, Pilihlah Aku dendangan Allahyarham Latif Ibrahim....... hehehehehe!!!!!!


THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday, 1 May 2012

HAPPY WORKERS DAY!!!!!!

gambar cedok kat sini

       Selamat Hari Pekerja kepada semua pembaca blog yang tak seberapa ni, dan kepada yang bekerja tu... bekerjalah dengan ikhlas ( ye lah..member cuti dia kena kerja mesti jammed kan.. hehehehe ). Aku pun bercuti tapi boring lak.... so layan zzzzzz le nampaknya....

THE JOURNEY CONTINUE......