Friday 11 March 2011

JOURNEY TO KELANTAN.....PART 1 !!!!!!



     Pada 11 Mac yang lalu ( birthday aku yang ke .......(carik sendiri..heheh), aku serta sepupu aku Mazrizal mengunjungi kampung mak aku, Kelantan atau lebih dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang. Kami bertolak dari rumah sepupu aku di Batu Caves selepas Solat Jumaat. Kami pergi ke Kelantan bukan sahaja untuk balik kampung, kami jugak ada job disana iaitu mengambil gambar pasangan pengantin, Mohamad Hawari dengan Anis Ataillah di Pasir Mas dan Machang. Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya bermula dari KL lagi.

On the way to Kelantan melalui Karak Highway
Saja test skill........ hehehehe..
Skill Rim tak bergerak...hehehheeheh
          Kami tiba di Gua Musang hampir pukul 8 malam, kami terus singgah di stesen Shell untuk melepaskan 'hajat'. Selepas itu kami bertolak ke Tanah Merah. Kami tiba pada pukul 10.30 malam dan singgah makan di kedai makan. Kami sampai di rumah mak long kami padi pukul 12 pagi.....
        
           Kami bangun pada pukul 8 pagi. Hujan masih turun di Kelantan, harap tak banjir...kalau tak masalah aku nanti nak balik Port Dickson...isk!! Aku sempat mencuba D80 dengan mengambil gambar.......

Bunga apa yee.....lupa lak.....isk!



   Kami bertolak ke Kg Kelar, Pasir Mas untuk bertandang ke rumah pengantin perempuan. Aku kena pergi ke Masjid Kelar untuk cover pengantin lelaki......

Rombongan pengantin lelaki...
Pengantin lelaki keluar dari masjid...
Pengantin meredah hujan...

Rumah pengantin perempuan...
    Akhirnya majlis akad nikah pun selesai dengan sekali lafaz. Kami mengambil gambar pengantin bersama sama keluarga masing masing. Maaflah tak dapat nak masuk semua, almaklumlah...jurugambar amatur....hehehehe......
Cincin Perkahwinan...
Pelamin di rumah pengantin perempuan...
Candid...
Candid....
Pengantin lelaki menjamah makanan yang dihidangkan...
Budak budak layan bergambar

Control tuuu...
DSC_0959
Tak sabar tunggu esok....hehhehe
    Selesai bergambar, kami pun terus balik ke Tanah Merah, singgah layan colek perut ( layan tuuu..) dan balik ke rumah mak saudara aku. Aku lepas mandi terus layan zzzzz...mengantuk siot

DSC_0962
Sepupu aku promote direct selling...heheheh
End of Part 1.....

THE JOURNEY CONTINUE.................

No comments:

Post a Comment