Tuesday 8 March 2011

JOURNEY TO KUALA ROMPIN!!!!!!

 
Pada 5 hb Mac, aku berpeluang pergi ke Kuala Rompin, Pahang untuk membantu sepupu aku photoshoot majlis persandingan Wan Roshina Jane Wan  Darman dengan pasangannya, Zafrul Zakaria di Taman Puteri Jaya. Aku pergi bersama sama abang sepupu aku dan kawan kerana mereka ingin mencuba nasib memancing disana setelah kecewa 2 kali tak ada hasil memancing di tasik. Perjalanan sepatutnya tiba awal bertukar menjadi lewat gara gara tersalah masuk ke Rompin, Negeri Sembilan. Apa lagi dengan selambernya patah balik, kalau tidak merayau satu Negeri Sembilan....hehehehehhe!

   Kami tiba pada pukul 2.30pm. kami ditempatkan di kuarters Peladang berdekatan dengan rumah pengantin. Aku dan sepupu aku tidur sementara 2 orang lagi pergi memancing di Jeti Kuala Rompin. Kami pergi ke rumah pengantin selepas Maghrib...








    Selepas selesai mengambil gambar barang hantaran dan pengantin perempuan, tibalah masanya majlis akad nikah ....


Wajah tenang pengantin
Majlis akad nikah bermula...

Wajah gembira pengantin perempuan




     Kami selesai pada pukul 11 malam dan sempat merayau sekitar Kuala Rompin. Selesai saja transfer gambar ke laptop sepupu aku, aku pun tidur pada hampir 5 pagi!!

           Aku bangun pada pukul 8 pagi dan kami bertolak ke sana pada pukul 11 pagi. Cuaca pada hari tu panas, kena pulak berdekatan dengan pantai....
Pintu masuk berbentuk Love
Pelamin
Meja santapan pengantin
Sisi pelamin


Lampu ditengah pelamin
Kelihatan semua orang sibuk dengan kerja masing masing...termasuk aku...aku cover luar, sepupu aku cover pengantin.





Bakal pengantin..hehehheh...
    Selepas itu aku ditugaskan untuk cover pengantin perempuan manakala sepupu aku cover pengantin lelaki, apa lagi berkejar kehadapan untuk mendapat shot yang terbaik...






Bapa pengantin lelaki
Ibu Pengantin lelaki
Apa ada kat hidung tu?
Sepupu aku sedang mengarah....heheh
Mengucap terima kasih kepada semua...


   Selepas selesai wedding photoshoot di rumah pengantin, kami pergi ke Chedoq Resort, berhampiran Kampung Orang Asli Batu 8 untuk mengambil outdoor photoshoot. Aku mengambil gambar lanskap di pantai Kuala Rompin manakala sepupu aku mengambil gambar pengantin, kadang kala aku ada jugak membantu dia.....nasib boss tak marah...heheheh...










Photographer in action






Kasut pengantin...
Kami selesai outdoor photoshoot hampir 5 petang. Kami terus pulang ke Kuarters Peladang dan bertolak pulang pada hampir 7 malam. Aku sampai ke Port Dickson pada pukul 10 malam...


      Terima kasih tak terhingga kepada sepupu aku, Mazrizal kerana memberi peluang untuk membantu beliau. Tidak lupa juga aku ucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Wan Roshina Jane Wan  Darman dan Zafrul Zakaria semoga berkekalan hingga akhir hayat...Insya Allah.....

THE JOURNEY CONTINUE.................

No comments:

Post a Comment