Monday, 22 August 2011

MEMANCING SAMBIL BERGAMBAR DI BULAN PUASA!!!!!!

Gambar matahari terbenam selepas sampai ke destinasi
      Pada hari Sabtu yang lalu (20 Ogos), aku menerima panggilan dari sahabat FB, Sham bertanyakan tempat memancing ikan yang best. Aku yang BUTA memancing terpaksa bergegas ke ofis (aku off hari tu) dan tanya kawan aku port memancing. Setelah aku dapat info tempat mancing, aku pun balik ke rumah dan bawak peralatan untuk mengambil gambar (apa kene mengena gambar dengan memancing nih?).
      Selepas aku bertemu beliau bersama kawan dia serta isteri, kami pun bergerak ke pasar malam Batu 4. Kawan Sham, Daud beritahu nak cari ayam buat BBQ tapi kat pasar malam tak ada jual, kami pun bergerak ke Teluk Kemang dan singgah di Pasaraya Mesra. Selepas selesai urusan membeli ayam, kami pun bertolak ke simpang Marina Resort dan  lalu melalui jalan pintas.

Avillion Admiral Cove...tengok dari jauh lee....

         Kami sampai ke destinasi (berhadapan dengan Avillion Admiral Cove ) hampir 6.30 petang setelah berhadapan dengan jalan becak, selut (dah macam CAMEL TROPHY adventure) sampai motor aku dah macam masuk estet rupanya.


matahari mulai terbenam...tunggu time buka....





tengah cari port mancing...

errr...dah  time buka ke nih???
        Selepas kami berbuka puasa, Sham dan kawan dia, Daud sudah bersiap dengan barang memancing diorang, aku pulak sempat mengambil gambar di sekitar tempat tersebut...
PD Marina Resort di waktu senja

Avillion Admiral Cove di waktu senja...


eh...mana umpan???

gaya seorang pemancing tegar


Cahaya rumah api


     Sham dan Daud memancing sehingga pukul 1.30 pagi dan hasil tangkapannya ialah 4 ekor sembilang dan mereka dah confirm nak repeat balik tempat tu sebab suasananya yang tenang, cuma umpan saja salah beli!

THE JOURNEY CONTINUE.................

2 comments:

  1. ai tak tunjuk gambar ikan sure besar jari kelingking je ni ;)

    ReplyDelete
  2. tahu tak apa...semilang kecik benau..tak boleh dibanggakan..takut jadi bahan ketawa...hehehe

    ReplyDelete