Kay Ap Cee dan PC (blog siapa nih?? hehehe) |
Tengok tajuk aje mesti ingat aku tak puasa kan? Ceritanya begini :
Selepas aku balik dari kerja pukul 3 petang, aku duduk depan PC, layan Facebook, blog kawan kawan dan tak lupa juga layan lagu kegemaran aku (buat shuffle, semua lagu aku dengar termasuk J.MIZAN....!) . Aku tengok hampir pukul 5 petang, aku solat Asar dan lepak depan PC sampailah PC yang tengok aku ( tertidur la tu...) dan apabila aku bangun, tengok jam pukul 7.40 petang......HAH?? makan nak berbuka aku tak beli!! ARRGGGGGHHHH!!!.
Penyudahnya air sejuk menjadi pembuka selera aku dan selepas solat Maghrib, aku pun pergi cari ke KFC. Lawaknya pulak, dah sampai turn aku, baru teringat dompet tertinggal, dengan selamba badaknya, aku buat muka blur, keluar dan patah balik ke rumah aku. Apabila sampai turn aku buat kali kedua, brader cashier siap senyum (bukan mengorat!!) tanya aku :
Cashier : eh tadi abang bukan dah masuk ke tadi?
Aku : tertinggal barang dalam rumah (jawapan sengal)
Lepas aku dah beli KFC, aku terus balik ke rumah tanpa tengok depan belakang, kiri dan kanan aku pun NGAP la KFC tu sampai habis (tulang pun sedap!)
Kebulur tahap gaban! |
hahaha... dugaan.
ReplyDeleteitu la pasey......isk!
ReplyDelete