Raya tahun ini aku beraya dengan mak aku di kampung arwah ayah di Kuala Kangsar. Adik yang lain beraya di Muar, Johor dan Kuala Lumpur. Selepas Asar, aku dan mak aku mula bertolak dari Port Dickson ke Kuala Kangsar melalui jalan lama ( aku lebih suka ikut jalan lama kerana tak jammed dan tak ada TOL! ) dan tiba di Kg Kota Lama Kanan pukul 10 malam. Keesokkan harinya aku bangun awal dan ambik gambar pakcik aku tengah mengemas....
|
dah macam iklan IKEA...kata dia..bukan aku cakap...hehehe |
Selepas bersiap,aku sarapan pagi dengan minum teh aje (takut memerut ketika sembahyang raya..) dan tunggu yang lain semua bersiap....
|
Gambar curi yang diambil oleh sepupu aku guna kamera aku....ciss!!! |
Selepas semua dah bersiap, kami pun bertolak ke Masjid Kota Lama Kanan ( masjid yang ada batu nisan Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak yang kedua ). Selesai sahaja Sembahyang raya, kami pergi menziarahi pusara Opah dan Atok, kiranya aku dan mak aku pertama kali menziarah pusara Opah, maafkan kami Opah....
|
Pusara Opah |
|
Pusara Atok |
|
Maksu dan Pak sedara aku... |
|
Adik beradik?? bukan...Paksu dan anak sulung dia.... |
|
Suasana di Masjid Kota Lama Kanan |
Selesai menziarah pusara Opah dan Atok, kami pun pulang ke rumah Pak Mi, dan aku yang bawak kamera menjadi jurugambar keluarga pulak....isk..nak raya ke apa nih?? grrrrrrrrrrrrrrr!!!!!!
|
Keluarga Pak Mi |
|
Keluarga Maksu |
|
Mak aku dan Makcik.. |
|
Sessi santai |
Selesai aku mengambil gambar, aku keluar mengambil gambar di luar, nak tengok gambar dia kat
sini. Aku balik dekat pukul 8 malam, beraya dan bergambar punya pasal...mandi dan terus tidur....zzzzzz.
Keesokkan harinya, kami semua bersiap nak ke Batu Gajah melawat pak saudara kami, Anjang. Tapi sebelum itu.......
|
Muiz buat lawak....hehehe |
|
Gabungan 3 Keluarga.... |
|
Sessi Free Time.... |
Kami sampai ke rumah Pak Anjang hampir tengah hari...apa taknya...JAMMED jalan nak ke sini. apapun Alhamdullillah sebab selamat sampai. Kami mulanya disajikan dengan kuih raya dulu sebab tetamu ramai di dalam......
|
Afiz : Pak Anjang spek hitam semanjang..... |
|
Pak Su, Pak Anjang, Mursyid dan Afiz |
|
Aku : kuih made in china?? biar betul??? |
|
Layan Stim kuih raya...hehehhehe |
Selepas line dah clear, kami pun masuk ke dalam dan dijamu dengan nasi hidang....lega....jumpa nasi di raya pertama....tak larat makan kuih raya....hehehhe
|
Pak Mi tak menyempat habis doa..terus sambar burung puyuh goreng...hehehe |
|
Pak Mi : burung puyuh aku yang punya!!!! |
|
Acara kempis perut... |
|
Muka jammed tak dapat pinjam kamera....heheh |
|
The Legendary Anjang |
Selepas beraya kat Batu Gajah, kami terus ke Lubuk Merbau tapi malangnya tuan rumah tak ada, pergi beraya, kami pun terus balik ke rumah Pak Mi....
|
Sessi lepak!! |
THE JOURNEY CONTINUE.................
No comments:
Post a Comment