Saturday, 31 March 2012

PESTA MUDA MUDI ( HARI KETIGA - MALAM )!!!!!!

organiser tenganga tengok budak main classical...hehehhe
        Event pada malam nya ( maaf lupa nak upload... tersimpan dalam HD, nasib baik aku perasan dalam Facebook, ok la janji ada upload : dibawah ialah adik Afif Fazrin, layan classical tu :



aksi ternganga organiser.....
  Selepas itu, giliran Lot Jamm, Ghazal moden, boleh tahan  :








   Selepas itu, giliran Sentuhan Brothers, Pop Yeh Yeh...layan.... :








   Dan band yang terakhir, Ghodong, band rock.... :











     Selesai sudah Pesta Muda Mudi pada malam tersebut. Akupun puas hati, dapat belajar lagi mengambil gambar event pada malam hari dan terima kasih kepada organiser yang beri peluang pada aku untuk photoshoot pada kali ini... Adios!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Wednesday, 28 March 2012

KISAH 28 MAC!!!!!!

   
              Assalamualaikum semua bloggers, hari ini ada satu kisah yang berlaku pada aku malam tadi, aku bermimpi bertengkar dengan arwah abah aku, hal apa tak pasti tapi apa yang aku ingat aku tengking arwah abah aku tapi arwah hanya senyap tak melawan langsung. Untuk pengetahuan korang, arwah abah adalah seorang bekas askar dan boleh tahan garang orangnya ( biasalah anak askar kalau tak kena sebat dengan talipinggang askar mungkin aku boleh cakap budak tu kelentong!! ) dan dari mimpi tersebut aku sampai tengking arwah abah kira mengejutkan aku kerana semasa arwah abah masih hidup...dengar aje motor dia sampai rumah, aku mesti berlari ke bilik, kes takut punya pasal...... Sehingga sekarang masa aku tulis, hati aku masih tak tenang fikirkan apa maksud mimpi tersebut. Aku rasa aku dah lama ( bukan rasa lagi, MEMANG! ) tak ziarah pusara arwah abah aku. Apapun aku doakan semoga arwah abah, ABD FATHI bin PUTEH YAACOB tenang disana.... Amin....

THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday, 27 March 2012

DOWNTIME!!!!!!

cedok kat sini
       Hari ni mood memblog menurun sebab idea tak ada.....isk...kena servis aku punya otak nih...

THE JOURNEY CONTINUE......

Saturday, 24 March 2012

BARANG DAH SAMPAI!!!!!!


    Hari ni aku terima barang dari Dr Ben, CD rokok Camel bertajuk Moonmadness. Album berentak Progresif Rock ni memang aku cari selain album Mirage. Nak cari album rare ni hanya kat Ebay atau online aje ....kalau kat kedai CD kat malaysia kebarangkalian 1 per 1 juta!

packaging superb!

Cd itself..
THE JOURNEY CONTINUE......

KISAH 24 MAC!!!!!!

gambar dari bawah...kat benteng...hehehe
    
    Hari ni aku kerja.....harap dapat boleh balik awal tapi tak tahu lah....kena pulak ada Majlis Makan Tengahari bersama PM kat pekan, harap tak dibuat roadblock, kalau buat kompom lori dan kontena banyak sangkut...dan bila dah sangkut...aku pun sangkut kat ofis...dan bila aku sangkut kat ofis...aku claim overtime....so faham faham la kan..... bulan depan masyuk lain macam la........hahahahah......


THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 22 March 2012

PESTA MUDA MUDI ( HARI KETIGA - SIANG )!!!!!!


        Sambungan dari Pesta Muda Mudi yang terletak di Dataran Teluk Kemang. Band pertama, 10 Thousand (?) mulanya ingat hari ini ( 17 Mac ) ada pertandingan Battle Of The Band rupanya mereka salah info. BOTB dah lepas minggu lepas, so terpaksalah perform hanya untuk event saja...hehehe :




    Selepas band 10 Thousand, Pulling T dari Pahang :


  
Band Last Hikari dari Cyberjaya :



Band yang perform bawah ni adalah band organiser sebab ban yang sepatutnya datang tak muncul. jadi aku namakan band ni BIDAN TERJUN (hehehehe) :

organiser yang pakai baju Bloodshed....


 Band Forklift pulak perform lepas ni :





Band The Antilogy :





  Band Jebat ( Iron Maiden Kajang ) dari Kajang :







Oklah lepas ni aku nak upload gambar pada malam hari pulak. Sebenarnya aku nak buat semasa hari kejadian, tetiba mood nak memblog pulak tak ada, jadi terperap dalam portable hardisk aku...... apapun layan....

THE JOURNEY CONTINUE......