Wednesday, 28 March 2012

KISAH 28 MAC!!!!!!

   
              Assalamualaikum semua bloggers, hari ini ada satu kisah yang berlaku pada aku malam tadi, aku bermimpi bertengkar dengan arwah abah aku, hal apa tak pasti tapi apa yang aku ingat aku tengking arwah abah aku tapi arwah hanya senyap tak melawan langsung. Untuk pengetahuan korang, arwah abah adalah seorang bekas askar dan boleh tahan garang orangnya ( biasalah anak askar kalau tak kena sebat dengan talipinggang askar mungkin aku boleh cakap budak tu kelentong!! ) dan dari mimpi tersebut aku sampai tengking arwah abah kira mengejutkan aku kerana semasa arwah abah masih hidup...dengar aje motor dia sampai rumah, aku mesti berlari ke bilik, kes takut punya pasal...... Sehingga sekarang masa aku tulis, hati aku masih tak tenang fikirkan apa maksud mimpi tersebut. Aku rasa aku dah lama ( bukan rasa lagi, MEMANG! ) tak ziarah pusara arwah abah aku. Apapun aku doakan semoga arwah abah, ABD FATHI bin PUTEH YAACOB tenang disana.... Amin....

THE JOURNEY CONTINUE......

2 comments: