Saturday, 28 April 2012

PROGARCHIVES!!!!!!


    Laman web ni baru aku jumpa sebentar tadi sebab nak cari pasal Mike Oldfield. Progarhives ni lebih kurang macam Metal-Archives cuma bezanya disini banyak cerita pasal progresif rock. Cuba tengok PROG SUB GENRES, punya la banyak cabang Progresif Rock! Bagi otai otai mungkin dah biasa, kalau aku... mau ternganga... hahahahahahaha


       Sambil aku layari laman web ni, aku lihat Top Prog Album. Album Moonmadness yang aku trade dengan Abang Ben berada di tangga no 23. Album lain yang berada diatas...emmmm....Youtube la jadi mangsa...kena dengar puas puas, bak kata dalam About.com :

-The band's first four albums are all about a blind albino who takes over the world 


-There are three drummers in the band 


-Each track is over 50 minutes long with a 10 minute Mellotron solo 


-You have to listen to it twelve times before you finally "get it"


    So, kena faham lah sebab sebabnya kenapa kita cepat boring bila first time dengar........ye tak???

THE JOURNEY CONTINUE......


MIKE OLDFIELD!!!!!!


   
      Beliau adalah antara pelopor Progresif Rock. Kebanyakan lagu awalnya instrumental dan antara lagu yang aku layan sekarang. Hampeh Youtube!!!!!! nak carik album ni agak sukar kat Malaysia melainkan kalau aku ada sekeping kad keras yang berwang!....hehehehe



Tubular Bells
Ommadawn Part 1
  

   Lagu Moonlight Shadow pulak dinyanyikan oleh penyanyi wanita, Maggie Reilly. Dulu aku ingat lagu ni lagu techno sebab pernah dengar sebelum ni, rupanya dari mamat ni.... tabik lah... Oh ye lagu ni ada dalam album Crises ( 1983 )...... apapun layan!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 23 April 2012

KISAH 23 APRIL!!!!!!


        Hari ni aku kerja malam, macam biasa shipment tak banyak... boleh mengular memblog kejap ....hehehehe. Kamera masih belum ambil lagi, kes suntikan modal tak berapa cantik, kena pecah tabung uji dan cari celah mana yang ada ( ok yang ni aku melawak... ). Sedar tak sedar dah masuk penghujung bulan April, Posting pun tak sampai 10... isk!! . Harap bulan Mei aku kembali memblog dengan ganasnya lebih kerap lagi.. harap haraplah bukan arapan arapan alek, la au be tina ju bule ( hahahahahah... )

THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 20 April 2012

KISAH 20 APRIL!!!!!!

Masa derma dara darah kat Giant Lukut baru baru ni
        Lama aku tak update blog ni sebab minggu ni sibuk, kena pulak kamera aku hantar bengkel Nikon Centre PJ untuk repair. Itu yang tak ada gambar nak diuploadkan untuk minggu ni. Insya Allah bila dah siap kamera aku, aku akan upload gambar aweks dalam ni...heheheheh.... buat masa sekarang nak kena pecah tabung.... RM1168 jumlah harga repair termasuk servis... HIIAARRRRGGHHHH!!!!!!
    

THE JOURNEY CONTINUE......

Saturday, 14 April 2012

SB800!!!!!!



      Tengah hari tadi aku pergi ke Nilai berjumpa dengan kawan FB beli flashlight. Aku dah lama ushar flashlight ni dan review dia sekali, so lepas ni boleh cover event dah nih...hahahahaa...

Spec SB800 :


Flash exposure control : 1) i-TTL Balanced Fill-Flash with Nikon D2H and D70 Digital SLR's. i-TTL flash with Nikon Coolpix 8800 and Coolpix 8400
2) D-TTL Balanced Fill-Flash with Nikon with Nikon D1 series or Nikon D100
3) TTL Auto Flash with many film SLRs, including the Nikon F5, F100, F80 (N80), F75 (N75), F65 (N65) and FM3A,
4) Auto Aperture Flash [AA],
5) Non-TTL Auto Flash [A] with many film SLRs, including the Nikon F55 (N55) and FM10
6) Manual Flash [M]
Guide number (ISO 100, m/ft.) : 38/125 (at 35mm) to 56/184 (at 105mm)
Flash coverage: Automatic 24 to 105mm zoom; 
14/17mm with built-in wide flash adapter; 
14mm with Diffusion Dome SW-10H
Bounce capability: Flash head tilts down to -7 degree or up to 90 degree ; flash head rotates horizontally 180 degree to the left or 90 degree to the right
Power switch: ON/OFF button provided
Film speed range in TTL auto flash mode: ISO 25 to 1,000
Minimum recycling time: Approx. 2.7 seconds (manual, w/R6 (AA)-size Ni-Cd or Ni-MH batteries, with Quick Recycle Battery Pack SD-800) Approx. 6 sec. [manual w/FR6 (AA-size Lithium batteries)]
Minimum number of flashes: Approx. 150 (Alkaline, Ni-MH batteries)
Power source: Four 1.5V LR6 (AA-size alkaline), 1.2V KR-AA (AA-size NiCd) or 1.5V FR6 (AA-size lithium) batteries;
Quick Recycle Battery Pack SD-800 holds a fifth AA-size battery for faster power recycling
DC Unit SD-7 (optional)*1*2; 
Battery Pack SD-8A (optional)*2 
*1 SD-7 is not available in European countries. 
*2 SD-7/8 cannot be used with the SB-800 sold in European countries
Weight (without batteries): Approx. 350g (12.3 oz.)
Supplied accessories: Quick Recycle Battery Pack SD-800 [for one R6(AA)-size battery]
Speedlight Stand AS-19
Colored Filter Set SJ-800 (FL-G1 and TN-A1)
Diffusion Dome SW-10H
Soft Case SS-800
Dimensions (W x H x D) : Approx. 70.6 x 127.4 x 91.7 mm / 2.8 x 5.0 x 3.6 in



THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 12 April 2012

KISAH 12 APRIL!!!!!!


     Hari ni kita belajar cerita pasal Tsunami. Pada mulanya aku tak amik port semua ni sehingga aku terbaca status kawan dalam Facebook. Ada gegaran di utara dan KL sampai yang tinggal rumah pangsa apartment terasa goyang inul , jadi aku pun check dalam NST :

sumber NST

      Aku tengok Port Dickson ada termasuk kawasan ramalan tsunami. Apa lagi aku pun call mak aku kat Tampin pasal hal ni dan jugak kawan kawan yang ada sekitar PD dan dalam Facebook. Lepas pukul 8 malam aku pun pergi ke Benteng Malam, port lepak layan Teh Halia, sempat snap satu gambar :


   Aku tengok laut masih macam selalu dan selepas pukul 10 malam, amaran tersebut ditarik balik. Alhamdullillah. Kadang aku terfikir baru amaran kita dah mengelabah, macam mana Kiamat esok agak sempat ke kita nak bertaubat? Aku tulis ni bukan nak kenakan sesiapa, Aku tujukan pada aku jugak, manusia mana  perfect ada saja salah dan silap. Apapun aku masih tak tidur lagi ni. Jam menunjukkan pukul 1.14 pagi. Harap tak ada apa apa berlaku. Manalah tahukan........

THE JOURNEY CONTINUE......

Tuesday, 10 April 2012

HARI PERTABALAN DYMM SPB YDP AGONG!!!!!!


       Esok adalah hari pertabalan Sultan Abd Halim Shah sebagai DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong yang bertempat di Kuala Lumpur. Untuk rekod Baginda menjadi Agong sebanyak dua kali dalam sejarah Malaysia.

DAULAT TUANKU!!!!!!
DAULAT TUANKU!!!!!!
DAULAT TUANKU!!!!!!


p/s : kepada yang bekerja esok...selamat bekerja..boleh join Bangla, Nepal dan Pendatang Asing yang lain....aku cuti...YAHOOOO!!!!!! ( tak ada update esok..hahahahaha... )

THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 6 April 2012

KISAH 6 APRIL!!!!!!



     Kadang kadang bila kita berlembut, orang lain pulak ambil kesempatan macam kes aku sekarang nih. Tadi aku dah balik pukul 3 petang dan kena hadiri mesyuarat untuk makan malam tahunan ( Annual Dinner - Bahasa Melayu kadang buat aku tersenyum pulak ) . Bila mesyuarat hampir ke penghujung, boleh kawan aku dari syif petang nak minta balik, alasan best - TAK SIHAT. Mengenangkan aku ni jenis tak suka nak kata tak ( ye lah... pusing pusing aku jugak kena cover ), akhirnya aku kenalah ganti dia. Dalam hati Allah saja yang tahu, meyumpah seranah bagi....isk sempat pergi solat Asar untuk cool down api kemarahan aku. Alhamdullillah, reda sikit... kalau tak.. nak aje aku jerit : NEHHIIIIIIIIII.... eh salah ................................... TIDAKKKKKKKKKKKK!!!!!!. APTB (Apa Pun Tak Boleh... )

p/s : kompom balik aku layan lagu Pleasure To Kill atau lagu lama... BURN!!!!


THE JOURNEY CONTINUE......

Sunday, 1 April 2012

KISAH 1 APRIL!!!!!!


   
( link aku ambik kat sini )
    Berkurun-kurun lama dahulu, kerajaan Islam Sepanyol yang telah lama bertapak di sana telah menghadapi kekalahan di tangan tentera Kristian. Maka penduduk-penduduk Islam di Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah mereka untuk menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun tentera Kristian tidak berpuas hati kerana tidak dapat menghapuskan orang Islam. Maka tersebarlah berita bahawa orang Islam yang ingin selamat boleh menyelamatkan diri mereka dengan menaiki kapal yang berlabuh di pelabuhan dan untuk memastikan berita itu benar mereka sendiri pergi menyiasat adakah berita itu benar. Setelah pasti dengan khabar berita itu, maka beramai-ramailah orang Islam Sepanyol ke pelabuhan dengan harapan mereka boleh menyelamatkan diri dari tentera Kristian. Namun sebaliknya yang berlaku. Tentera Kristian mengambil kesempatan menghapuskan umat Islam dengan membakar rumah dan kapal-kapal di pelabuhan dan orang-orang Islam di Sepanyol dibunuh beramai-ramai termasuklah lelaki, perempuan dan kanak-kanak pada tanggal 1 April. Inilah hari yang diraikan oleh rakyat Sepanyol setiap tahun untuk mengingati kemenangan tentera Kristian ke atas orang Islam yang dibunuh oleh mereka dan inilah sejarah yang mengaitkan April Fool dengan orang Islam.

     Namun malangnya tarikh ini disambut juga oleh sesetengah umat Islam di seluruh dunia. Banyak sejarah April Fool yang dipaparkan di dalam internet hingga ke akhbar untuk mengingatkan umat Islam bahawa April Fool ini tidak digalakkan dalam Islam.

     Sejak dari dahulu lagi, terutamanya pelajar-pelajar yang tinggal di asrama, budaya April Fool ini sudah menjadi kebiasaan bagi mereka. Setiap tahun menjelang 1 April, ramailah yang menjadi mangsa dari sambutan April Fool. Bukan mangsa bunuh ataupun rompakan tetapi mangsa kepada mereka yang suka mengenakan dan menganiayai orang lain. Sedangkan Islam sangat melarang kita menganiayai orang lain dengan niat yang jahat. Muka diconteng, barang disorok dan sebagainya menjadi kebiasaan pada hari April Fool.

            Dari sini kita boleh ketahui apakah relevan dan faedahnya dengan April Fool ini. Menganiayai, menipu, menghina, menyakitkan hati, dan perasaan orang lain, semuanya buruk dan tidak berfaedah tentang April Fool. Sepertimana firman Allah yang bermaksud:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kaum laki-laki menghinakan kaum laki-laki (yang lain), kerana boleh jadi kaum yang dihinakan itu, lebih baik dari kaum yang menghinakan, dan jangan pula kaum perempuan (menghinakan) kaum perempuan yang lain, kerana boleh jadi perempuan yang dihina itu, lebih baik dari perempuan yang menghinakan. Janganlah kamu cela-mencela sesama kamu dan jangan pula panggil-memanggil dengan gelaran (yang tidak baik). Seburuk-buruk nama ialah fasik sesudah keimanan. Barang siapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang yang aniaya." 

Surah Al-Hujurat: 48  

            Namun mengapa ianya terus menerus disambut dan dilakukan oleh sebahagian masyarakat Islam terutamanya di Malaysia. Rakyat Malaysia sememangnya banyak terdedah dengan budaya Barat yang telah lama bertapak di Malaysia sejak dari dulu lagi. Valentine's Day dan sebagainya telah lama disambut di Malaysia dan umat Islam juga tidak terkecuali untuk menyambutnya. Kata mereka ianya nampak lebih moden dan cool untuk disambut.

            Tanpa disedari, sambutan-sambutan sebeginilah yang akan menghancurkan dan merosakkan maruah umat Islam sedikit demi sedikit. Bayangkan sekiranya sejarah pembunuhan umat Islam pada 1 April di Sepanyol itu adalah sejarah yang betul-betul mengaitkan kita dengan April Fool, maka apakah pandangan Barat apabila melihat umat Islam turut sama menyambutnya. Menyambut hari dimana kekejaman tentera Kristian terhadap umat Islam dan tipu daya yang telah dilakukan oleh mereka kepada umat Islam. Sudah tentu mereka menganggap umat Islam mudah terpadaya dengan tipu daya Barat sepertimana yang mereka anggap umat Islam telah diperbodohkan oleh mereka suatu masa dahulu. Adakah kita mahu dianggap oleh dunia seperti itu? Menjadi umat yang tidak tahu menjaga maruah agama sendiri.

            Kesimpulannya, walau apa pun sejarah ataupun walau apapun yang terjadi pada 1 April samaada ianya berkaitan dengan agama Islam atau tidak, umat Islam tidak sepatutnya dan tidak harus menyambut dan membudayakannya kerana sudah jelas ianya berasal dari Barat dan tidak ada faedahnya. Umat Islam hendaklah berfikiran secara rasional tentang perkara-perkara ini kerana tujuan utama Barat adalah untuk menghapuskan dan menjatuhkan kedudukan dan maruah umat Islam di mata dunia.

            Fikirkan dan renung-renungkanlah........

 p/s : aku harap lepas ni janganlah kita agung agungkan April Fool ni....

THE JOURNEY CONTINUE......