Saturday, 28 July 2012

BLAST OF THE WAR - FINALE!!!!!!



    Sambungan dari Part 4 :

      Ecceli ( hahahah oh my English! ) aku kena updatekan last part tapi pasal time Kumpulan May perform, aku keluar jumpa kawan, beli EP kumpulan beliau dan bantai berbual, hanya dapat snap beberapa gambar aje :








       Selepas Kumpulan May beraksi, maka berakhirlah BLAST OF THE WAR. Cuma apa yang aku nak katakan, kumpulan rock power tak menjamin penuhnya penonton atau tak. Apapun aku tabik kepada organiser kerana BERANI melakukan konsert demikian. Harap lepas ada lagi BLAST OF THE WAR part 2, sebelum aku stop...aku uploadkan gambar dari FB kawan aku ( yang tag ada gambar aku ) :















 THE JOURNEY CONTINUE......

Friday, 27 July 2012

KISAH 27 JULAI!!!!!!


       Insya Allah, lepas raya aku ke sini dan macam biasa DSLR dibawa masuk, so boleh aku review band yang perform nanti cuma aku tak tahu keadaan dalam Annex Central Market, maklum lah..dah lama tak pergi Central Market. Kepada sesiapa yang terbaca blog aku minta tolong kasi info pasal Annex....Terima Kasih!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 26 July 2012

KISAH 26 JULAI!!!!!!

lepak dengan budak Headhunter...hehhehe

    Salam semua......hari ni kita dah masuk seminggu puasa, rasa kejap aja masa scarecrow berlalu, rasa macam semalam aje aku start puasa ( BUKAN MULA PUASA SEMALAM ....kena baca betul betul! ). Tak ada apa nak diceritakan sebenarnya ( yelah blog aku macam hidup segan matinye seorang patriot tak mahu..heheh ) cuma harapan aku dapatlah kita berpuasa dengan aman sejahtera dan bersyukur dengan apa yang ada dari mereka yang tempatnya huru hara dan susah seperti contoh videoclips dibawah ni :


siapa boleh traslate apa mufti ni cakap...? takut terupload lain cerita...
 
  So,di bulan puasa ni, aku harap kita buanglah yang keruh dan ambil yang jernih dan di teruskan sampai bila bila.... PEACE NO WAR!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Monday, 23 July 2012

KISAH 24 JULAI!!!!!!

Gambar yang diambil oleh newbie- aku le tu

    Kejap aje dah masuk hari ke 4 kita berpuasa, Alhamdullillah aku masih sihat untuk meneruskan ibadat Puasa ni, esok lusa siapa tahu kan, Allah Maha Mengetahui. Tahun ni Insya Allah aku balik kampung bersama mak aku ke Amerika Perak, dan kali ni mungkin adik beradik aku pun turut serta....baru happening!!! Nak jumpa kawan sekolah lama di Perak dan jugak saudara mara. Harap kali ni aku tak kena jadi Pengarah cameraman lagi macam tahun lepas....heheheh...apapun Selamat Berpuasa, jangan lupa sahur kejut aku ( errr.... jerit dalam Blog boleh dengar ke??? )... apapun layan!!!!!!

THE JOURNEY CONTINUE......

Thursday, 19 July 2012

KISAH 19 JULAI!!!!!!

Layan Inner Self dengan Teh Halia is Heaven!!!...hehehheeh

      Pejam celik pejam celik dah nak hampir Bulan Ramadan, so boleh la aku melantak diet skit tapi tak tahulah boleh ke tidak, Bazar Ramadan aje sudah cukup buat aku jadi tak keruan, Masakan dan kueh mueh yang jarang orang jual mesti ada... isk!!! Harapan aku ialah dapat berpuasa penuh seperti tahun tahun yang sudah, so sesiapa yang terlajak buka puasa atau sakit demam kena ganti cepat... ada masa sehari lagi aje nak ganti....hehehehhe. Ucapan aku pada semua pembaca Blog aku ni : Selamat Berpuasa....


Legend! ( dari aku kecik sampai tahun 2010 )

THE JOURNEY CONTINUE......

BLAST OF THE WAR - PART 4!!!!!



     Sambungan dari Part 3 :

       Atas permintaan Berteromber , aku cuba nak buat review skit pasal Kumpulan Rockerz :


      Selesai saja Kumpulan FTG beraksi, Kumpulan Rockerz naik kepentas dengan intro dari album DUKUN, pada sesiapa pernah mendengarnya mesti tahu dan pada tak pernah dengar, kenalah carik dalam Youtube, hehehhehe....


       Apabila lampu dibuka, lagu Dukun berkumandangan. aku pada mulanya pelik.. siapa pulak vocalist Rockerz? ingat Jumaat tapi beliau di posisi Bassist. Rupanya penyanyi Bob Iron-x , dan sorang lagi gitarist Krinz Kranz ( semua nickname dalam Facebook, maaf sebab tak tahu nama sebenar ) dan ahli Rockerz yang lain iaitu Abdul Rashid dan Irman Masrom . Selepas lagu Dukun, lagu seperti Perjuangan ,Carikan Gaza,Besi Beracun dan Sengketa berkumandangan.... rasa pueh hati la...


















 
    Selepas itu Mereka membuat pengumuman ( tapi aku dah tahu dah ), bassist asal Rockers, Man Karen muncul setelah sekian lama bersama Rusty Blade dan lagu yang dimainkan ialah Zaileha dan Kekejaman.....perghhh....rugi tak tengok...!!!






    Lagu terakhir lagu cover IRON MAIDEN, ( dr Ben dan Deaf Angel mesti suka ...hehehe ) Hallow By Thy Name..... Man Karen dengan ala Steve Harrisnya dan Krinz Kranz dengan ala Janick Gers....kira aku beruntung dapat tengok Rockerz secara live setelah sekian lama layan lagu dalam Youtube dan kaset ( kaset pun dah jadi harta harta pusaka... ).. apapun layan.....



bersambung......

 THE JOURNEY CONTINUE......