2 September lepas, aku pergi ke KL THRASHED yang berlangsung di Annex Central Market. Aku gerak dari rumah aku pada pukul 2 petang sebab aku sangkakan gig ni akan mula lewat ( sebab dah terkena! ). dan apabila aku dah sampai hampir pukul 4 petang, aku bertanya pada salah seorang pengunjung dan beliau beritahu gig mula seperti yang dinyatakan pada flyer atas. Thumb uplah pada organiser kerana JANJI DITEPATI....heheheheheh. Aku beli tiket dan terus masuk untuk tengok situasi di dalam sambil keluar kamera untuk amik gambar :
siapa amik gambar aku?? |
selepas aku tengok band tersebut... aku keluar kejap untuk mengambil gambar luar tempat orang menjual barangan seperti baju, patch, CD, kaset :
Aku jumpa kawan aku dan beli album LAVATORY dari beliau :
Aie Pelesit dan isteri |
Selepas itu aku masuk untuk layan band seterusnya. Maafkan aku sebab tak tahu nama band tapi tak apa janji SUPPORT!
Storming Steel |
Hereafter |
Selepas itu aku lepak kat luar sambil berbual dengan kawan kawan kat sini.... rata rata aku kenal melalui Facebook...kalau tak ada Facebook..mungkin aku tak ada kawan kat sini....hehehehehe :
Band ganas : Putrefied Remain! |
macam kenal orang kat hujung tu! |
Selepas layan band tersebut, aku lepak luar sampai habis event, sessi lepak berborak dengan kawan kawan dan bergambar :
bergambar dengan otai ooooooo |
Aku balik selepas selesai KL THRASHED, minta maaf lah kalau aku tak kasi review pasal semua band yang perform malam tu, apapun aku respek kat organiser sebab gig bermula dan berakhir dengan cepat. Lepas ni kalau organiser yang sama bikin event, aku mesti turun awal......Terima Kasih kepada Muhd Muniff, Hery Skullokos dan pada sesiapa yang organise KL THRASHED ...terbaik!!!! apapun layanzzzzz
THE JOURNEY CONTINUE
x ajak manja pon...
ReplyDeleterfyl....
DeleteAisey..itu jam aku ada kat kambel ngan wife. Kalo sorg2 mau kg anex. Hebat penganjur.
ReplyDeleteoic..tak apa...lain kali ada....
Delete