"History does not repeat itself. The historians repeat one another"
Max Beerbohm
13 April.......aku pergi ke tempat yang dah lama aku nak pergi tapi tak berkesempatan, Jalan Hang Jebat atau lebih popular dengan nama Jonker Street. Kali ini aku keseorangan kerana SMR kerja pada hari tersebut. aku pulak mengambil cuti kerana hari biasa tak ramai pelancong atau pelawat kat area tersebut. aku keluar pada pukul 11:05 pagi......
......dan sampai ke DATARAN PAHLAWAN 20 minit kemudian......
.....dan berjalan kaki melalui sekitar kawasan bersejarah ......
......sehingga sampai ke tempat yang dituju. Aku tertarik pada senibina dikawasan ni dan akhirnya tempat yang aku cari cari telah pun aku temui.........
...jalan ke makam HANG JEBAT(Jalan Kampung Kuli)!!!!!!aku pun pergi menuju ke makam HANG JEBAT ..........
Pintu Masuk ke Makam Hang Jebat
Papan Tanda Makam Hang Jebat
Keterangan tentang Makam Hang Jebat
Makam Hang Jebat
Berkesempatan mengambil gambar sendiri di Makam Hang Jebat
Aku membaca doa semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh. Selepas itu aku meneruskan perjalanan di sekitar Jonker Street. Aku tak melepas peluang mengambil gambar senibina tahun 1930 - 1940an di sekitar Jonker Street.
Selepas itu aku pergi ke sebuah kedai kasut. Pembuat kasut kecil Cina, katanya satu satunya pembuat kasut ini yang ada di dunia!!! (kalau dia tipu aku, aku tipu korang la!!!) Aku pun mengambil gambar kasut tersebut.........
Nampak kecil, tapi harganya.....dekat RM100!!!
Kasut bersulam manik yang berharga Rm 200 keatas...
Keratan akhbar tentang kasut kecil Cina
Kasut paten asal yang berharga RM95
Kedai kasut yang buat kasut kecil China
Selepas itu aku berjalan jalan mencari Makam Hang Kasturi......dalam pada itu, tandas awam ini menarik perhatian aku........
Selepas aku merakamkan gambar tersebut, aku berjalan dan Alhamdullillah, aku dah jumpa Makam Hang Kasturi. Dalam Sejarah Melayu, Hang Kasturi dikatakan menderhaka terhadap Sultan Melaka kerana menjatuhkan hukuman mati keatas saudaranya, Hang Tuah tanpa usul periksa.
Pintu masuk Makam Hang Kasturi
Keterangan tentang Makam Hang Kasturi
Makam Hang Kasturi
Mengambil gambar sendiri bersama Makan Hang Kasturi
Selepas aku menziarah Makam Hang Kasturi, aku pun teruskan perjalanan ke 2 masjid penting dalam kawasan Jonker Street. Semasa dalam perjalanan, aku mengambil gambar senibina cina di sepanjang perjalanan aku ke sana.
Selepas itu aku tiba ke Medan Warisan Melaka.....nampak sunyi...apa taknya..kedai tutup daaaa....aku pun berjalan jalan di sekitar kawasan tersebut....
Selepas puas merayau rayau di sekitar Medan Warisan Melaka ( tak sampai 100m pun!), aku pun meneruskan perjalanan aku .................
Akhirnya aku tiba di tempat dimana rumah di bawah hampir serupa dengan rumah kerabat raja Melayu ketika itu......kalau salah jangan marah haa....ini pendapat aku aje.....
Akhirnya aku sampai ke salah sebuah masjid tertua di Malaysia, Masjid Kampung Hulu, sempat solat Zohor jemaah di sini.....
Selepas itu aku pergi ke satu lagi masjid iaitu Masjid Kampung Keling, aku melakukan solat sunat sini sambil melihat rekabentuk dalaman masjid ini. (maaf gambar dalam masjid saya tak ambil kerana tak teringat...isk )
Pintu masuk ke Masjid Kampung Keling
Selepas itu aku pergi ke satu lagi masjid iaitu Masjid Kampung Keling, aku melakukan solat sunat sini sambil melihat rekabentuk dalaman masjid ini. (maaf gambar dalam masjid saya tak ambil kerana tak teringat...isk )
Pintu masuk ke Masjid Kampung Keling
Selepas itu aku pun berpatah balik ke Dataran Pahlawan, tempat aku parking motor aku. Sebelum aku balik, aku abadikan gambar terakhir tempat yang aku lalui untuk tatapan semua.....
THE JOURNEY CONTINUE..................
No comments:
Post a Comment