Monday 30 August 2010

JOURNEY TO AMPANGAN & SENAWANG'S BAZAAR RAMADAN!!!!!!


Selepas aku berbuka puasa di rumah, tiba tiba aku terdetik nak pergi jalan jalan sambil survey kain samping di Bazaar Ramadan di Ampangan. Kali ini aku pergi seorang diri dengan menaiki motor, sebab nak mengelak dari jammed bila sampai di Ampangan nanti....
pandangan dari jalan besar Ampangan
Kawasan Bazaar Ramadan ni berdekatan dengan Plaza Ampangan
Motor aku leee
Tahun ni aku rasa macam kurang meriah kat Ampangan sebab apa yang aku diberitahu oleh mamat kedai kkat sini, banyak dah tertumpu ke Senawang, almaklumlah parking senang tak macam di Ampangan sampai bahu jalan besar pun boleh dibuat parking. Macam mana kalau ada kereta lowered nak parking ye? Lu fikirlah sendiri...hehehhe....
Kawasan laluan di Bazaar Ramadan Ampangan, dulu nak mencelah pun susah.....sekarang... boleh pandang kiri kanan kedai lagi.
Satu lagi tempat jualan di Bazaar Ramadan Ampangan
Kalau dulu kereta masuk dah tentu jammed tapi sekarang....pemandu kereta siap tersenyum lebar...jalan dah tak sejammed dulu!!
Lengangnyeeeee!!!!
Selepas itu aku pun bertolak ke Senawang, nak tengok sendiri kemeriahan disana pulak.....
Oh ye...Bazaar Ramadan Senawang pulak berdekatan dengan GIANT dan McDonalds 24 hours....
wow....sesaknyaaa
Kawasan Bazaar Ramadan di Senawang sampai ke Dataran Senawang!!! Punyalah besar..... hehehehehe
Last gambar sebelum bateri handphone kong....isk!!! kena beli NIKON nih..... Semasa aku on the way balik, aku sempat singgah satu kedai bundle kasut dan menjual seluar/kemeja Levis..harga boleh tahan tapi kemeja tak ada saiz.... Tuan punya kedai PR pun ok dan dia berikan aku bisnes kad dia dan aku kasi no hp aku kalau ada kasut yang aku nak dah sampaiPada sesiapa nak deal dengan dia, bolehlah call no diatas (nama didalam kad tak ada kena mengena dengan tuan punya kedai sebab dia ada rambut!!...hehhehe)

Terima kasih kepada semua warga Ampangan dan Senawang kerana tak marah aku masa aku ambil gambar......mana la tahu kan.....hehehhe....Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri....maaf zahir dan batin.......


THE JOURNEY CONTINUE......

No comments:

Post a Comment