Monday 27 December 2010

JOURNEY TO DOUBLE TROUBLE CONCERT!!!!!!


Pada 26hb Disember, aku berpeluang menonton konsert yang hebat, tidak lain dan tidak bukan Double Trouble yang menampilkan kumpulan Search dan Wings. Kali ini aku pergi dengan kawan Facebook aku iaitu R. Aidy Amin, Effa Nazmi, Ayu Ayoyo dan pasangan suami isteri dari Singapura, Ray Giggs dan Shikin Rahman. Pada mulanya biasalah janji pukul 5 pm jumpa kat Sunway Pyramid (janji malaya), aku tunggu punya tunggu akhirnya hampir pukul 7 pm baru jumpa diorang...


Tunggu di dalam Sunway Pyramid...

Suasana di Sunway Pyramid...

Wakil dari Singapura..Ray dan Shikin..

Muka orang tak bersalah...grrrr!!!

Selepas kami dah berkumpul, apa lagi kami pun ambil gambar kenangan...

Smile....You in Candid Camera...

Selepas itu kami pergi minum di Station 1 Cafe..sambil menunggu R. Aidy Amin yang balik sebentar menghantar laptop...

Geng DT!!!!!!

Hotel Sunway...


Tiga Dara Pingitan....heheheh!

Semasa kami pergi untuk masuk ke konsert tu, pihak security tidak membenarkan aku bawa masuk kamera, bengang jugaklah sebab tak dapat ambil gambar kat dalam, so terpaksa lah aku kasi bateri kamera aku dengan muka kelat!! bukan itu sahaja, rokok dan air dari luar pun tak boleh dibawa masuk, kedengaran rungutan dari pengunjung yang nak masuk ke konsert tersebut.

Boleh dikatakan konsert DT kira ok lah cuma terkilan Hillary Ang tak perform sekali, hanya unplugged dengan Sham (bekas gitaris Wings) bersama Lan (Azlan & the Typerwriter).

Hampir 12 am aku keluar awal sebab nak ambil bateri kamera (bateri aa tak apa jugak, ini bateri rechargable..mahal oo) dan lepak di luar menunggu kawan yang lain keluar....

Suasana di luar Sunway Lagoon..

Kawan aku tak sihat..thanks geng!!

Selepas bertemu kembali, kami pun lepak sebentar dan aku pun pulang ke Mentari Court...

THE JOURNEY CONTINUE.................

No comments:

Post a Comment