Tuesday 1 January 2013

KISAH 1 JANUARI - BENTENG MALAM!!!!!!



     Hari ni aku nak cerita pasal port aku iaitu Benteng Malam yang selalu aku upload gambar dalam Facebook atau update dalam Foursquare. Ia berdekatan dengan Jabatan Laut dan Kastam Diraja, kalau dari jalan utama selepas Bank Standard Chartered ( bank YNWA tu,...hehehehe ). Sebab aku suka lepak sini salah satunya dia open space dan satu lagi kawan aku meniaga di sini.

Member yang berketayap , belakang tu anak dia.
    Aku dengan Rosli, kawan aku ni ada kisahnya jugak. Aku mula kenal dia masa aku kerja kontrak di Shell PD, masa tu aku baru lepas SPM, faham faham aje lah..beru mula kerja mana ada duit, ada pun isi minyak pergi balik. Kena pulak masa tu hari kedua kerja, perut lapar dan lepak kat gerai dia, Nak makan duit tak cukup hanya memerhati orang makan aje. Dia tegur aku, " nak makan ke? " aku jawab " duit tak cukup ane ... " Dia cakap " tak apa, u makan dulu, esok gaji u bayar " Sejak dari hari tu aku jadi kawan dengan dia, bayangkan orang tak kenal boleh cakap macam tu, Sampai sekarang aku ingat kisah tu. Sedih balik bila kenang zaman tu... Sampai sekarang aku respek kat dia....

anak buat air, ayah dia buat roti canai dan goreng goreng pun ada 


    Gerai sebelah dia ni aku suka layan meehoon soto dia...bagi tekak aku sedaplah..tak tahu la tekak orang lain.... satu lagi kedai hujung dalam gambar atas kuew tiaw goreng basah dia layan... depan dia jual char kuew tiaw, sebelah dia jual air dan sebelah jual air tu ada jual goreng goreng....



McD kat hujung sekali....

   Satu lagi sebab aku suka lepak sana, boleh layan suasana belakang gerai dia ni, siap ada meja belakang untuk otai lepak belakang ( dari pemandu teksi, pak guard, kawan Rosli hingga Nyonya kedai gunting rambut lepak belakang tu ) . Kadang bawa kamera amik gambar kat sana, berbual panjang ( kadang kala aku banyak senyapkan diri bila geng Rosli sampai, berbual dalam bahasa Tamil, mana aku faham...hahahah )



     Pernah orang komen tempat ni tak bersih, pasal tempat basuh open . Bagi aku senang aje, semua tempat  makan ada pro dan kontra, kalau dah sedap, jalan aje... bak kata pepatah... kalau sedap datang lagi, kalau tak sedap beritahu kami.... apapun layanzzz

THE JOURNEY CONTINUE......

6 comments: